(Video) 'Perampas! Dasar perampas!' - Isteri serang majlis kahwin suaminya

(Video) 'Perampas! Dasar perampas!' - Isteri serang majlis kahwin suaminya

Hancur luluh hati isteri apabila melihat suami yang dicintainya berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya. Apatah lagi anak perempuannya yang juga terkesan dari perbuatan si bapa.

(Video) 'Perampas! Dasar perampas!' - Isteri serang majlis kahwin suaminya



Dalam video yang sedang viral di media sosial, si isteri dan anak perempuannya nekad datang ke sebuah rumah di mana suaminya sedang dalam proses menikahi orang ketiga itu.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Ibu campak 2 anaknya dari jambatan kerana tak puas hati diceraikan bekas suami


Tatkala melihat bapanya bernikah lagi, si anak meraung-raung menangis dan cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang dua lelaki yang bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. 


Dari luar rumah, wanita itu menjerit 'Perampas!' sehingga mengundang perhatian penduduk di sekitar yang datang menyaksikan kekecohan tersebut. 


"Perampas! Dasar perampas!" jerit si isteri kepada suami dan perempuan berkenaan. 


Ketika itu, mereka yang berada di dalam rumah baru sahaja mula membaca doa selepas selesai akad nikah. Melihat si isteri yang sah datang menyerbu, suaminya terus berdiri, manakala pengantin wanita terus masuk ke dalam bilik. 



Loading...
loading...


Ketika si isteri ingin masuk ke bilik pengantin, dia dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai ibu pengantin berkenaan, lalu terus menutup pintu. 


Menurut si isteri, suaminya itu sebelum ini pernah curang dan menyebabkan pasangannya yang juga merupakan gadis promoter hamil. Katanya lagi, suaminya baru saja membeli kereta sembilan bulan, tetapi masih berhutang dengan pihak bank. 


Si anak pula terus mengamuk, menarik baju ayahnya sambil disaksikan oleh penduduk yang terdiam dan tidak melakukan apa-apa. 



Sumber: Indo Zone


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post