Hari ini cukup tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi nama penuh anak perempuan mereka iaitu Nur Fatimah Aisya Abdul Fattah.Fattah dan isterinya berkongsi perkara tersebut menerusi akaun instagram Fattzuralovelife dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga.
”Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.
ARTIKEL MENARIK:Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.
“Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi daddy and mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima.”Fatima syukur sangat pada makcik and pakcik semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila daddy dan mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah… love, Fatima,” katanya.
Menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik rakaman pendek Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, sedang mendukung puteri sulungnya itu.Fattah dan Fazura kongsi rakaman pendek bersama puteri sulung mereka.Bagaimanapun, pasangan selebriti terkenal itu tidak memaparkan wajah penuh anak mereka.
Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada warganet yang turut memuji wajah comel cahaya mata sulung pasangan itu.Sebelum ini, pasangan gandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu mengumumkan kelahiran bayi pertama mereka menerusi laman Instagram pada 2 Oktober lalu.Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:-mstar
Jatuh Air Mata Bila Dapat Kejutan Masa Ulangtahun Kelahiran. Sekali Warganet Perasan Benda Lain Pada Fazura Sampai Jadi Bualan Ramai.
Baru-baru ini, pelakon jelita dan popular Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun dan perkara itu membuatkan selebriti ini juga sangat bahagia apabila dapat menyambutnya dengan bakal cahaya mata sulungnya.
Walau bagaimanapun, Fazura tidak terlepas untuk menerima kejutan daripada insan yang tersayang sempena ulang tahun kelahirannya itu dan video dikongsikan ini pula dapat diperhatikan momen bahagia selebriti ini bersama rakan-rakan.
Fazura bagaimanapun dilihat terharu dengan kejutan diberikan kepadanya ini dimana video yang dimuat naik semula menerusi Instagram Hot FM turut meraih ribuan tontonan umum. Biarpun begitu, apa yang membuatkan orang ramai tidak henti-henti tinggalkan reaksi mereka diruangan komen apabila mereka turut tertarik dengan penampilan sopan Fazura meskipun kini sedang sarat hamil anak sulungnya sekali gus menerima reaksi positif ramai.
Bukan itu sahaja, bagi warganet penampilan Fazura disenangi ramai kerana selain rekaan cantik baju-baju yang digayakan olehnya itu turut kelihatan sopan. “Pakaian Faz masa mengandung pun sopan… bertambah-bertambah cantik Faz ni”
Menjenguk ruangan Instagram Fazura, patutlah ramai yang suka lalu memuji penampilannya. Lihat sahaja beberapa perkongsian Fazura yang kelihatan bergaya disamping tetap nampak sopan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucing Media OnlineSumber : HCL
Sedang Sarat Mengandung. Fazura Tekad Buat Satu Aktiviti Ini Dan Sanggup Kongsi Satu Produk Yang Dia Gunakan Khas Buat Wanita Di Luar Sana
Selepas tiga tahun pelakon dan penyanyi jelita Fazura dan rakan perniagaannya Puteri Intan Zarith melancarkan produk kesihatan dan kecantikan melalui jenama TruDolly, kini mereka bersedia melancarkan produk terbaru yang dinamakan TruDolly Gummies.Produk ini dilancarkan dalam dua perisa iaitu Lemon Flush dan Strawberry Glow. Malah, TruDolly juga akan bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dari segi pemasaran untuk produk baru ini.
“Saya ambil TruDolly Gummies setiap hari. Rasanya yang sedap jadi mudah nak makan waktu pagi. Lepas tu saya akan minum air dua tiga liter sepanjang hari.”Banyak faedahnya seperti kurangkan masalah jerawat dan membantu buang toksin dalam badan. Lagi satu, ianya memberikan tenaga dan stamina,” kata Fazura.
Fazura yang nampak sungguh berseri dengan persalinan rona kuning rekaan Rizman Ruzaini turut memberitahu dia akan mula berehat mulai Ahad ini untuk menumpukan sepenuh pada dirinya yang sedang menanti saat kelahiran cahaya matanya.”Sebelum ini TruDolly dipasarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, tetapi dengan kerjasama bersama Universal Music Malaysia, mereka akan membawa jenama TruDolly ke pasaran global,” kata Fazura mengakhiri bicara.Fazura yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka yang dijangkakan pada bulan depan.-gmpk
Cukup Aktif Tatkala Diri Sedang Hamil. Fazura Bongkarkan Sesuatu Tentang Kandungan Tidak Bergerak Yang Membawa Satu Maksud Ini
KUALA LUMPUR: Melihat perkembangan Nur Fazura selepas mengumumkan kehamilan, beberapa bulan lalu, dapat disimpulkan wanita ini cukup aktif.Setiap hari, ada sahaja aktiviti yang dilakukan biarpun ada yang beranggapan, wanita mengandung sepatutnya perlu banyak berehat.
Maklum sajalah, dengan keadaan diri yang semakin sarat dan menanti masa untuk bersalin, pasti ramai yang risau dengan kesihatan aktres itu, andai berterusan begitu. Namun, bagi si empunya diri, kesibukan dengan kerja bagaikan suatu terapi.
“Sejak awal kehamilan lagi, saya suka bekerja. Walaupun berbadan dua, saya seronok jika sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Malah, pernah terdetik, ingin sahaja saya tangguhkan bersalin sebab mahu siapkan kerja.“Kalau asyik duduk di rumah, ia akan menjadi tekanan buat saya. Itulah yang cuba saya hindari.“Namun, sibuk macam mana sekali pun, kena ada batasan dan saya tetap beringat. Jika saya rasa penat, saya akan pulang ke rumah dan berehat,” katanya kepada BH Online.
Ditanya dari mana dia memperoleh tenaga untuk aktif dalam keadaan sarat, pelakon berusia 37 tahun ini mendedahkan semuanya terletak dalam minda.“Kalau terlalu fikirkan sangat yang kita hamil, maknanya kita kalah. Tak mahulah manjakan diri sangat.
Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat
“Tetapi saya ikut keadaan bayi dalam kandungan. Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat. Jika dia okay, maknanya dia suka ibunya aktif,” katanya sambil tertawa.Dijangka bakal melahirkan zuriat, Oktober ini, pelakon filem Dendm Pont1anak ini berkata, seboleh mungkin, dia cuba menyelesaikan semua kerja yang dirancang lebih awal sebelum bercuti panjang.
“Tahun ini, jadual saya sudah disusun lebih awal. Antara projek yang sudah dirancang adalah melancarkan produk kecantikan, rakaman lagu baharu dan video muzik. Saya juga ada merakamkan sebuah single ciptaan Ezra Kong.“Sempena kemunculan lagu itu, syarikat rakaman menyarankan saya menghasilkan video muzik sebelum bersalin. Lagu itu bakal dilancarkan bulan depan. Kalau hendak tunggu selepas bersalin, mungkin akan mengambil masa yang agak lama,” ujar isteri kepada aktor Fatah Amin ini.
Bercerita pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Fazura berkongsi kisah suami terkena tempiaas isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.
“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap .“Apabila saya beritahu dia sebenarnya mengidam, Fattah tidak mengaku dan berasa pelik. Hakikatnya, memang dia mengidam tetapi tidak sedar,” kata pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pada majlis Tea Party With Fazura dan pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, baru-baru ini.
Mengulas pembabitannya dalam perniagaan produk penjagaan wajah, penyanyi Sayangi Dirimu dan Bisa Apa ini memberitahu, hasrat itu timbul selepas diminta peminat.“Sebelum ini, saya pernah menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan selama tujuh tahun. Apabila saya bertemu peminat, mereka sering bertanya, bila saya ingin menghasilkan produk sendiri.
“Keinginan itu sudah lama, cuma baru tahun ini terlaksana. Tapi, tidak sangka berlaku wabk COV1D-19 yang menyebabkan semua kerja tertangguh. Selepas ada kelonggaran, kami sambung semula proses pembikinan produk ini.“Kian lama menanti, baru sekarang saya dapat melancarkannya,” katanya dalam nada teruja.
Mengenai cakap-cakap nakal yang timbul seperti mempersoalkan keberkesanan produk terbabit selain dkwaan barangan dihasilkan adalah produk ‘timbang kilo’, Fazura memberitahu, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata negatif.Fazura yakin dengan produk terbabit kerana dihasilkan dengan teliti dan mengikut piawaian ditetapkan.
“Saya sendiri terbabit dari awal produk dihasilkan. Bermula dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah kepada pembungkusan.“Kalau ada yang hendak beri persepsi negatif, terpulang kepada mereka, saya tidak mahu ambil peduli.
“Tidak perlu ada rasa takut kerana saya yakin produk ini selamat kerana tidak mengandungi bahan tidak dibenarkan. Produk ini juga sesuai untuk semua golongan termasuk wanita hamil,” katanya.Set eksklusif Fazura Skincare dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini. Barangan ini boleh didapati di stokis terpilih.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook .Sumber : BH
Post a Comment