Tular video suami baru nak rakam video TikTok dengan isteri. Bila rakam keluar satu mesej dari perempuan lain dan ini cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut

Tular video suami baru nak rakam video TikTok dengan isteri. Bila rakam keluar satu mesej dari perempuan lain dan ini cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut

“SIAPA Sharina?”Itulah soalan yang terpacul daripada mulut seorang isteri tatkala melihat nama wanita tidak dikenali muncul pada skrin telefon suaminya dengan mesej “I miss you sayang.”Menerusi satu video tular di Twitter, kelihatan wanita itu seolah-olah cuba merebut telefon suaminya sejurus dia melihat mesej berkenaan.

Tular video suami baru nak rakam video TikTok dengan isteri. Bila rakam keluar satu mesej dari perempuan lain dan ini cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut



Tampil bercerita kepada mStar, Akmal Hizzat, 29, mengakui mesej yang muncul itu merupakan satu prank yang dibuat menggunakan filter terbaharu di aplikasi TikTok.Mesra disapa Akmal, dia mendedahkan isterinya, Fatin Noraishah Shafika, 27, agak marah dan terkejut sebelum dia membuat penjelasan sebenar.

ARTIKEL MENARIK:Ingatkan kes Sugu Pavithra dah selesai. Mengejutkan ini perkembangan terkini kes Sugu Pavithra. Rupa rupanya dalam diam ini yang terjadi.


Paparan skrin video tular itu di Twitter.“Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara. Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu.“Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya. Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya.


“Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok. Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu,” ujarnya.Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat.AKMAL HIZZATMenurut Akmal yang juga jurutera projek di ibu negara, dia sama sekali tidak menyangka video TikTok yang dikongsi di Twitter itu menerima lebih 120,000 tontonan.

Malah katanya, ramai waganet yang terhibur, tak kurang juga yang bertanyakan nasibnya selepas ‘kantoi’ dengan isteri sendiri.“Filter tu sekadar nak kenakan isteri, tak sangka sekali buat terus menjadi. Saya pun tak jangka akan tular, sebab saya kongsi je di media sosial macam biasa.

Pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada September lalu.“Ada yang kata saya kena tidur luarlah selepas k4ntoi. Alhamdulillah tiada yang kritik, orang ramai pun faham ia sekadar jenaka,” katanya.Menurut Akmal yang menetap di Ampang, Selangor, dia juga mengakui seronok menggunakan aplikasi TikTok.

Malah katanya, ia berbeza dengan pandangan segelintir pihak suatu masa lalu yang menganggap aplikasi itu hanya sesuai untuk remaja.Akmal tak sangka video prank isterinya akan meraih perhatian ramai.“Mula-mula dulu memang tak dinafikan persepsi mengenai TikTok. Buka je ada budak menari dan sebagainya.

“Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat. Ada yang kongsi video masakan, kereta, perubatan dan sebagainya,” ujarnya.Bercerita mengenai dia dan isteri, Akmal mendedahkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 29 September lalu.Sehingga kini, video prank itu turut menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: Mstar

Nenek Naik Angin Bila Semua Cucu Balik Kampung Tapi Takde Sorang Pun Yang Bantu Dia Kat Dapur. Rupa Rupanya Semua Sibuk Buat Video Tik Tok. Sampai Hati Buat Nenek Macam Ni.

Antara perkara wajib dilakukan ketika hari perayaan untuk insan-insan yang merantau sudah pastinya pulang ke desa untuk meraikan bersama keluarga tersayang. Dan sudah tentu perasaan meraikan hari perayaan adalah seronok, walau beraya di kampung sendiri ataupun kampung belah mertua.

Ia kerana aura sewaktu berada di kampung adalah sukar diluahkan dengan kata-kata. Menatap wajah ibu ayah yang semakin dimakan usia, menghirup udara desa antara perkara yang tidak pernah gagal membuatkan kita bosan untuk pulang ke kampung halaman. Kehadiran cucu cicit jugalah punca rumah datuk dan nenek meriah untuk meraikan hari mulia bersama-sama.

