Mempunyai lebih 40 kes positif. Ismail Sabri umumkan empat zon merah ini sahaja dikenakan PKPB bermula 9 Oktober ini dan harap semua maklum

Mempunyai lebih 40 kes positif. Ismail Sabri umumkan empat zon merah ini sahaja dikenakan PKPB bermula 9 Oktober ini dan harap semua maklum

Kuala Lumpur, 7 Oktober – Empat kawasan di Sabah dan Selangor bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Oktober.Empat daerah tersebut ialah Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

Mempunyai lebih 40 kes positif. Ismail Sabri umumkan empat zon merah ini sahaja dikenakan PKPB bermula 9 Oktober ini dan harap semua maklum



“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah iaitu di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif.“Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut, maka mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat kawasan tersebut bermula 9 Oktober 2020.”

ARTIKEL MENARIK:Bertambah lagi kes melibatkan guru sekolah. Terkini guru SMK Taman Sea pula didapati positif Covid19 dan ini punca utama guru tersebut dikenalpasti


Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung penularan dan pengesanan kes secara bersasar sepanjang tempoh 14 hari, katanya.“Pergerakan keluar masuk ke kawasan tersebut dan dari kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rangkaian perkhidmatan perlu yang dibenarkan,” ujarnya.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyenaraikan perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut, tambahnya.Antara SOP yang dikenakan ialah hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

Semua perniagaan bukan perkhidmatan perlu adalah ditutup manakala restoran, kedai makan, kedia runcit dan kedai serbaguna dibenarkan beroperasi 6 pagi hingga 6 petang. Sementara itu, pembelian makanan secara berbungkus dan pandu lalu sahaja dibenarkan.

Jelasnya, waktu operasi stesen minyak adalah dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang manakala operasi pasar harian 6 pagi hingga 2 petang sahaja. Sementara itu, operasi pasar malam, pasar borong, pasar tani dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali.Perkhidmatan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi 24 jam, katanya.

Selain itu, perkhidmatan e-hailing hanya boleh membawa maksimum dua penumpang dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Tambahnya, perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti tidak dibenarkan.“Penduduk tidak dibenarkan keluar kawasan dan keluar bekerja sepanjang tempoh PKPB,” katanya, menggesa majikan agar tidak mengenakan tindakan kepada pekerja yang terlibat.-siakapkeli

Ismail Sabri Negatif COVID-19, Sidang Khas MKN Diteruskan Setiap Hari Secara Sidang Video

PUTRAJAYA, 7 Okt – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan saringan COVID-19 dirinya adalah negatif.Dalam pada itu jelasnya, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan setiap hari secara sidang video.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap situasi COVID-19 dalam negara,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.Ismail berkata demikian secara sidang video dari rumah ketika sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari.Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Bertambah Lagi Kes Melibatkan Guru Sekolah. Terkini Guru SMK Taman Sea Pula Didapati Positif Covid19 Dan Ini Punca Utama Guru Tersebut Dikenalpasti

Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini.SHAH ALAM – Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini.Guru berkenaan merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, berkata guru tersebut didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.”Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.”Dalam tempoh menunggu keputusan beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab.”Buat masa ini hanya kelas sahaja ditutup dan disanitasi.”Kita sentiasa mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung langkah selanjutnya selepas ini,” katanya.-sinarharian


Covid-19: KSN jalani kuarantin

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga 16 Oktober ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menurutnya, ini kerana beliau telah menghadiri satu mesyuarat yang sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 3 Oktober lalu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

“Saya telah menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan alhamdulillah, keputusannya adalah negatif.”Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sebagaimana yang disarankan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.Bagaimanapun katanya, situasi tersebut tidak mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana beliau tetap meneruskan tugasnya dari rumah dan akan memanfaatkan aplikasi digital serta teknologi bagi menyelesaikan urusan.

