Muat naik gambar berurut. Bella Astilah dikritik teruk dengan perkongsiaannya sehinggakan warganet tekad tegur dia dan ini pula reaksi Bella

Muat naik gambar berurut. Bella Astilah dikritik teruk dengan perkongsiaannya sehinggakan warganet tekad tegur dia dan ini pula reaksi Bella

Penyanyi Bella Astilah dikritik gara-gara memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang di laman Instagram. Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantng.

Muat naik gambar berurut. Bella Astilah dikritik teruk dengan perkongsiaannya sehinggakan warganet tekad tegur dia dan ini pula reaksi Bella
“Akhirnya saya selesai berpantang. Saya kini kembali,” katanya. Entri tersebut mendapat kritikan dari warganet yang rata-rata tidak senang dengan foto berkembn yang dimuat naik. “Kalau ya pun nak promote tolonglah tutup lah sikit aurat.

ARTIKEL MENARIK:Bertutur dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Warganet nekad kritik satu rakaman video Hanis Zalikha sampai dia pula dikritik dengan warganet yang lain




“Tak elok share picture macam ni.“Dunia…gambar macam ni pun perlu ke nak post. “Kak Bella delete lah aurat,” tegur warganet di ruangan komen. Pun begitu, Bella tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya hanya mendiamkan diri.

Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas berpisah pada 16 Mei 2019. Pasangan ini dikurniakan Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:gempak

Tergamak Bella Astilah Bertepuk Tangan Lihat Video Kekasih Gelap Dilukakan Pasangannya. Dia Tampil Bersuara Dedah Sikap Sebenar Selama Ini


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyokong perlakuan isteri berjumpa dengan kekasih suami seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini. Dalam video berkenaan dua wanita berjumpa seorang lagi wanita lain ketika bersama seorang lelaki yang dipercayai suami kepada salah seorang daripada wanita yang sedang berang itu. “Kenapa time ni baru perempuan tu nak sorok belakang lelaki tu je? “Takkan takut pula? Sebab time seronok-seronok tak takut pula lelaki tu suami orang.

“I faham perempuan yang ingin lukakan tu dia nak settle perampas tu cukup-cukup tak nak bagi lepas sebab nanti kat rumah turn laki dia pula kena sesuatu yang tidak diduga,” tulis Bella. Dalam video berkenaan juga, wanita yang sedang bersama lelaki terbabit dilukakan, dilakukan dengan perkara negatif dan dikasari dengan gelas kaca hingga berderai oleh wanita yang datang kepadanya. Seperti sedia maklum Bella sebelum ini pernah terpalit dengan kejadian seakan-akan sama dengan situasi video berkenaan.

Julai 2017 kecoh apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz diambil keterangan oleh pihak polis kerana dikatakan berkasar dengan isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur. Ketika kejadian itu, Bella ke premis terbabit untuk mencari suaminya. Bagaimanapun ketiba tiba di sana Bella mendapati suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku perbalahan mulut antara pasangan suami isteri itu.

Alif yang berang dengan perlakuan Bella telah mengambil telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah Bella. Kejadian tersebut mengakibatkan Bella luka di muka dan lutut akibat dikasari, selain dikatakan ditolak dengan siku oleh suaminya.

Bella menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu. Susulan laporan itu, artis berkenaan dipersoal dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun kerana sengaja mendatangkan kelukaan dan Seksyen 18(A) Akta Rumah tangga (KRT) 1994. Aliff dan Bella kemudiannya dikhabarkan berpisah talak satu pada Mei 2019 namun merujuk semula beberapa bulan kemudian. Pasangan itu baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini.


Loading...
loading...


Bella Astillah bersalin anak perempuan

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak keduanya bersama suami, Aliff Aziz, pada jam 6.10 pagi, hari ini. Bella, 26, berkata, proses bersalin kali ini sedikit lama berbanding melahirkan anak sulungnya Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. “Syukur alhamdullilah, saya sudah selamat bersalin. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sentiasa mendoakan saya.

