Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.

Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19 memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif. Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

Ramai yang masih mempersoalkan tentang penutupan sekolah walaupon kes telah melonjak tinggi. Ini jawapan Menteri Pendidikan bagi persoalan tersebut.



“Kami sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita… ramai anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu minimum. “Malah, ada juga yang tidak ada sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?,” katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.

ARTIKEL MENARIK:Ramai rakyat masih terkesan akibat pandemik. Tarikh BPN 2.0 dimaklumkan dan ini cara untuk memohon sekiranya ada yang masih buntu dalam hal ini


Mengulas lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat. “Saya ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi.

“Yang kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi).“Jadi sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi. – Awani

Dah baca? Jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk perkembangan isu terkini dan info yang lebih menarik.

TERKINI: 869 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Harian Tertinggi

Sebanyak 869 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 19,627 setakat Sabtu (17 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 6,886 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital. Daripada 869 kes baharu dilaporkan, 745 kes adalah warganegara Malaysia dan 124 kes adalah bukan warganegara.

Berdasarkan pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 451 kes dan selebihnya negeri-negeri di Semenanjung. Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 302 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 12,561 atau 64% peratus daripada jumlah kes.

Sehingga kini, terdapat 91 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit
Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala, terdapat empat (4) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 180 orang.

Sumber: Sidang Media KKM




Loading...
loading...


Makin bertambah sekolah diberi notis perintah tutup. Sekitar 1 juta pelajar dan KPM dedahkan beberapa sekolah sekolah lagi yang harus ditutup dan harap maklum

Terkini dimaklumkan bahawa sekitar satu juta pelajar yang belajar di 1,754 buah sekolah di ebberapa negeri di Malasyia tidak dapat menjalani sesi persekolah seperti biasa setelah kes pandemik ini makin meningkat semula. Sabah yang mencatatkan jumlah penutupan sekolah paling tinggi iaitu 1296 buah sekolah yang melibatkan serami 500000 pelajar.

Untuk pengetahuan,penutupan sekolah mulai 10 Oktober sehingga 25 Oktober itu terpaksa dilaksanakan selepas kes COVID19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan hari demi hari. SEmalam,KPM turut ambil keputusan yang sama untuk tutup sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober.

Oleh itu,jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup setakat ini sebanyak 440 buah yang turut melibatkan kawasan Klang. Manakal sekolah-sekolah di Putrajaya juga ditutup dengan anggaran keseluruhan pelajar terlibat seramai 2978 orang. Antara sekolah yang ditutup di Putrajaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 8 (1) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Precint 8 (1).

Di Kedah pula, terdapat empat buah sekolah ditutup bermula semalam sehingga 17 Oktober ini.Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad berkata, ia membabitkan dua buah sekolah masing-masing di daerah Baling dan Pokok Sena.Menurutnya, sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, SMK Baling, SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau.

“Penutupan sekolah itu dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan surat pemakluman diserahkan kepada pentadbiran sekolah masing-masing hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan semalam.SMK Bukit Payong adalah antara empat buah sekolah yang ditutup di daerah Baling dan Pokok Sena, Kedah bermula semalam sehingga 17 Oktober.

Najmi berkata, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana menjalani kuarantin di rumah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.“Difahamkan penutupan itu dibuat susulan terdapat guru dan murid disahkan positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.Di Perak, sebanyak enam buah sekolah di Taiping terpaksa ditutup iaitu SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah berkenaan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan warga sekolah itu.Di Johor, sebanyak dua sekolah di Masai, Pasir Gudang iaitu SK Masai (2) dan Sekolah Agama As-Syakirin ditutup.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.Penutupan sekolah di Terengganu pula melibatkan empat buah sekolah di Kuala Nerus dan Dungun iaitu SK Padang Kemunting, SK Kompleks Seberang Takir, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMA Sultan Ismail.Tiada sebarang angka diberikan untuk bilangan pelajar terjejas di Kedah, Terengganu, Johor dan Perak.-sinarharian

Disahkan bebas dari COVID19 tapi ada kesan sampingan yang tak kita sangka. Seorang lelaki ini dedah alami masalah deria ini sepanjang hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup. Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi. Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan. Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19. Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post