Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.

Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.

Kuala Lumpur: Biarpun digosipkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya. Uqasha berkata, dia hanya akan berkongsi kisah peribadinya pada masa yang tepat.

Selalu digosipkan dengan Kamal Adli. Terkini Uqasha Senrose muat naik gambar mesra dengan Kamal Adli. Tapi benda lain yang warganet tengok.



“Soal jodoh, ajl, mt itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya. “Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya.

ARTIKEL MENARIK:Akui dipanggil sprm lagi. Sekali tiba tiba mak Shuib luahkan sesuatu bila macam ni jadi ada ank dan menantu. Mengejutkan sampai macam ni sekai luahan hati mak Shuib.


Ia terpulang kepada pendirian masing-masing. Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uqasha, dia enggan lagi terlalu menghebahkan kisah peribadinya kepada umum selepas melalui bermacam pengalaman dalam hidup. “Saya banyak belajar dari pengalaman. Kalau tiada pengalaman saya tidak mungkin mampu menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi sebagai manusia kita harus berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal arahan Michael Ang. Terbaru Uqasha kongsi gambar mesra bersama kamal adli tarik perhatian ramai.


KOMEN WARGANET:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

Uqasha Senrose baiki kelemahan diri

SEBELUM dunia hiburan ‘kecoh’ dengan keputusan pelakon Emma Maembong tidak lagi bertudung, pelakon jelita Uqasha Senrose, 26, juga pernah melakukan perkara sama.

Pada 2013, Uqasha pernah bertudung namun hanya sempat ‘bertahan’ hingga Ogos 2016 saja. Namun ketika mengerjakan umrah Disember tahun lalu, pelakon ini pernah menyatakan hasrat kembali bertudung sebaik pulang dari umrah.

“Saya pernah dari tidak bertudung, kemudian bertudung dan kembali tidak bertudung. Saya tidak mahu membuat keputusan drastik yang boleh membuatkan masyarakat terus bercakap perkara buruk mengenai saya. “Kita sendiri tahu bertudung itu untuk apa iaitu antara kita dengan Tuhan. Ia bukan untuk dapatkan perhatian orang. Bagi saya, kalau mahu membuat keputusan (kembali bertudung), saya mahu lakukan selepas betul-betul berfikir panjang,” katanya.

Uqasha berpendapat biarlah keputusannya untuk kembali bertudung datang daripada hatinya yang tulus ikhlas. Pun begitu, dia sedar bertudung adalah wajib bagi wanita Islam yang sudah mencapai akil baligh dan berakal, cuma pada masa ini dia mahu melakukan kewajipan itu tanpa terburu-buru.

Katanya, dia tidak mahu memaksa diri kerana beranggapan walaupun sudah memakai tudung, bimbang tidak seiring dengan sikap. “Saya tidak mahu paksa diri. Pakai (tudung) itu sudah betul tapi perbuatan kita tidak betul. Saya tidak mahu perkara begitu berlaku. Saya mahu biarlah tindakan itu seiring.

“Saya akui sebelum ini saya bertudung disebabkan situasi, ditambah pula sedang bersedih dan masih muda, keputusan dibuat agak terburu-buru. “Apabila saya tidak bertudung, saya dapat melihat kekhilafan saya sebelum ini dan perbetulkan diri sedikit demi sedikit,” katanya.

Uqasha berkata, andai ditakdirkan dia betul-betul sudah berada di ‘landasan betul’ dan ditambah pula kebaikan pahala dengan bertudung, Insya-Allah dia akan lakukan sepenuh hati. Cuma buat masa ini, dia selesa dengan keadaan dan fokus pada kerja serta perbaiki kelemahan lain yang ada. Baginya, hidayah itu milik Allah dan pasti akan diberikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki pada bila-bila masa saja.

Lebih tenang lepas balik umrah

Bercerita mengenai pengalaman mengerjakan umrah, Uqasha akui dia dikurniakan rezeki melimpah ruah dari segi tawaran berlakon, pengacaraan dan kini menjadi duta produk kecantikan minggu lalu. “Banyak perkara saya doakan ketika umrah lalu Allah makbulkan.