BALIK BERKUMPUL ADIK BERADIK.Bila sebut anak menantu, cucu datang nak balik beraya, hati ibu ayah sudah tentu seronok. Berbagai juadah enak sudah tersedia. Sesetengah orang melakukan persiapan dengan membeli barang kering. Sup tulang lembu krban harus disediakan untuk menantu dan cucu yang suka sup.

Itulah kaedah ibu ayah dalam meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak-anak. Bukan menunjuk dengan percakapan, tapi menunjuk dengan perbuatan sahaja dah buat kita faham. Bukan kemeriahan saja ada waktu semua balik, namun soal belanja mesti tambah berganda. Mana tidaknya, selalunya tinggal berdua saja di rumah, tapi kini harus sediakan makanan untuk 17 orang. Ibu ayah memanglah tak kisah, tapi anak-anak kenalah tahu adab dan ‘common sense‘

Takkan nak biarkan mak ayah yang keluar duit?Tapi agak ‘kurang enak‘ mendengar generasi muda zaman sekarang yang meluahkan perasaan kurang senang berkenaan keadaan rumah nenek mereka. “Aku masa kecil bila lalu atas lantai dapur rumah nenek kat kampung,” tulis seorang pengguna di laman sosial Twitter.

Dengan ayatnya itu, dia juga menyelitkan sebuah gambar kaki yang menjengket di lantai, automatik memberi gambaran keadaan lantai rumah neneknya yang kotor. Niatnya hanya mahu imbau kenangan waktu kecil, namun ciapan pengguna itu mendatangkan perdbatan golongan warganet seluruh media sosial.

Perkongsian seorang pelayar Twitter yang mengundang prdbatan warganet.“Aku baran betul baca ni. Kalau dah tahu balik kampung, rumah atok nenek kau bersepah atau tak, tolonglah kemas buat apa yang patut. Ini anak lima enam orang, cucu berpuluh kerja main TikTok tak pun OOTD dari pagi sampai malam.

Tinggallah nenek terkial buat semua benda,” tulis seorang pengguna meluahkan rasa geram. “Salah dan silap siapa kalau rumah nenek korang macam tu? Oh ya, macam mana mak dan ayah korang dulu? Tempat tu juga yang buat mak dan ayah korang besar.

Kecewa kalau aku jadi orang yang lebih tua baca tweet ni,” tambah seorang pengguna di Twitter. Sementara itu, beberapa pihak ada juga mencadangkan kepada generasi muda yang mempunyai sifat sedemikian. Hal itu agar sedikit sebanyak mampu bantu bersihkan rumah, bukan hanya duduk goyang kaki dan tidak berbuat apa-apa.

Kalau nenek korang ada Twitter dapat pula baca cucu-cucu dia cakap jijik dekat lantai dapur atau tandas, mesti dia sedih.

“Nenek tu dah tua… yang muda-muda sesekali balik kampung, apa kata tolong bersihkan rumah nenek.. Tolong renovate ke apa. Rumah nenek bukan destinasi percutian. Tak payah nak goyang kaki tengok telefon saja,” luah seorang pengguna.

“Lepas tu bagi duit pun tak… tahu nak bising je. Tolonglah mop ke apa. Commen sense,” komen seorang pengguna menyokong pendapat diatas. Namun, ada juga segelintir pihak yang beranggapan perkara seperti demikian tidak perlu dikritik. Ianya bertujuan hanya untuk mengimbau kembali kenangan sewaktu di kampung ketika zaman kanak-kanak.

Seorang warganet meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir generasi muda yang lebih suka ‘complain’ berbanding membantu kerja rumah ketika pulang ke kampung.



Loading...
loading...


