Cara Semak Penyata KWSP Secara Online 24 Jam Sehari. Senang, Boleh ‘Print’ Terus

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online 24 Jam Sehari. Senang, Boleh ‘Print’ Terus

“Alahai, dalam dokumen ni mintak kepilkan sekali penyata KWSP. Mana nak dapat ye. Dah lama aku kerja, tak pernah check pun penyata KWSP. Boleh ke kalau check online je?”

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online 24 Jam Sehari. Senang, Boleh ‘Print’ Terus



Zaman sekarang ni dah serba mudah, hampir semuanya boleh buat online. Bagi yang ingin menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter lagi.

ARTIKEL MENARIK:700 bas 'tak jalan', pengusaha bas ekspres bimbang gulung tikar


Dengan perkhidmatan i-Akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan anda dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa saja.

Mudah sangat, terutamanya bagi mereka yang berhasrat membuat pengeluaran atas keperluan tertentu – contohnya nak beli rumah atau mendaftar haji dengan Tabung Haji. Kalau ada caruman yang mencukupi, boleh guna duit KWSP dan tak perlu guna wang simpanan lagi.

Foto Kredit: kosmo.com.my

Jadi, untuk semak KWSP online, kita kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.

CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE

1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, anda perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.

Kalau nak tahu Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan lokasi anda, boleh rujuk di SINI.

Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!

penyata kwsp online

2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP

Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.

Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

semak penyata kwsp online

Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.

3. TUKAR ID & KATA LALUAN

Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.

Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.



Loading...
loading...


4. SEMAK PENYATA KWSP ONLINE / BAKI TERKINI

Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak penyata KWSP secara online.

Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.

Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.

BOLEH MOHON PENGELUARAN JUGA!

Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja. Kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.

Contohnya, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Kalau tengok pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP ini termasuklah:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

So, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP. Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah kan?

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000


Kredit -

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


https://siraplimau.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post