Keluarga Bawa Pulang Seekor Buaya Dianggap Kembar Manusia, Ia Dilayan Dengan Baik, Tidur Dalam Rumah Atas Tilam

Keluarga Bawa Pulang Seekor Buaya Dianggap Kembar Manusia, Ia Dilayan Dengan Baik, Tidur Dalam Rumah Atas Tilam

Makasar: Sebuah keluarga menjadikan seekor buaya sebagai ahli keluarga dan memelihara reptilia itu di rumah mereka.

Keluarga Bawa Pulang Seekor Buaya Dianggap Kembar Manusia, Ia Dilayan Dengan Baik, Tidur Dalam Rumah Atas Tilam



Media tempatan melaporkan haiwan itu dilayan seperti manusia termasuk diberikan tempat tidur dengan selimut dan bantal kerana dianggap sebagai kembar manusia.

ARTIKEL MENARIK:“Aizameen Pergi Jua.” Dua Minggu Koma Akibat Asma Kronik & Masalah Paru-Paru, Lelaki Ni Dijemput Ilahi!


Berukuran dua meter, buaya itu dikatakan tidak mendatangkan bahaya menyebabkan ia diletakkan di dalam rumah.

Ia ditemui di bawah jambatan di Sungai Tello sebelum dibawa pulang untuk dipelihara. Keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Paccinang, Tello Baru di daerah Panakukkang tidak mahu meletakkan buaya itu di dalam kurungan.

Wakil polis, Muhammad Kasim berkata, keluarga itu lebih senang meletakkan buaya itu di dalam rumah kerana yakin ia tidak mengancam mereka.

“Mereka percaya buaya itu tidak akan mengganggu orang lain, apatah lagi keluarga sendiri,” katanya.



Loading...
loading...


Video mengenai buaya itu tular di media sosial selepas orang ramai mengusap badan haiwan berkenaan.

kredit harian metro via Kartel Dakwah




Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post