Anggota polis tidak pulangkan RM1.6 juta wang dirampas selepas terbukti tuduhan tidak benar

Anggota polis tidak pulangkan RM1.6 juta wang dirampas selepas terbukti tuduhan tidak benar

loading...

BEBERAPA orang pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah komersial Kuala Lumpur ditahan selepas dituduh menyeleweng wang milik seorang ahli perniagaan berjumlah RM1.6 juta yang dijadikan 'kambing hitam' atas alasan untuk menyiasat kes penipuan siber lapor sinchew.com.my

Anggota polis tidak pulangkan RM1.6 juta wang dirampas selepas terbukti tuduhan tidak benar

Difahamkan, sekumpulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang menyiasat kes penipuan siber, telah menggeledah rumah seorang ahli perniagaan dan merampas sejumlah RM1.6 juta wang tunai serta menahan dan membawa ahli perniagaan itu ke balai polis.

ARTIKEL MENARIK:Polis tahan 2 penyeludup ketum warga Thailand terbabit dalam kes tembak mati anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand
loading...


Ketika siasatan dijalankan, ahli perniagaan itu kemudian telah menunjukkan bukti bahawa wang berkenaan bukan diperolehi dari penipuan atas talian sebelum dibebaskan. Namun wang yang dirampas itu, tidak dikembalikan.

Merasakan berlaku salah laku berhubung kejadian itu, ahli perniagaan berkenaan kemudian membuat satu laporan polis dengan bantuan seorang kawannya.



Loading...
loading...


Difahamkan selepas menerima laporan tersebut, Polis Kuala Lumpur segera menahan sekumpulan rakan sejawatan untuk membantu siasatan. Penahanan itu termasuk seorang sarjan dan beberapa anggota polis.

Menurut laporan Sin Chew, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly ketika ditanya, enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Kredit - milosuam



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post