Hampir 3 tahun Anuar Zain menyepi dari industri. Dalam diam rupa rupanya ini yang terjadi pada Anuar Zain yang ramai tak tahu. Warganet tergamam rupanya ini yang jadi pada Anuar Zain.

Hampir 3 tahun Anuar Zain menyepi dari industri. Dalam diam rupa rupanya ini yang terjadi pada Anuar Zain yang ramai tak tahu. Warganet tergamam rupanya ini yang jadi pada Anuar Zain.

Siapa tidak kenal dengan penyanyi lelaki yang memiliki suara merdu iaitu Anuar Zain. Hampir 3 tahun penyanyi ini ‘sunyi’ tanpa melancarkan lagu terbaru.

Hampir 3 tahun Anuar Zain menyepi dari industri. Dalam diam rupa rupanya ini yang terjadi pada Anuar Zain yang ramai tak tahu. Warganet tergamam rupanya ini yang jadi pada Anuar Zain.
Malah, ada juga dakwaan yang mengatakan Anuar Zain terlalu memilih lagu untuk dinyanyikannya sehingga menyebabkan dia dilabel penyanyi eksklusif dan ada ‘class’ tersendiri.

ARTIKEL MENARIK:Emma Maembong muatnaik tentang rumah baru di ig. Tapi mengejutkan benda lain pula yang warganet nampak. Sampai macam tu sekali Emma Maembong buat.


Anuar Zain menerusi perkongsiannya di YouTube Gegar, berkongsi sebab dia perlu memilih lagu yang bersesuaian dan mendedahkan pengalaman berdepan dengan peminat psaiko. Sampai datang rumah dan ambil gambar! Menerusi video temubual berdurasi 42:18 minit ini mendedahkan perkongsian pengalaman dan perjalanan Anuar Zain menjejak kaki masuk ke dalam industri hiburan.

Dia mengakui mula berjinak dalam nyanyian seawal usia 12 tahun dan diajak bernyanyi di majlis kahwin oleh bapa saudaranya. Masa itu syarikat EMI tengah mencari penyanyi kanak-kanak, saya dibawa kepada Tuan Said Harun untuk audition. Dia orang yang bertanggungjawab membawa masuk saya ke dalam industri hiburan.

Abah saya pun tak mahu saya menjadi penyanyi untuk syarikat rakaman. Sampai syarikat itu memujuk dia beberapa kali untuk melepaskan saya. Sebab abah saya fikir anak-anak nak sekolah dan sebagainya. So, dia akan jadi lebih susah.

Tak boleh extra seronok

Suka dikongsikan, zaman kanak-kanak penyanyi ini adalah berbeza. Tidak seperti remaja biasa yang lain ketika di sekolah. Dia juga terasa dirinya sering dipulaukan disebabkan dia dikenali sebagai seorang penyanyi. Ini bukan perkara biasa bagi kanak-kanak. Pergi membuat rakaman, appear di TV. Dan esok pagi datang balik ke sekolah. So, penerimaan daripada guru-guru dan rakan sekolah itu adalah berbeza.

Bila reporter tanya, “Boleh bagi alamat sekolah?”. Dulu kan tulis surat, so saya pun bagi. Jadi banyak surat datang ke sekolah. Mungkin ia menganggu kerani sekolah, atau guru-guru. Banyak zaman kanak-kanak saya tak rasa di explore. Kerana kita ada album, ada different experience, we do different things.

Cara penerimaan orang sama ada suka atau tidak. Di umur 13 tahun tak boleh extra seronok. Nanti ada orang cakap. Anuar Zain turut mendedahkan peminat pernah datang ke rumah untuk bermalam, ada juga yang telah ambil gambar-gambarnya. Tidak dinafikan, ketika itu ibu bapa kepada penyanyi ini sangat menyambut baik tetamu untuk datang ke rumah.

Kadang-kadang ada orang datang ke rumah, some fans datang rumah. I tak boleh handle. Yang datang menangis, yang datang lari daripada rumah. Orang ambil gambar, ambil duit, macam-macamlah… Ada yang datang bawa beg nak tidur kat rumah. Jadi saya rasa tertekan pada usia sebegitu.

Ada datang rumah, tidur kat rumah. Esoknya ketuk bilik. Ada datang setiap minggu, ambil gambar. Dia ambil gambar dalam album. Setiap kali datang dia kata “Boleh tengok gambar?”. Ada seorang gadis, setiap kali dia datang, dia akan bawa kawan-kawan dia dengan baju sekolahnya.

Dia akan duduk di kerusi untuk 3 atau 4 jam. Dia kata “Boleh tengok album?”. Rupanya dia letak gambar tu di bawah peha dia, duduk diam. Bila kita tak ada baru dia sembunyi. Banyak gambar kenangan dengan artis senior dulu hilang… Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gegar Sinar via Oh Bulan

Bayaran tidak setimpal dengan persembahan – Anuar Zain

“SAYA bukannya eksklusif atau ‘demand’ untuk muncul dalam mana-mana program terbitan stesen televisyen tempatan sebaliknya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal dengan persembahan,” kata penyanyi popular Anuar Zain ketika mengulas dakwaan dirinya menolak untuk menjayakan program televisyen ketika ini.

Menurut Anuar, 49, dia mengakui sudah lama tidak muncul dalam program terbitan stesen televisyen sejak lebih 10 tahun lalu. “Saya tidak memandang rendah pada program televisyen tempatan atau mahu mengekalkan nilai eksklusif sebagai penghibur. “Sebaliknya bajet yang ditawarkan pada saya tidak munasabah langsung.

“Sedangkan kos untuk saya buat sesuatu persembahan juga tinggi membabitkan jurutera bunyi, solekan, baju dan sebagainya,” katanya. Anuar ditemui pada sidang media sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) Charity Gala 2019 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah berkira soal bayaran untuk muncul dalam program televisyen tempatan sebelum ini. “Pada awal pembabitan dalam bidang nyanyian dulu, saya memang tidak berkira soal bayaran walaupun bajet ditawarkan lebih rendah daripada kos dikeluarkan untuk persembahan.

“Seiring dengan kos yang semakin meningkat, saya juga perlu memilih tawaran persembahan atau program yang lebih sesuai dengan bajet,” katanya. Mengulas sambutan Minggu Setiausaha pada tahun ini pula, kata Anuar, dia juga sudah lima tahun tidak menjayakan program terbabit.

“Sudah 10 tahun terbabit dengan sambutan Minggu Setiausaha dan pada pandangan saya ia masih relevan lagi. “Namun, banyak syarikat yang kurangkan bajet untuk program Minggu Setiausaha ketika ini. “Tapi jika ada tawaran yang sesuai dan menepati bajet saya akan mempertimbangkannya,” katanya.

Macam tak kena saja

Kuala Lumpur: Penyanyi Anuar Zain mengakui terpaksa menolak tawaran menjadi juri dan pengkritik dalam program realiti kerana tidak mempunyai ilmu yang luas dalam bidang nyanyian. Menurut Anuar, 47, dia bukan individu yang sepatutnya berada di kerusi itu kerana masih ramai penyanyi lain yang lebih berkelayakan.

“Dahulu saya pernah menjadi pengkritik jemputan program Akademi Fantasia dah Malaysian Idol. Selepas itu tidak pernah lagi kerana berasakan saya memang tak sesuai. “Saya belum cukup ilmu untuk mengkritik atau membetulkan nyanyian seseorang. Lagi pun saya bertahan dalam industri sehingga hari ini berdasarkan pengalaman yang ada,” katanya kepada Harian Metro.

Anuar berkata sehingga sekarang dia masih mendapat tawaran menjadi juri dan pengkritik. “Bukan bidang saya untuk melakukan semua ini. Biarlah yang pakar menggalas tanggungjawab ini,” katanya. Pada masa sama, Anuar menjelaskan dia masih menetapkan harga sama bagi menjayakan persembahan meski kebanyakan penyanyi menurunkan kadar bayaran mereka. Saya tak pernah turunkan harga. Saya buat persembahan berdasarkan apa yang dibayar,” katanya.


Loading...
loading...


Album penuh rai usia 50 tahun

LEBIH tiga dekad bergelar penyanyi, pelbagai kejayaan dan pengiktirafan dikecapi Anuar Zain. Bersandarkan bakat dan kerja keras, nama Anuar, 49, terus bertahan dalam industri muzik tanah air. Namun, beliau masih mempunyai impian yang belum tercapai untuk mengukuhkan namanya sebagai penghibur hebat.

Antaranya ialah album penuh sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 15 Februari tahun depan. “Kali terakhir saya menghasilkan album penuh ialah pada 2016. Jika sebelum ini saya dikenali dengan lagu yang sangat berat, kali ini saya mahu menghasilkan lagu balada lebih ringan seperti dendangan penyanyi K-Pop mengikut saranan peminat,” katanya.

Mengulas mengenai album penuh pula, kata Anuar, ia bakal memuatkan lapan lagu baru yang berkualiti. “Album ini juga masih mendapatkan khidmat komposer dari Indonesia. Saya pastikan setiap album mesti ada sekurang-kurangnya satu ‘killer song’,” katanya.

Pada masa sama, Anuar juga tidak kisah menerima lagu daripada peminat atau komposer baru asalkan ia menarik dan berkualiti. “Saya juga terbuka untuk menerima idea daripada peminat untuk lakukan elemen strings dengan band untuk lagu popular Lelaki Ini sebelum ini.

Saya juga pernah menolak lagu ciptaan komposer ternama kerana ia tidak sesuai,” katanya ketika ditemui dalam sidang media sempena Malam Amal Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gandingan dengan idola

Sempena Malam Amal LIMA 2019, Anuar juga bakal berkongsi pentas dengan idolanya iaitu Datuk Sheila Majid dan dua penyanyi hebat Indonesia, Harvey Malaiholo serta Marcell Siahaan. Malam Amal LIMA 2019 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, Westin Langkawi, pada 29 Mac ini.

Menurut Anuar, dia sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan tiga penyanyi hebat itu. “Saya memang menanti peluang keemasan untuk bekerjasama dengan Sheila kerana sudah lebih 10 tahun kami tidak buat persembahan bersama seperti ini.

“Saya memang peminat setia Sheila dan selalu mendengar lagunya sejak dulu,” katanya. Selain Sheila, Harvey juga penyanyi hebat yang menjadi idolanya sejak dulu. “Saya mula meminati lagu dendangan Harvey pada 1986. Antara lagu popularnya ialah Pelabuhan Cinta, Jerat dan Biarkan,” katanya.

Anuar berkata, kali pertama dia bertemu Harvey ialah pada 2010 dan memang mahu berduet dengannya dalam persembahan atau bekerjasama dalam album pada masa depan. “Bagaimanapun, impian untuk berduet dengan Harvey tercapai kerana kami akan buat persembahan ‘finale’ pada malam amal itu. Saya akan menyampaikan tiga lagu popular secara medley dan ada lagu duet dengan Sheila nanti,” katanya. Dalam perkembangan lain, Anuar juga menceburi dunia perniagaan sebagai jaminan masa depannya. Ia membabitkan produk serum penjagaan wajah dan tudung bawal.

Dulu takut, sekarang seronok – Anuar Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengakui, sebelum ini jenuh menjawab pertanyaan peminat yang mahu mendapatkan kepastian sama ada dia masih aktif menyanyi atau sebaliknya. Namun, selepas mempunyai akaun media sosial, Instagram, Anuar, 48, berkata, ia memudahkannya berinteraksi dengan peminat, terutama berkongsi perkembangan kerjaya.