“Dah nama pun childhood memory bang… takkanlah masa kecil-kecil dulu abang tak pernah rasa macam mana jalan jengket nak pergi tandas atau tandas dulu-dulu?” Tulis seorang pengguna. “Orang cerita pasal childhood je. Dulu aku pun macam tu, balik kampung jalan jengket sebab tak suka kaki basah melekat hitam-hitam,” komen seorang pengguna lain. Atas perkara yang telah berlaku seperti demikian, ciapan bergambar itu kini menjadi viral dengan 14,300 retweet dan 22,400 likes.

Menantu Nekad Nak Balik Kampung 2 Minggu Semata Nak Jaga Mertua. Tergamam Keluarga Mertua Bila Tengok Menantu Balik Kampung Dalam Diam. Mengejutkan Sepanjang 2 Minggu Sempat Wanita Ni Balas Dekat Mertua Cukup Cukup.

Assalamualaikum. Aku Husna (bukan nama sebenar). Terima kasih andai cerita aku disiarkan. Di sini aku ingin kongsikan serba sedikit cerita aku dengan ibu mertua aku dulu. Allah hanya bagi aku pinjaman yang sangat berharga ini hanya 4 tahun sebagai menantu buat ibu mertua ku (sekarang usia perkhawinan aku dah nak masuk 8 tahun). Di kesempatan itu aku cuba menjadi menantu yang terbaik.

Aku berkhawin dengan anak lelaki bongsu (berasal dari utara dan berkerja di Selangor). Alhamdulillah suami aku tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai seorang anak. Jika ada kelapangan, pasti sebulan sekali atau dua bulan sekali kami akan pulang ke kampung.

Usia ibu aku ketika itu, sudah menjangkau 70-an. Untuk pengetahuan kalian, ibu mertua aku ini, seorang yang bongkok. Ketika aku bernikah dengan anaknya, ibu mertua ku dah bongkok. Di sebabkan dia pernah terjatuh di dalam bilik air.

Aku Husna berasal dari Bandar Kuala Lumpur. Berkahwin dengan orang utara. Memang berbeza loghat dan cara masakan. Tidak dinafikan pada permulaannya, aku sedikit kekok dengan usia ibu mertua dan ayah mertua aku yang seusia sama macam nenek aku.

Tapi alhamdulillah ibu dan ayah mertua aku menyambut aku dengan baik sebagai anak menantu mereka. Alhamdulillah, aku beruntung sangat. Dengan pada masa itu, aku hanya berkerja biasa biasa sahaja. Keluarga suami aku tak memilih pangkat dan darjat.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Lebih banyak merantau di negeri orang. Waktu belajar dulu, adakalanya belajar di belah pantai timur, belah utara. Jadi waktu aku di rumah sangat lah kurang. Ibu kandung aku yang selalu masakkan makanan untuk anak anaknya dirumah. Dipendekkan cerita, aku tak pandai masak ketika itu. Disebabkan ibu kandung aku jenis yang cerewet. Jadi aku hanya bantu potong potong bahan apa yang patut sahaja.

Ketika aku mula mula berkahwin. Aku memang tak berapa pandai masakkan lauk pauk untuk ibu mertua aku dan untuk ayah mertua. Mereka masing masing umur dah 70 lebih. Pak mertua aku jenis yang pandai makan. Tidak sah kalau tak ada gulai. Ibu mertua aku jenis tidak kisah. Dia makan saja apa yang ada. Dapat ikan mabong goreng dengan sayur sawi pun ibu dah suka.

Ibu mertua aku memang jenis suka bersembang ketika dia masih sihat. Kalau aku balik kampung. Ada sahaja cerita dia. Walaupun ibu mertua aku selalu menelifon kami. Memang kalau di ikutkan aku tiada topik untuk disembangkan. Tapi pandai pandai laa bercerita.

Bab kain batik kat Kuala Lumpur lah. Corak corak kain berbeza lah. ibu mertua aku berkenan dengan corak kat belah sana. Dia kirim kat aku jika aku balik lagi nanti. Dia nak dia kata. Aku layankan saja. Ibu bukan kirim dengan air liur tau. Dia akan bagi duit sekali.

