Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Sehingga Jumaat – MetMalaysia

Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Sehingga Jumaat – MetMalaysia

loading...

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Terengganu, beberapa daerah di Kelantan dan di Kuantan sehingga Jumaat ini.

Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur Sehingga Jumaat – MetMalaysia



MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah yang dijangka terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

ARTIKEL MENARIK:RM3000 GKP 2.0 Dibayar Bermula Pada 30 November
loading...


Menurut kenyataan itu, hujan lebat turut dijangka berlaku di Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta selain di Gua Musang, Kelantan serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Loading...
loading...


Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis serta di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah bermula esok hingga Jumaat.

Sumber: BERNAMA


Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------
loading...



Post a Comment

Previous Post Next Post