Perasaan saya, segala rezeki yang saya terima lebih berkat dan apa yang saya buat sekarang ini nampak lebih teratur serta dipermudahkan. Ditambah pula dengan panduan daripada ibu bapa, segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Tanpa berselindung, Uqasha berpendapat perkara paling penting sebaik saja pulang dari Tanah Suci adalah rasa lebih tenang. “Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa lapang dada dan ibadah juga dipermudahkan kami sekeluarga. “Sebak itu pastilah ada. Saya berharap dapat melakukan umrah setiap tahun. Insya-Allah akan ke sana sekali lagi sebelum Ramadan tahun ini bersama keluarga,” katanya.


Loading...
loading...


Setiap ujian berbeza

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Uqasha tidak menyalahkan pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan Emma mengenai kisah dia kembali tidak bertudung itu.. “Ia adalah lumrah, saya tidak boleh hentikan tapi sejauh mana mereka ini kaitkan perkara itu penting bagi saya. Asalkan jangan sampai memudaratkan perasaan orang lain dan saya.

“Dosa setiap manusia itu berbeza dan saya ada bahagian saya sendiri. Allah bagi dugaan dan ujian berbeza dengan orang lain, jadi janganlah samakan,” katanya. Dia bagaimana pun akui sekiranya tidak mengambil tahu ‘cakap-cakap’ orang, dia tidak akan terkesan dan seandainya dia membaca komentar warganet dan mengambil hati kecaman mereka, pastinya hati akan panas.

Tapi dia berpendapat sampai bila dia perlu ada perasaan marah, jadi lebih baik untuknya tidak mengambil tahu mengenai kecaman warganet. “Orang yang berfikiran terbuka, terpelajar dan berilmu tidak akan kaitkan dengan isu ini, sebab tahu setiap manusia ada ujian dan cabaran berbeza.

Kepuasan bekerja lebih mahal

Enam tahun mencanai bakat dalam dunia seni, lakonan Uqasha Senrose semakin hari semakin bagus. Kemunculannya di kaca televisyen mencipta impak luar biasa dan melekat di hati penonton drama Melayu. Antara drama yang menjadi sebutan sehingga hari ini adalah Hero Seorang Cinderella dan Tundukkan Playboy Itu.

Meskipun persembahannya dipuji ramai, Uqasha enggan terbuai sebaliknya nekad mahu meningkatkan kemampuan diri. “Sebagai orang baru dalam bidang ini, saya tidak boleh mensia-siakan peluang dan kepercayaan penerbit serta pengarah.

“Setiap karya harus disampaikan dengan baik barulah karakter yang dilakonkan dapat diterima penonton. “Dari awal pembabitan, saya melihat setiap drama yang dibintangi sebagai satu proses pembelajaran. Saya tidak pernah malu bertanya kepada pengarah. Saya bukan kejar anugerah tetapi kepuasan dalam bekerja itu lebih mahal,” katanya.

Uqasha berkata, dia tidak pernah memilih syarikat produksi, asalkan watak yang diberikan punya kelainan pasti tawaran yang dihulur disambut dengan hati terbuka. Perkembangan terkini, Uqasha baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Esok Untuk Kita di Pahang.

“Setakat ini, saya okay dengan setiap tawaran yang datang. Saya terima ikut kemampuan dan seandainya karakter yang diberikan tidak bersesuaian dengan imej, saya rela tolak. “Saya juga tidak kisah bekerja dengan syarikat produksi baru atau pelakon yang tidak pernah digandingkan bersama.

“Esok Untuk Kita misalnya, ia terbitan syarikat produksi yang baru pertama kali menghasilkan drama. Saya okay sebab jalan cerita dan skripnya agak unik,” katanya yang membawa watak Zulia, isteri kepada Hisham lakonan Beto Kusairy.

Mengulas hubungannya dengan pengacara dan pelakon Hefny Sahad, Uqasha mohon diberikan sedikit ruang privasi. “Tahun lalu banyak cerita kami didedahkan kepada umum. Buat masa ini, beri saya masa untuk fokus karier. “Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan macam biasa tetapi perancangan untuk ke fasa lebih serius belum ada,” katanya.