Dalam pada itu, Mohd Zuki turut mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya memberikan pelepasan khas atau memberi kebenaran bekerja dari rumah kepada petugas-petugas yang disahkan mempunyai simptom Covid-19 atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti virus berkenaan.Ini katanya, sejajar dengan Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Covid-19 di Premis Kerajaan bertarikh 16 Mac 2020.”Marilah kita semua terus berjuang melaksanakan tugas dengan penuh komited dan dedikasi demi negara yang kita cintainya,” katanya.-sinarharian

Rakyat Persoalkan SOP COVID19. Membimbangkan Setelah Jangkaan Yang Selami Ini Dibuat Telah Terjadi. Berikut Analisis Dan Pendapat Mengenai Bahaya PRN Sabah Dibayangi Peningkatan Kes COVID19

APA yang dibimbangi telah pun terjadi. Apa yang ditakuti sudah pun berlaku.Sebelum bermula kempen dan penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi, bukan sedikit pakar kesihatan yang menzahirkan kebimbangan.Sinar Harian sendiri bertalu-talu menerusi pelbagai artikel analisis dan pendapat menulis mengenai bahaya PRN Sabah yang dibayangi peningkatan kes Covid-19.

Dan paling ditakuti tentang kemungkinan pemimpin dan jntera politik membawa balik virus daripada pelbagai kluster di Sabah ke Semenanjung dan Sarawak. Namun, malangnya kita alpa dengan ‘kejayaan’ pusingan awal melwan Covid-19 antara Mac hingga Jun lalu.Bayangkan betapa bersungguh dan ktatnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang kita laksanakan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Beribu-ribu orang telah didnda malah dih3ret ke mahkamah kerana melnggar SOP.

Namun, SOP itu akhirnya semakin lama semakin longgar dan diambil mudah.Memang sesuatu yang menyedihkan apabila pihak berkuasa mengambil keputusan tidak mengenakan perintah kuarantin 14 hari wajib terhadap individu yang baru pulang dari Sabah.Kononnya atas alasan perintah kuarantin 14 hari hanya dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan bukannya dari negeri lain.

Malah, ‘lesen besar’ diberikan apabila ujian kali pertama negatif, individu berkenaan sudah boleh membuang ‘gelang pink’, sedangkan semua orang tahu tempoh dua minggu kuarantin dilaksanakan kerana inkubasi virus Covid-19 adalah selama 14 hari.Contoh paling mudah dapat kita lihat dalam kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hanya disahkan positif Covid-19 selepas 11 hari pulang dari Sabah.

Dalam tempoh itu sebagai seorang menteri yang padat dengan aktiviti beliau telah sekurang-kurangnya singgah di lima buah negeri, tiga buah universiti dan tiga buah masjid.Semua itu mungkin tidak terjadi sekiranya kita tidak berkompromi dengan SOP Covid-19.-sinarharian


Loading...
loading...


Rakyat terbeban jika denda lnggar PKP dinaikkan

KUANTAN – Cadangan sebuah badan bukan kerajaan NGO untuk menaikkan kadar denda bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak wajar.Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, saranan itu hanya menambahkan beban rakyat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, malah ia bukan satu kaedah untuk mendisiplinkan kerana rakyat sudah cuba mematuhi sebaik mungkin kehidupan mengikut normal baharu ini.”Rata-rata rakyat sedang bercakap perkara ini dan mereka (rakyat) tidak bersetuju dengan cadangan terbabit. Mereka sebenarnya bergntung sepenuhnya kepada sumber pendapatan tidak seberapa selepas terkesan dengan PKP sebelum ini.

“Jadi, sebab itu kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu rakyat bukan menambah beban mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.Semalam, Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) membuat gesaan agar kerajaan menaikkan kadar denda supaya dapat mendisiplinkan masyarakat dan berada di luar rumah untuk urusan penting saja.

Pengerusi GTPM Azman Kang Abdullah membuat cadangan itu susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) yang mendadak dan sampai masanya pihak berkuasa mengenakan denda lebih tinggi kepada mereka yang ingkar.Dalam pada itu, Haslihelmy berkata, selepas pelaksanaan PKP ekoran penularan pandemik Covid-19, rakyat terbeban kerana tidak dapat bekerja dan lebih memeritkan ada dalam kalangan rakyat yang diberhentikan kerja.

Katanya, malah ada segelintir rakyat yang kekal bekerja tetapi dengan kadar gaji yang dikurangkan oleh majikan.”Namun bermula bulan ini moratorium enam bulan berakhir. Bagi rakyat yang tidak bekerja, mereka masih boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan bank memberi lanjutan moratorium lagi tiga bulan.

