Bimbang Harimau Malaya jadi 'lauk'

Bimbang Harimau Malaya jadi 'lauk'

loading...

Kuala Lumpur: "Saya ingat (Tan) Cheng Hoe kena banyak sembahyang dan berdoa selepas ini." Itu kata jurulatih berpengalaman, B Sathianathan yang mengakui tugas sukar bakal dihadapi pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pada musim depan.

Bimbang Harimau Malaya jadi 'lauk'



Jelas Sathia, beliau sentiasa menyokong skuad kendalian Cheng Hoe yang sudah membuktikan kemampuan dengan muncul antara pasukan terbaik rantau ini selepas menjadi naib juara Piala AFF 2018 dan kini bersaing hebat dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

ARTIKEL MENARIK:Bersara dengan rekod yang membanggakan. Rupanya dia nak tunaikan janji kepada ibunya. Tergamam ini lima fakta menarik yang ramai tak tahu tentang Khabib Nurmagomedov.
loading...


Namun, selepas hampir setahun pasukan kebangsaan tidak menjalani latihan serta tidak menghadapi aksi antarabangsa, beliau bimbang taring skuad Harimau Malaya kemungkinan tidak setajam sebelum ini.

"Kali terakhir mereka berlatih dan beraksi adalah November tahun lalu, dan di sebabkan Covid-19 tahun ini langsung tak berlatih bersama. Kalau Mac tahun depan baru nak berlatih dan kemudian terus main dalam Kelayakan Piala Dunia, saya ingat Cheng Hoe kena banyak sembahyang dan berdoa lepas ini.

"Mana boleh nak terus main kalau langsung tak ada latihan dan perlawanan ujian. Lawan yang nak jumpa lepas ini bukan calang-calang pasukan, nak jumpa UAE (Emiriah Arab Bersatu), Vietnam dan Thailand bukan mudah.

"Kalau ikut pengalaman saya, Cheng Hoe perlu sekurang-kurangnya enam perlawanan persahabatan sebelum boleh lawan dengan UAE nanti. Kalau tak susahlah. Pasukan lawan pun dah mula berlatih sekarang, tapi kita tak buat langsung. Sebab itu saya kata, Cheng Hoe kena banyak berdoa supaya pasukan negara dapat kekal dalam kondisi terbaik," katanya ketika dihubungi semalam.



Loading...
loading...


Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung bulan lalu terpaksa ditunda ke Mac tahun depan susulan penularan wabak Covid-19 di Asia ketika ini.

Malaysia yang menduduki tangga kedua Kumpulan G dijadualkan menentang UAE di Dubai sebelum kembali ke tanahair untuk berdepan Vietnam di Bukit Jalil.

Thailand bakal menjadi halangan terakhir di Bangkok sebelum skuad negara boleh mengintai peluang untuk sekurang-kurangnya layak secara merit ke Piala Asia 2023 dengan sasaran wajib muncul sebagai naib juara kumpulan.

Ketika ini, anak buah Cheng Hoe mengumpul sembilan mata dan berada di belakang Vietnam yang meraih 11, dengan tiga lagi pasukan iaitu Thailand, UAE dan Indonesia mengekori rapat di belakang Malaysia di tangga ketiga hingga kelima.


Kredit - hmetro



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post