Uqasha tak serik bercinta

EPISOD cinta Uqasha Senrose dengan beberapa rakan artis sebelum ini tidak berakhir ke fasa perkahwinan seperti diimpikan. Namun, kisah cintanya bersama rakan artis kembali hangat diperkatakan apabila dia sering memuat naik gambar bersama pelakon Ben Amir di Instagram, Ogos lalu.

Malah, Uqasha pernah membuat kenyataan kepada media, dia dan Ben dalam proses mengenali hati budi masing-masing ketika itu. Bagaimanapun, ada pihak mendakwa kisah cinta mereka sudah berakhir apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di Instagram ketika ini.

Uqasha yang ditemui di sesi penggambaran video sitkom Spanar Jaya X di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, petang kelmarin merungkai persoalan mengenai hubungannya dengan Ben yang diperkatakan ramai sebelum ini.

“Sebenarnya, kami dalam proses berkawan sebelum ini. Selepas mengenalinya, saya melihat kami lebih selesa dan sesuai sebagai kawan dan bukan ke fasa seterusnya lagi,” katanya. Ditanya sama ada dia serik untuk bercinta dengan rakan artis, Uqasha menafikannya.

“Saya tidak serik pun. Saya juga terbuka untuk berkawan dengan ramai orang termasuk dari luar industri hiburan. Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh dengan rakan artis, saya tetap terima,” katanya. Ditanya mengenai sasaran usia untuk berumah tangga, Uqasha berkata, dia bersedia untuk berkahwin jika bertemu jodoh sesuai.

“Maklumlah, saya berasal daripada keluarga yang pernah melalui situasi perpisahan sebelum ini. Saya tidak mahu berkahwin hanya dua, tiga bulan dan selepas itu berpisah kerana tidak bahagia. “Saya juga bimbang apabila ada anak nanti, mereka terpaksa melalui situasi yang pernah saya lalui dulu. Sebab itu, saya perlu mencari calon sesuai untuk berkahwin demi masa depan,” katanya.

Mengulas mengenai kriteria lelaki dicari pula, kata Uqasha, dia mengimpikan lelaki tinggi lampai, tetapi bukan bertubuh sado yang menjadi trend ketika ini.Ganding dengan Ben Amir dalam Spanar Jaya X. Berkongsi perkembangan karier seni pula, Uqasha bakal muncul dengan sitkom terbaru, Spanar Jaya X yang bersiaran setiap Sabtu, jam 11 malam di TV3 bermula 2 Februari tahun depan.

Selain Uqasha, sitkom 13 episod arahan Ahmad Idham terbitan Enfiniti Production ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Opie Zami, Douglas Lim, Sangeeta, MJ dan Teh Yang. “Saya sukar menolak tawaran buat sitkom yang cukup popular dan diperkenalkan pada 1998 itu. Pada mulanya, saya bimbang melakonkan watak utama sebagai Syasya kerana pasti orang akan membandingkan dengan pelakon asalnya, Wardina Safiyyah.

“Selepas meneliti skrip dan sesi latihan bersama barisan pelakon dan pengarah, saya mendapat keyakinan untuk menjiwai watak seperti dikehendaki,” katanya. Uqasha turut berdepan cabaran kerana tempoh penggambaran sitkom itu singkat iaitu seminggu untuk menyiapkan penggambaran sebanyak 13 episod.

“Saya akui berlakon drama dan sitkom sesuatu yang berbeza. Kami perlu menyiapkan penggambaran dua episod sehari seperti dijadualkan,” katanya. Ditanya gandingan dengan Ben pula, Uqasha mengakui tiada masalah untuk bekerjasama di lokasi. “Kami berkawan baik dan ia memudahkan bekerjasama dan berikan yang terbaik pada sitkom ini,” katanya.

Uqasha tak kisah Nelydia langkah bendul

PELAKON Uqasha Senrose tidak tertekan apabila ada yang mula bertanya bila pula gilirannya akan menamatkan zaman bujang selepas adiknya, Nelydia Senrose bakal berkahwin tidak lama lagi. Uqasha, 26, ketika ditemui berkata, sudah tertulis adiknya itu bertemu jodoh lebih awal berbanding dirinya.