“Bagaimana pula dengan nasib nasib golongan B40, M40 yang sudah kembali bekerja tetapi dengan bayaran gaji yang berkurangan? Tiada lagi moratorium untuk mereka tetapi hanya penstrukturan semula bayaran bank,” katanya.Beliau bagaimanapun berharap agar kerajaan meneruskan pemberian moratorium untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Katanya, perkara ini seperti dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tempoh suku kedua iaitu April hingga Jun tahun ini, yang menyaksikan moratorium pinjaman diberikan secara pukal, bank masih mencatatkan keuntungan.”Jadi pelbagai pihak juga seharusnya tampil membuat saranan untuk melanjutkan tempoh moratorium kerana rakyat masih ramai yang terbeban. Malah perkara sama turut dicadangkan oleh Najib,” katanya.-sinarharian

Tular Azmin, Hamzah positif Covid-19 palsu

SHAH ALAM – Tular di laman sosial mendkwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang disahkan positif Covid-19 adalah palsu.Setiausaha akhbar kepada Azmin berkata, ia adalah berita palsu, manakala setiausaha akhbar Hamzah turut mengesahkan ia tidak benar.

“Tidak ada laporan begitu. Beliau buat 2 kali swab test, keputusan negatif dan masih lagi dalam home quarantine,” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.Hari ini tular di laman sosial yang mengenai menteri berkenaan dijangkiti virus itu.Tanda pagar #kluster menteri trending di Twitter selepas seorang menteri Kabinet mengumumkan beliau positif Covid-19.Pelbagai reaksi waragnet timbul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.-sinarharian

Covid-19: 39 kes positif, satu zon merah di Selangor

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan 39 kes baharu Covid -19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,451 kes.Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan daerah Klang diisytihar sebagai zon merah.”Selangor merekodkan 232 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 126 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

“Daerah Klang hari ini menjadi zon merah setelah mencatatkan sebanyak 17 kes baharu menjadikan kes yang sedang dirawat sebanyak 71 kes manakala kes import jangkitan tempatan sebanyak 23 kes,” katanya.Katanya, Malaysia pula mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah sejak pandemik Covid-19 iaitu 691 kes baru dengan 688 jangkitan tempatan.

“Melandaikan keluk pandemik menjadi matlamat warga negeri Selangor.”Usaha pelandaian keluk pandemik ini memerlukan kita untuk menjaga penjarakkan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka serta kerap membersihkan tangan,” katanya.-sinarharian

90 individu kontak rapat Zulkifli negatif Covid-19

PUTRAJAYA – Seramai 90 individu kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan negatif jangkitan koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah termasuk semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat Jabatan Perdana Menteri (JPN).

“Mereka semua didapati negatif termasuk yang hadir pada mesyuarat JPN pada 3 Oktober lalu,” katanya pada sidang akhbar menerusi laman Facebook yang disiarkan secara langsung dari kediamannya di sini hari ini.Menurut Dr Noor Hisham, pejabat kesihatan daerah kini dalam proses mengenal pasti kontak rapat dan menjalankan penilaian risiko serta saringan

“Pejabat kesihatan daerah akan terus menjalankan proses mengenal pasti kontak lain,” katanya.Semalam, Zulkifli dilapor disahkan positif Covid-19 dan dirawat di sebuah hospital di Seremban.Menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya daripada 24 September hingga 4 Oktober lepas agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.-sinarharian

Mengejutkan Ada Lagi Kluster Baru Dikenal Pasti Selepas Kes Melonjak Tinggi Pada Harini. Rupanya Ini Punca Muncul Kluster Baru Itu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. “Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 860 individu disaring iaitu tujuh positif, 182 negatif dan 671 masih menunggu keputusan.

