PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan nilai Ro atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.
ARTIKEL MENARIK:Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.
Nilai Ro merujuk kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu bilangan individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Jika nilai Ro ialah 1.5, bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua individu lain.
“Berdasarkan graf nilai Ro ketika ini yang masih berada pada unjuran 1.5, kes baharu boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.
“Ini perkara yang kita bimbangkan. Namun, adalah tidak mustahil untuk kita menurunkan nilai Ro itu jika ada kerjasama padu daripada semua pihak bersama Kementerian Kesihatan.
“Ketika gelombang kedua, nilai Ro mencecah 3.5 tetapi kita berjaya melandaikan lengkuk sehingga ia turun kepada 0.3.
“Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menurunkannya sekali lagi,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.
Sumber : BH online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment