'Dia kerap menangis & kata rindu bapanya' - Anak sulung mangsa terkesan dengan kehilangan bapanya yang maut dirempuh Myvi

'Dia kerap menangis & kata rindu bapanya' - Anak sulung mangsa terkesan dengan kehilangan bapanya yang maut dirempuh Myvi

Pemergian orang tersayang sudah tentu memberikan kesan yang amat mendalam kepada keluarga, lebih-lebih lagi anak kecil yang belum puas merasa kasih sayang ibu bapanya.

'Dia kerap menangis & kata rindu bapanya' - Anak sulung mangsa terkesan dengan kehilangan bapanya yang maut dirempuh Myvi



Kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu (10/10/2020) membuatkan anak sulung Allahyarham Mohd Rizal Buseri terasa kehilangan. Nur Amani Raudah, 5, kerap memeluk baju bapanya sebelum melelapkan mata.

ARTIKEL MENARIK:Makin bertambah sekolah diberi notis perintah tutup. Sekitar 1 juta pelajar dan KPM dedahkan beberapa sekolah sekolah lagi yang harus ditutup dan harap maklum


Menurut ibu saudara arwah, Nor Farhana Amir, 36, berkata, tiga anak mangsa mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin. 


"Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya. Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya. Semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya," katanya memetik laporan dari portal Kosmo. 


Pemergian arwah itu meninggalkan isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga anaknya berusia dari sembilan bulan hingga lima tahun. 


Loading...
loading...

Keluarga mangsa kini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu terbabit yang menyebabkan kehilangan nyawa arwah Mohd Rizal. 


"Nasib tiga anak dan isteri perlu dibela," katanya. 


Sumber: Kosmo

000

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post