Suami aku anak bongsu. ibu mertua aku memang sayang sangat dekat anak bongsu dia ini.. Kadang kalau kami balik 4 hari 3 malam tu, rasa macam tak cukup sangat. Sampai ibu mertua aku sampai duk tanya, kalau kami dah kalut kalut hendak bersiap balik ke Kuala Lumpur.

“Awat dah nak balik dah..” Aku cuma membalas, “Esok dah kerja mak.. In shaa allah nanti kami balik lagi ya..” Tengok muka mak dah sayu sangat. Anak dia dah nak balik.. Masa kami mula mula kahwin. Tidak lama itu, dah nak raya. ibu mertua aku, ajarkan aku menganyam ketupat palas. Seronok sangat moment tu. Hahaha.

Walaupun waktu itu, entah apa yang jadi. Tapi selamat rasa tu, ada juga rasa ketupat palas. Biras biras aku ada tinggal berdekatan dengan ibu, dan ayah mertua aku. Tapi itulah, mereka masing masing sibuk dengan kerja. Ada pun, waktu petang dan hari minggu.

Kalau aku dan suami balik. Kami tidak akan berjalan sangat. Keluar pun, pergi pekan sekejap. Kalau niat hendak berjalan pergi Perlis ke. Akan kami bawak mereka sekali. Sebab bagi suami aku, dia balik kampung tu, hendak habiskan masa dengan kedua ibu bapa dia. Bukan balik kampung, nak berjalan jalan ke tempat lain.

Dipendekkan cerita, disebabkan aku ketika itu surirumah (berkerja hanya dirumah bisness online) dan anak baru seorang. Aku beritahu pada suami. Aku hendak balik kampung dia selama dua minggu dengan anak aku sahaja. Suami aku berkerja, jadi dia tidak boleh ikut.

Aku hendak jaga ibu mertua aku dan ayah mertua aku. Aku buat ‘surprise’ dekat orang tua aku dikampung. Yang tahu hanya abang ipar aku sahaja. Sebab dia yang akan ambil aku dan anak aku di airport. Bila sampai sahaja aku dikampung. Terkejut ibu mertua dan ayah mertua aku. Yelah lah, tetiba je kan aku balik. Dengan suami tak ikut.

Aku bagitahu sahaja je balik.. (sambil sambil itu, bisnes online aku still berjalan) Bisnes online aku, order still jugak masuk. Alhamdulillah tidak putus putus. Berkat menjaga orang tua agaknya.. 2 minggu aku di kampung. Aku manfaatkan waktu aku bersama mereka. Aku kemas kemaskan bilik tidur mereka. Kemas seluruh kawasan dalam rumah itu. Anak aku ketika itu baru berusia 3tahun..

Ayah mertua aku yang layan dia ketika aku sibuk mengemas atau masak. Pagi pagi aku siapkan sarapan. Tengahari aku dah sibuk dekat dapur. Lepas zuhur, waktu aku berehat. Petang pula aku sibuk dah kat depan laman rumah. Minum minum petang dengan kedua orang tua aku.

Memang kalau diikutkan aku janggal. Sebab aku dibesarkan dalam suasana bandar. Bila berkahwin. Aku kena belajar keadaan yang berlainan. Aku ikut rentak orang tua aku. Malam pula jika malam itu ada pasar malam, aku ikut biras aku yang tinggal berdekatan dengan rumah parent mertua aku ni.

Kami pergi pasar malam. Waktu itu, aku ingat lagi sampai sekarang, aku tanya ibu mertua aku.l, “Mak, Husna nak pi pasar malam ni, mak nak kirim apa-apa tak???” Mak kata, “Ada, mak nak kirim sepit rambut dengan butang kacip ni (butang yang ada kat leher koler baju macam kurung kedah tu. Baju yang orang tua tua selalu pakai tu). Mak nak butang kacip ini ya..”

