Isu video tular membabitkan seorang influencer wanita bernama Eira Aziera yang ditngking pemilik kedai ketika sedang membuat live masih hangat diperkatakan ramai.
Memang tidak dinafikan berdasarkan video tersebut kedengaran agak jelas pemilik kedai itu menngking Eira agar tidak membuat live dan mempromosikan produk di dalam kedainya.
ARTIKEL MENARIK:Kecewa dengan komen warganet lepas pemergian ank tersayang. Tergamam sanggup wanita ini komen sampai macam ni sekali lepas pemergian Sandra Dianne sampai terguris hati ibu.
Mungkin juga niat makcik itu sekadar mahu menegur. Tapi tidak kedengaran pula kata-kata makcik kedai itu mengh4lau keluar.Yang dengar cuma makcik tu cakap, “Kedai makan tak boleh buka produk. Selepas makan balik, (sebab) PKP”.
(Dalam video memang jelas Eira sibuk mempromosikan produk kesihatan beliau)Namun yang menjadi hangat apabila orang yang ditegur tak kurang lantang mulutnya.Terus dibalas kata-kata makcik tuan kedai itu kononnya dia niat mahu membantu mentular’kan kedai makcik itu dan tak sepatutnya dia kena ‘sound’.
Dan selebihnya adalah ayat-ayat yang tersembur keluar dari mulut Eira yang tak sanggup nak dengar.Ada yang kata Eira tidak ditngking..Eira minta orang ramai tengok balik video.Susulan dari video itu juga terdapat beberapa orang yang tinggalkan komen mengatakan makcik restoran tersebut tidak memak1 hamuun Eira.
Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.Lelaki ini sahut cabaran dan dengar balik video..Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan memberi pendapat memberi pendapat beliau.
Berdasarkan semakan, Eryzal mempunyai lebih 7 ribu pengikut di Facebook dan banyak berkongsi tentang isu semasa.Berikut komen beliau.” Kawan-kawan aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.
” Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta warganet ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..” Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..
” Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.” Kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila aj4l seseorang.
Asalnya dulu orang susah..” Eira ni asalnya dulu orang susah..peniaga pasar malam je.. patut tiada istilah dia nak pandang sinis walaupun pakcik tu pakai kain pelekat..” Tapi tu lah setelah apa yang dia ada sekarang ni.. Kesenangan, kemewahan, bangga dengan followers/ pengikut yang dia ada.. dia rasa selama ni apa yang dia buat tiada halangan.. tiada orang mnghalang..
” Bak kata dia dah pergi satu malaysia (je pun) itu yang buat dia rasa “Tercabar” bila jadi macam tu. Dari situ timbul la keegoan dan lahir lah kes0mbongan dan keangkuhan diri.” Padahal benda mudah je, kita masuk kedai orang, orang larang tak bagi live, minta maaf dan tutup live. tak nak tutup live pun tak apa.
” Tapi tak payah la menyambung sampai almost dalam 30 mnit tu kau maki, hiina makcik tu dan menghasuut orang ramai dalam live tu.” Dari reaksi balas kau tu pun, kau sendri yang meng’tular’kan betapa teruknya diri kau, as a influencer, alangkah lebih bagus kau memberikan reaksi balas yang positif dari kejadian tu. Mesti ramai yang akan respect.
” Dan tak perlu lah kau guna sentimen melayu untuk pertikaikan macam kau cakap, macam ni ke orang melayu.. sedangkan apa yang keluar dari mulut kau tu.. tak tau la kalau kau bukan orang melayu”Pendapat admin pula, mungkin ada betul pendapat Eryzal. Sebaiknya adalah tidak perlu mengeluarkan pelbagai kata-kata c4cian kepada makcik itu.Cukup kita ‘blah’ saja dari kedai itu kalau rasa tak suka. Sekian.
Sumber : Facebook Eryzal Edry
Usahawan Ini Tekad Bongkarkan Sesuatu Tentang Restoran 35 Yang Tular Sejak Muncul Satu Isu Ini. Lagi Mengejutkan Bila Anak Kepada Pengusaha Restoran Tampil Beri Penjelasan Susulan Kejadian Tersebut
Semalam kecoh di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didkwa dihal4u ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang tidak membenarkan wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.
“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.Menerusi laman facebook, individu ini berkongsi pengalaman beliau singgah makan ke restoran 35.Boleh dilihat melalui gambar, ramai orang beratur menunggu untuk masuk ke kedai tersebut.
Kredit Gambar Owner
Hantaran dari FB beliau
Antara asam pedas dan bahasa yang pedas. 12 September 2020, Restoran 35. Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini. Asam pedasnya memang sesedap rasa pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stres.
Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka . Bagi pelanggan biasa macam kami. Macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran,. kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman
Sebelum ini, usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.
Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan men3ngking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.
“Masa tu, ada 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya dit3ngking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.Eira berkata, tindakannya tinggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.
“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah. “Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.
“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena mak1 pula.“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya men3ngking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.
Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada t3ngking dengan kata-kata negatif atau baling keluar produk mereka.
“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.
Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya. Sumber : MstarOnline/ Kredit : FBHalimatussaadiahSalleh
Berikut reaksi dari warganet.”Aku pantang orang tegoq tak beradab. Walaupun aku salah. Kalau tegoq elok2, aku ok ja, walau aku betui. Kalau tahap ni, memang cari gadvh, kalau mood tak elok tak pikiaq apa dah. Dia rasa kedai dia memang pelanggan sentiasa ada. Paling teruk dulu aku pernah kena dekat Senawang. Ni Melaka pulak. Teruk negeri hampa.
“Org melaka mmg bahasa kasar..saya pun org melaka..tpi kes akk ni dah bukan kena mengena dgn bahasa org melaka..mmg mak cik tu mulut puaka..alahai..org mai bawak rezeki mak cik oii..esok confirm kedai mak cik xda org dah..customer yg rajin buat live ni la kadang2 menjdi asbab kedai kita boleh terkenal dan ramai org datang..tpi sayangnya mulut mak cik xreti jaga..tolak rezeki
“Jgn suka tular kan kedai org sat lagi hampa pula yg allah lakntkan. Dia tak bagi tak apa kita duk cari kedai yg lain. Kalau hampa buat lagu ni hampa pun sama mcm tukang kedai tu. Hati busuk no.”haritu aku nak makan sini, sebab tengok macam okay je lagipun ada tempat kosong. aku fikir boleh duduk cepat sebab adik ipar tengah sarat masa tu, sekali dok marah marah customer tu aku dah macam 50 50 lagi. aku tercongok 10 minit tunggu dorang angkat pinggan kotor, aku tegur dia marah marah padahal aku cakap dik tolong kemas. dia melnting terus pergi makan dekat asam pedas.-ctto
Post a Comment