“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya. Selepas majlis ‘bridal shower’ adik semalam, ramai bertanya bila pula giliran saya. “Apatah lagi pada sesi Nelydia baling bunga saya yang dapat. Kebetulan semua yang berada di situ sudah berpunya kecuali saya.

“Justeru, mereka beri ruang kepada saya untuk pastikan dapat bunga itu,” katanya selepas tayangan media Astro First Ekslusif, Saya Jual Ye Bang di sebuah pusat beli-belah di ibu kota petang tadi. Uqasha berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup.

Tidak kisah soal status atau pangkat, Uqasha berharap biarlah lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak seorang yang memahami dan boleh menerima dirinya seadanya. “Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Apa yang pernah berlaku kepada diri saya dulu, saya tidak mahu ada yang menghukum.

“Saya berharap pengalaman itu beri peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik. “Saya tidak letak sebarang ciri-ciri idaman, cukup jika dia terima diri ini,” katanya.

Uqasha terjun dunia bisnes

Sepanjang tiga tahun mencanai bakat sebagai pelakon, Uqasha Senrose, 22, tidak pernah sunyi dihambat kontroversi. Kisah putus cinta dengan pelakon, Pekin Ibrahim antara yang hangat diperkatakan. Tidak lama kemudian, kakak Nelydia Senrose itu dikatakan bercinta pula dengan Syafiq Kyle, 23.

Mengelak mengulas panjang perkara itu, Uqasha lebih selesa memperkatakan perihal kerjaya dan rasa bangga terhadap pencapaian Nelydia dan seorang lagi adiknya, Raysha Rizrose yang mula mendapat perhatian selepas memenangi sebuah pertandingan pencarian bakat popular.

“Sebagai kakak saya bangga dengan pencapaian mereka. Mutu lakonan Nely sering mendapat pujian peminat dan kebanyakan dramanya berjaya mencatat rating tinggi. “Raysha pula berbakat dan boleh pergi jauh jika diberi peluang.

“Tidak pernah timbul rasa iri hati di hati sebaliknya saya mahu mereka terus berjaya dalam lapangan masing-masing,” katanya. Selain berlakon, Uqasha kini berjinak-jinak dengan dunia perniagaan apabila bakal mengeluarkan tudung jenama sendiri dalam waktu terdekat.

Ujar Uqasha bukan kerana mengikut ‘trend’, tetapi mengambil langkah berani itu apabila ramai peminat bertanya di mana dia membeli tudung sejak berhijab. “Tudung saya sesuai digayakan semua golongan wanita. Insya-Allah akan ada butik sendiri dan pejabat bagi memudahkan operasi perniagaan.

“Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi lokasi pilihan saya. “Saya percaya dengan rezeki dan tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa. Saya hanya mahu berkongsi dengan peminat.

“Lagi pun, koleksi tudung saya tidak sama dengan jenama sedia ada. Paling penting harganya mampu milik iaitu kurang daripada RM100,” katanya yang mengusahakan bisnes itu bersama rakan kongsi. Di sebalik pujian, Uqasha tidak ketinggalan menerima kritikan pedas peminat yang tidak suka melihatnya tampil dengan pakaian yang tidak memenuhi kehendak syariat.

Pelakon cantik ini bagaimanapun tidak ambil pusing kritikan itu dan menegaskan apa yang dipakainya adalah mengikut keselesaan. “Saya sudah lali dengan kritikan. Setakat ini mereka menegur di Instagram. Mana yang salah saya jadikan pe­ngajaran.

“Soal bertudung itu antara saya dengan Allah SWT, begitu juga dengan pakaian. Insya-Allah dari semasa ke semasa saya akan memperbaiki penampilan,” katanya. Menyentuh sambutan Aidilfitri, Uqasha berkata dia dan keluarga tidak pulang ke Kelantan kerana nenek tercinta sudah tiada.

“Sejak nenek pergi menghadap illahi dua tahun lalu, kami sekeluarga memutuskan beraya di Kuala Lumpur. Persiapan pun biasa-biasa saja kerana masih terasa kehilangan nenek. “Minggu pertama Syawal masa untuk keluarga dan sanak-saudara. Ada juga peminat datang beraya dan kami melayan mereka dengan mesra meskipun kehadiran itu tidak dijangka,” katanya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post