“Saya tiba di hospital tadi jam 3.30 pagi, puteri saya dilahirkan jam 6.10 pagi. Alhamdulillah, abang dulu satu jam setengah, adik pula dua jam setengah,” katanya. Pada April lalu, Bella berkongsi mengenai kehamilan anak kedua itu selepas memutuskan untuk rujuk semula dengan Aliff selepas berpisah pada 1 Mei tahun lalu.

Walaupun tanpa suami di sisi menemani proses kelahiran itu, Bella yakin doa suaminya sentiasa bersama walau sudah beberapa bulan tidak berjumpa akibat penularan Covid-19. Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.

Bella Astillah ‘Cair’, Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami?

Gara-gara sekeping gambar memaparkan kemesraan, bekas pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astillah dikatakan kembali bersama. Apa yang menjadi perhatian warganet apabila Bella menerusi Instastory berkongsi gambar sedang mendakap erat lengan pemandu yang dipercayai Aliff. Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik perkongsian ibu Aliff mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Ia seolah-olah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella kembali jernih, dimana ada menyebut tentang “Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”. Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Ogos tahun lalu, terdapat ura-ura memberitahu pasangan ini bakal merujuk semula selepas berpisah pada Mac. Bella memfailkan permohonan berpisah secara baik terhadap Aliff selepas penyanyi Sayang Sayang itu menduakan dirinya dengan beberapa wanita berbeza. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Pavithra dilabel ‘Bella Astillah 2.0’. Sekali Bella Masuk Komen

Menurut Bella, warganet tidak sepatutnya menghakimi seseorang atas apa yang berlaku dalam hal rumah tangga. “Korang (anda) sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita (saya) kononnya, dia Bella Astillah 2.0. Hanya kerana dia memilih untuk maafkan suami dia? Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Berpisah terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?” tulisnya.

Katanya, setiap keputusan yang perlu dibuat pasangan berdepan masalah dalam rumah tangga bukanlah perkara boleh diambil mudah. “Bukan senang nak buat keputusan. Perkahwinan bukan macam main masak-masak dan membabitkan keluarga. Anda, nak mereka berpisah? Lepas tu, baru anda nak bersorak? Tak faham apa yang warganet nak. “Bila orang berbalah, suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak, tapi bila orang berbaik pula, suruh pula berpisah?” tulisnya.

Mengulas lanjut, Bella juga mengajak warganet supaya menilai diri sendiri terlebih dahulu. “Siap cakap, ‘haa, lepas ni mesti kena lagi rabak’. Persoalannya sekarang, siapa kita untuk menghakimi seseorang? Adakah kita cukup sempurna? Adakah kita malaikat? Bagaimana kita boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi? Kita bukan Tuhan dan tak tahu apa takdir kita,” tulisnya. Memperjelaskan lagi kenyataannya, Bella mengingatkan warganet supaya sedar bahawa semua yang dimiliki hari ini hanyalah sementara.

“Yang kecewa, tak selamanya kecewa. Yang bahagia, tak selamanya bahagia sebab semuanya hanya sementara. Hidup ini macam roda. Sebagai manusia, apa salahnya kita harapkan yang baik-baik saja. “Sekiranya hati kita selalu doakan hidup orang baik-baik, Insya-Allah kita pun mendapat kehidupan yang baik,” tulisnya.

Menutup ciapannya, Bella menulis satu catatan berbaur jenaka. “Dan saya gembira kerana sekarang, ‘Bella Astillah’ dah mula ada cawangan,” yang disertakan dengan beberapa emoji lucu. Ciapan Bella diulang ciap (retweet) lebih 5,000 kali dan menerima lebih 8,000 tanda suka di platform media sosial itu. Pavithra adalah YouTuber yang mula meraih populariti menerusi saluran YouTube miliknya dan suami, Sugu Pavithra dengan mengetengahkan kandungan berkonsep masakan.


Beberapa hari lalu hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu dikatakan melukakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja. Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan. Tidak dapat dipastikan punca di sebalik perlakuan drastik tersebut, bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan itu. 


 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post