Aku balas, “Okay mak, nanti Husna belikan ya.” Tak lama tu, ibu mertua aku hulur duit untuk barang yang dia kirim tu. Bukan 5 atau 10 ringgit tau. Tapi RM100!!!.. Allahuakhbar terkejut aku. Aku katalah, mak banyak sangat ni. Mak kata, takpa lah buat belanja. (Dalam hati aku kata, Nak pi pasar malam je. Tapi duit besar macam nak pergi mall pulak)..

Alhamdulillah, rezeki aku dapat ibu mertua aku yang baik sangat. Bising?.. Adatlah, mak kita sendiri pun bising jugakan. Layankan sahaja diorang ni, sementara diorang masih ada dekat dunia ini. Kita bukan kahwin dengan anak dia sahaja tau..

Waktu aku balik kampung mertua selama dua minggu tanpa suami disisi. (tak pernah dibuat orang kot??). Kalau parents sendiri lain lah kan). Seronok adik beradik ipar aku, ada yang sudi tengok tengok kan mak ayah diorang dikampung. Yelah, hanya itu sahaja aku mampu berbakti pada keluarga mertua aku.

ibu mertua aku dah berusia. Dia tak larat hendak berjalan. Kerusi roda la peneman dia kalau hendak pergi kemana mana. Aku berkesempatan jugalah ketika ibu masih hidup, aku tolong mandikan ibu. Malam malam aku pakaikan ibu pampers.

Sebab ibu tak larat nak berulang alik ke tandas waktu malam. Waktu siang ibu pergi dengan kerusi roda dia. Dengan bantuan orang orang dirumah. Waktu ibu dah macam ini. ibu sering terlupa. Rasa dia macam tidak solat lagi. Sedangkan aku tengok ibu dah solat.

Kalau kami balik ke kampung. Biras aku dan abg ipar aku, beri kami untuk menjaga ibu. Waktu ini. Aku langsung tidak ada pengalaman menjaga orang tua. Sedangkan ayah ibu kandung aku ketika itu, masih sihat walafiat. Memang aku tidak reti hendak ‘handle’. Itulah pertama kali aku mandikan orang tua.

Itulah pertama kali aku pakaikan pampers orang tua. Aku memang tidak reti. Tapi aku buat apa?? Aku belajar. Kalau hari ini, cara aku salah mandikan atau pakaikan. Untuk hari kedepannya. Aku akan perbaiki cara itu.

Tahun 2017, ketika kita sebagai umat islam. Sedang menyambut bulan ramadhan. Tidak silap aku ketika itu baru 5 Ramadhan (31/05/2017). Waktu berkumandangnya azan magrib. ibu mertua aku dah tinggalkan kami buat selama lamanya. Ibu tak sakit teruk pun waktu itu. Cuma terjatuh di bilik tidur.

Dan tulang peha Ibu ketika itu retak. Doktor operasi dekat kaki ibu. Sejak itu, ibu tinggal di hospital, doktor sah kan. Peparu ibu ada jangkitan kuman, so ibu tidak boleh balik. Tidak lama selepas itu, ibu pergi menghadap illahi. Maka tiada lagilah kasih seorang ibu mertua buat aku.

Sudah 3 tahun ibu tinggalkan kami. Jika dulu kalau kami balik ke kampung. Sampai pun dah 3, 4 pagi. ibu mertua aku ini lah akan menjemput kami di depan pintu rumah dengan lampu suluh dia tu. Allahuakhbar. Aku rindu sangat dengan moment tu..

Kalian yang masih mempunyai ibu mertua dan ayah mertua itu. Jagalah mereka seperti ibu ayah kita sendiri. Kita masuk keluarga orang ini. Kita sendiri kena mencari ‘rentak’ itu. Tak pandai. Belajarlah untuk memahami hati mereka. Kita ini hidup dekat dunia ini tidak lama. Hanya sementara.

“Jangan benda yang kecil. Hampa nak duk perbesaq-besaqkan.. Jangan wat lagu tu naa. Tiada masalah yang terjadi dekat atas muka bumi ini, tiada penyelesaian. Anda sendiri kena cari cara untuk selesaikan.Al-fatihah (dibaca), buat ibu mertua ku. Sekian warkah ikhlas…

Reaksi warganet

Aisyah Nur – Berair mata pulak akak baca ni. Bagus dik. Awak memang menantu yang baik. Biasa dah dimomokkan orang KL tak betah nak dok kampung. Tapi awak pandai suaikan diri. Pasti nanti awak dapat menantu yang baik baik juga. InsyaAllah.. Moga MIL Allah letakkan di sebaik baik tempat.

Mell Mariam – Teringat mak mentua. Baik sangat. Dia selalu cakap. Mak sayang anak menantu mak sama rata. Macam mana mak sayang anak mak. Macam tulah mak sayang menantu Mak. Seminggu sebelum ibu pergi. Dia pegang tangan saya dan ucap terima kasih sebab kahwin dengan anak dia. Al fatihah untuk mak..

Hafizah Hashim – Ya Allah, sedihnya saya baca cerita sis ni. Saya akan ingat cerita sis, in shaa Allah sampai bebila untuk ingtkan diri sendiri betapa bertuahnya saya sekarang dikurniakan ibu dan bapa mertua sebaik sekarang. Saya sekejap pon tak pernah rasa saya ni menantu dalam keluarga tu. Layanan seperti saya ni anak mereka. Saya orang selatan, suami pantai timur. Tapi takde langsung istilah ‘orang luar’.

Ibu bapa mertua saya pulak suke sangat time saya balik kampung. Saya akan masakkan masakan belah selatan. Ayah mertua saya siap dah ada menu menu yang memang dia nak saya masakkan walaupun orang lain boleh masak dia nak saya jugak. Syukur saya dikurniakan keluarga mertua yang baik. Itu semua rezeki.

Nabilah Zaki – Saya setuju sangat part balik kampung, spend betul betul Masa dengan family bukan sibuk nak berjalan. Saya dengan suami pun ada prinsip yang sama. Balik kampung dahlah sekali sekala, bila balik pulak tak lekat dirumah. Kesian orang tua tu, dibuatnya rumah dia macam hotel. Patutnya time tulah kita ambik peluang, duduk rumah, tolong yang mana patut dan betul betul habiskan masa dengan orang tua kita.

Intan Norliana – Alhamdulillah. Ada orang cakap syukur dapat mertua baik, ada orang dapat mertua yang tak boleh ngam, tu cerita lain. Memang totally mungkin susah sikit.. Tapiiii saya masih tak faham orang yang dapat mertua baik masih taknak cuba untuk anggap macam mak ayah kita. Buat macam orang luar jugak. Balik jenguk bermusim ikut mood.

Time ko brbalah laki bini sibuk duk cerita A to Z pasal anak dia kat mak mertua ko. Mertua baik sampai ko boleh cerita keburukan ank kandung dia, boleh dia tadah je tahan sebak.. Dah bahagia ko tanya khabar sihat ke makan tak pun tak. Dah dapat mertua baik syukur lah. Macam tt ni cuba cari keserasian dan bertolak ansur, cuba serasikan, sangat bagus..

Untuk cari kekuatan tolak ansur tu fikir mereka ni tak tau berapa lama je dieorang hidup lagi dan ingat kalo kita dah tua nanti apa kita buat sekarang itu lah balasan kita nanti. Memang bukan senang nak masuk keluarga yang totally lain dengan cara kita tapi cuba cari rentak, ikhlaskan hati. InshaAllah dimudahkan. Kalo hati tak ikhlas benda senang pun susah kita rasa. Tapi kalo ikhlas susah macam mne pun lapang je hati ni. Buat tt tahniah moga kita semua pun dapat mencontohi benda yang baik baik tuSumber – Husna (Bukan nama sebenar) via IIUMC.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post