“Kluster Ramai-Ramai dikenal pasti di Sandakan, Sabah yang mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,161) adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu,” katanya pada sidang media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, kes dikesan positif Covid-19 pada 3 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 19 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. “Mereka dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent untuk rawatan,” katanya. Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 166 individu disaring iaitu 20 dikesan positif Covid-19 dan 146 individu masih menunggu keputusan. “Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.Sumber: HMetro

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini Sumber: Sidang Media KKM

Pecah Rekod. Semalam 432 Kes Positif Covid 19 Disahkan. Mengejutkan KKM Tampil Bongkarkan Puncanya Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Terkini Puchong Catat Kes Lagi. Terkini Penduduk Dari Apartment Sri Anggerik 1 Pula Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Macam yang korang semua tahu, Selangor merupakan negeri ke-3 yang mempunyai kes tertinggi selepas Sabah dan Kedah. Baru-baru ini pula, menurut posting yang dikongsikan oleh Puchong TODAY di Facebook, seorang penduduk dari Apartment Sri Anggerik 1 pula telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan apartment tersebut. Pihak pengurusan dengan ini memaklumkan bahawa salah seorang penduduk dari Blok B telah dijangkiti Covid-19 pada 5 Oktober dan pesakit tersebut telah dipindahkan oleh KKM dan sedang menjalani rawatan.”

Sumber: Property Guru

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan ini juga, mereka turut memberitahu yang proses sanitasi telah pun dijalankan di kawasan apartment tersebut seperti tangga, koridor dan tempat awam di semua blok bagi memastikan keselamatan penduduk lain terjamin.

Selain itu, pihak pengurusan turut menasihati penduduk di sana untuk mengamalkan SOP yang telah disarankan oleh kerajaan, menjaga kebersihan dan elak dari bersentuhan atau berkumpul di tempat-tempat sesak.

Dua lagi kluster baharu dapat dikenalpasti. KKM dedahkan dua kluster terbaru berpunca dari dua negeri ini dan harap semua sedia maklum

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu Covid-19, hari ini, yang dilaporkan di Sabah dan Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor.

Beliau berkata, kluster Kau Sing membabitkan kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 25 September lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.”Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati enam lagi kes positif dikenal pasti. Daripada tujuh kes terbabit, lima kes adalah individu tempatan dan dua lagi kes membabitkan individu bukan warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 27 individu disaring dengan tujuh individu didapati positif, manakala sembilan individu dikesan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Bagi Kluster Embun pula, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks membabitkan kes ke-11,147 iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada Selasa lalu sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati empat lagi kes positif dikenal pasti dengan semua kes membabitkan individu warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.”Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 52 individu disaring bagi kluster ini dengan lima individu didapati positif, manakala 21 individu dikesan negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.-metro

PM Akui Covid 19 Naik Mendadak Gara Gara Kempen PRN Sabah. Akhirnya Perdana Menteri Tampil Bongkarkan Sesuatu Yang Tak Dapat Dielakkan Lepas Dun Dibubarkan.

PENINGKATAN kes Covid-19 yang ketara sejak beberapa hari lalu di negara ini turut berpunca daripada kurangnya kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhir September lalu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya akui kempen pilihan raya di negeri Sabah juga menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19. PRN Sabah terpaksa diadakan apabila Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai yang lalu.

“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Ia tidak boleh ditangguh,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 pada petang Selasa.Muhyiddin juga sedar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan SOP tertentu bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak akibat kempen pilihan raya diadakan tetapi malangnya ada SOP yang tidak dipatuhi.

“Misalnya penjarakkan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakkan sosial agak kurang dipatuhi. Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak sesak,” katanya.

Menurut Muhyiddin selain PRN Sabah, kes Covid-19 naik mendadak di negara ini juga sebahagian besarnya berpunca daripada pendatang tanpa izin dari negara jiran. “Di negeri Sabah, sebahagian besarnya berpunca daripada pendatang tanpa izin dari negara jiran. Mereka ini sebahagiannya positif Covid 19. Apabila ditahan di pusat tahanan, mereka menjangkiti tahanan lain.

“Virus ini juga telah menjangkiti kakitangan pusat tahanan, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat. “Begitu juga di negeri Kedah. Virus ini sebahagian besarnya merebak dalam kalangan tahanan pagar besi selain terdapat kluster-kluster baharu dalam komuniti. “Kerana itu bilangan mereka yang positif Covid-19 meningkat secara mendadak sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post