Kuala Lumpur: Anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.
Syakir berkata perbuatan individu terbabit yang menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter sememangnya cukup melmpau apabila berkali-kali memuat naik video dengan tujuan mengeruhkan keadaan.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik gambar berurut. Bella Astilah dikritik teruk dengan perkongsiaannya sehinggakan warganet tekad tegur dia dan ini pula reaksi Bella
“Insya-Allah kalau disabitkn kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak ‘post’ video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?” katanya turut sertakan pautan akaun yang sudah dipadam di Twitter itu.
Syakir turut mengakui dia agak terkilan apabila warganet cuma menghntam ibu serta adiknya, sedangkan kesalahan itu patut diletakkan pada remaja lelaki terbabit. Menurutnya lagi, keluarga juga mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan pihak keluarga remaja lelaki itu, hari ini.
“Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu. “Walaupun ada yang sudah membnci dan mengkritik adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah,” katanya.
Terdahulu, Nora membuat pengakuan gadis yang berchuu dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri. Mengakui terkilan Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak perempuannya menjadi insan berguna.
Turut bersuara mengenai isu itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa. Bagaimanapun, percubaan Harian Metro menghubungi penyanyi Nora untuk mengulas tindakan susulan pihaknya terhadap isu terbabit, sama sekali tidak berbalas.-mymetro
Dengan Penuh Rasa Terkilan Akhirnya Nora Ariffin Tampil Mengaku Itu Ank Dia. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Dalam Video Tu.
Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular videonya bercmbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya. Terkilan dengan kejadian tersebut kata Nora dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik drh dagingnya ke jalan yang betul.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkil4n. I admit, it is her………………… “Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. “Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya menerusi sebuah entri di Instagram.
Tambah Nora, dia berharap anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang. “Saya berdoa semua dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik insya-Allah.
“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” tambahnya. Terdahulu tular sepotong video mirip anak gadis Nora yang kelihatan berchuu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.
Turut menjelaskan situasi sebenar, kata Putri Nor Dahlia, dalam video terbabit dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dichuu “Saya dipksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.
“Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa. “Saya tak sanggup nak tmbuk dia ke apa, tapi saya mrah dia selepas video itu, kitorang dah break,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia. Nora sebelum itu telah berkongsi khabar pilu setelah ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.
Sumber: Gempak
Diuji Lagi. Mengejutkan Lepas Kehilangan Ank Dan Suami Kini Sorang Lagi Orang Tersayang Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Terkedu.
Setiap yang hidup pasti akan merasakan pemergian. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak pemergian yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya. Bermula dengan pemergian suaminya, Johan Nawawi pada 2017 dan diikuti dengan pemergian anaknya pula, Alif Johan pada 2019, satu lagi berita pemergian menyusul.
Menerusi Instagram Nora, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah (ibu Johan Nawawi) telah pergi menghadap illahi hari ini pada pagi tadi (2 September 2020). Dalam kenyataannya di media sosial tersebut, dia berharap ibu mertuanya ditempatkan bersama para solehin dan dapat bertemu dengan suami dan anaknya di sana nanti. Sedihnya…
Warganet bersimpati dengan Nora. Rata-rata warganet di media sosial mengucapkan takziah buat Nora dan mendoakan semoga penyanyi ini tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu. Ujian yang menimpa Nora ini juga mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang juga bersimpati dengan penyanyi ini.
Untuk info, Nora Abdullah ialah pelukis komik wanita pertama negara dan terkenal dengan hasilnya tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955 dan diterbitkan semula dalam majalah dan Salina pada tahun 1980-an. Takziah buat keluarga Nora Ariffin. Al Fatihah…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : LOBAK MERAH/ Berita Harian
Nora perlu terus kuat
HAMPIR lima bulan selepas pemergian anak keduanya, penyanyi Nora Ariffin mengakui Ramadan tahun ini amat berbeza buat mereka sekeluarga selepas pemergian anak lelakinya Muhammad Syakir Alif Johan yang pergi menghadap illahi pada 14 Disember tahun lalu.
Nora ketika dihubungi berkata, pemergian Muhammad Syakir Alif atau mesra disapa Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini. Nora bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.
“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan. Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” katanya.
Nora berkata, dia juga dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak. “Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
“Jadi, bagi menyelesaikan perkara itu, saya dan anak-anak bertemu dengan pakar psikiatri sebab saya sendiri pun tak pernah lalui situasi sebegini. Pada masa sama, saya juga ada merujuk ustaz dan ustazah bagi membimbing rohani kami untuk diseimbangkan dengan psikologi. Alhamdulillah, semua dah kembali kuat untuk teruskan kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
Pada 14 Disember tahun lalu, Alif pergi menghadap illahi secara mengejut apabila tiba-tiba rebah di kediaman mereka. Sebelum itu, Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga composer popular pada 24 Mac 2017.
Nora harap 2020 lebih baik buatnya
PENYANYI, Nora Ariffin, 47, berharap kedatangan tahun baru 2020 ini akan memberi ruang yang lebih baik buatnya. Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin dalam perkongsian ringkas di Instagram (IG) menulis, dia berserah segalanya kepada Allah SWT.
“Dia (Allah) lah sebaik-baik perancang. Moga Allah kurniakan apa yang terbaik untuk saya. “Moga segalanya lebih baik dari sebelum ini. Bismillahirrahmanirrahim, welcome (selamat datang) 2020,” tulisnya. Pada 14 Disember lalu, Nora berhadapan ujian besar apabila kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, yang pergi menghadap illahi.
Alif ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh pembantu rumah selepas balik daripada menghantar Nora ke lapangan terbang. Bagaimanapun, Alif disahkan ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Nora yang reda dengan pemergian itu, sering berkongsi kerinduannya terhadap Alif menerusi muat naik foto dan video persembahan nyanyian Aliff di IG. Menerusi satu lagi perkongsian terbaru, Nora memuat naik video nyanyian Alif yang mendendangkan lagu Kemarin di pentas Mentor Milenia 2019.
Tulisnya, siapa sangka lagu Kemarin yang dinyanyikan untuk papa, kini juga untuk dirinya. “Allahuakbar, ada kalanya aku juga rapuh dan tidak mampu. Hidup semakin sunyi. Hanya Allah yang tahu. #mamarindualif. Al-Fatihah. “Sehingga hari ini (1/1/2020), belum berhenti orang menziarahi saya dan psra Alif.
“Kawan dari sekolah rendah, menengah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan lain-lain, rata-rata datang memuji dan mengatakan benda sama. “Alif anak yang baik, sahabat yang baik, rapat dengan mama dan menghormati orang tua,” katanya. Nora juga menulis dia dan dua anak perempuannya selalu mimpikan Alif.
“Seolah-olah macam biasa. Aktiviti Alif di rumah bersama kami. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan ketabahan,” tulisnya. Alif dikbmkan di Tanah Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 15 Disember lalu selepas menjalani proses operasi siasat. Untuk rekod, Nora kehilangan suami tercinta Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017.
via Era Kini
Post a Comment