Muhammad Sajjad akan didakwa lagi dengan 17 pertuduhan

Muhammad Sajjad akan didakwa lagi dengan 17 pertuduhan

Usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman akan didakwa sekali lagi di atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar, di Mahkamah Kajistret Shah Alam, esok.

Muhammad Sajjad akan didakwa lagi dengan 17 pertuduhan



Lelaki itu berdepan dengan 17 pertuduhan yang membabitkan 11 produk kosmetik tidak berdaftar, 5 tidak bernotifikasi dan 1 pertuduhan penjualan yang bukan keluaran berdaftar.

ARTIKEL MENARIK:Penghijrahan disambut baik oleh peminat dan masyarakat. Berikut 9 artis yang sudah mengenakan hijab yang mungkin ramai tak tahu


Lapor Harian Metro, Muhammad Sajjad sebelum ini dikenakan waran tangkap oleh mahkamah sama pada Mac lalu ekoran kegagalannya hadir ke perbicaraan di mahkamah tanpa sebarang alasan kukuh. 


Bagaimanapun Muhammad Sajjad tidak ditahan kerana kerelaannya menyerah diri dan kes dihadapinya itu akan disebut semula di mahkamah pada jam 9 pagi Selasa 13/10/2020. 


15 Ogos 2019, pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor membuat pemeriksaan di premis usahawan itu di Shah Alam selepas mendapat maklumat penjualan produk memutihkan kulit tidak berdaftar. 
Loading...
loading...


Pemeriksaan itu dibuat selepas pihak CPF membuat risikan dan penyamaran serta membeli produk yang dijual itu sebagai bukti dan disyaki bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


CPF turut mendapati syarikat yang diperiksa itu adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan semua produk yang dirampas adalah milik Muhammad Sajjad untuk tujuan jualan. 


CPF mendapati, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.


Dia turut bakal didakwa mengikut Peraturan 18(A),Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 18A(15) peraturan yang sama.


Sumber: Harian Metro 
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post