“Paling penting, saya berpeluang menjawab terus pelbagai persoalan peminat, terutama mereka yang tertanya-tanya apakah saya masih aktif atau sebaliknya. “Sebelum ini, agak jenuh saya menjawab pertanyaan mereka memandangkan saya hanya berpeluang bertemu peminat ketika membuat persembahan,” katanya.

Anuar tidak menafikan, sebelum ini, dia agak skeptikal dengan fungsi media sosial dalam membangunkan kerjaya seninya. Melihat pengalaman beberapa rakan baiknya yang terpaksa berdepan pelbagai andaian negatif, membuatkan dia kurang selesa berkongsi kehidupan peribadinya secara terbuka.

Justeru, ketika mula membuka akaun media sosial, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini memilih untuk membataskan akses pengikutnya. “Saya tidak mahu diri terdedah kepada aura negatif dan komen menakutkan kerana lambat-laun ia akan memberi kesan kepada minda.

“Beberapa rakan turut menasihatkan supaya saya mengawal apa yang dimuat naik bagi mengelakkan komen negatif. “Hanya baru-baru ini, saya menukar tetapan di akaun media sosial kepada umum supaya dapat lebih dekat dengan peminat,” katanya.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih itu turut teruja apabila dapat berkongsi video peminat yang gemar menyanyikan lagu popularnya. “Seronok rasanya apabila dapat berkongsi hal positif dan memberikan semangat kepada orang lain. Tidak sangka, saya dapat membahagiakan orang lain menerusi media sosial,” katanya. Berkongsi perkembangan kerjaya, Anuar berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan serum penjagaan wajah dan tudung bawal.

Anuar Zain buat peminat ‘resah’

Kredibilitinya sebagai seorang penghibur serba boleh tidak perlu dipertikaikan lagi. Mampu membuat setiap orang yang me­nyaksikan persembahannya histeria, penyanyi terkenal Anuar Zain mengakui sentiasa meletakkan peminat sebagai perkara utama setiap kali beraksi di pentas.

Mengadakan persembahan An Evening With Anuar Zain di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat dan Sabtu lalu, kehadirannya di pentas begitu dinanti-nantikan. Tatkala dia muncul masing-masing tidak boleh duduk diam.

Membuka tirai persembahan dengan lagu Bila Resah, ia sangat sinonim dengan situasi penonton yang ada dalam Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC apabila masing-masing mula resah mengambil gambar sejurus Anuar mula berjalan mengeliling dewan sambil menyanyi dengan peminat.

Hampir satu jam 10 minit mempersembahkan penonton dengan lagu-lagu popularnya, persembahan Anuar sedikit pun tidak mengecewakan. Walaupun perjanjian persembahan hanya sekejap dan begitu singkat, nyata ia memberi kepuasan yang begitu bermakna berikutan jumlah penonton yang ada sangat terhad kira-kira 300 orang.

Ditemui selepas persembahan, Anuar berkata, ia sempena Malaysia Year of Festival (MyFEST) 2015 di mana MATIC turut terbabit dalam menjayakan pelbagai acara untuk orang ramai terutamanya pelancong. “Persembahan saya adalah pembuka dan salah satu acara untuk MyFEST kali ini. Rasa gembira dapat sama-sama mempromosikan acara yang ada di Matic.

“Ini adalah persembahan paling singkat pernah saya jayakan. Saya sedar waktu yang diberikan sa­ngat terhad, namun saya yakin penonton berpuas hati dengan apa yang saya persembahkan. “Dengan jumlah yang terhad ini, saya harap peminat akan terasa lebih dekat, santai dan mesra dengan persembahan saya,” katanya.

Antara lagu-lagu lain yang dipersembahkan Anuar ialah Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Keabadian Cinta, Mungkin, Kau Bunga Cintaku dan dua lagu medley Inggeris iaitu Hello dan Someone Like You yang menjadi lagu kegemarannya ketika berkaraoke.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembabitannya dalam Minggu Setiausaha tahun ini, Anuar berkata, dia terpaksa menolak beberapa persembahan yang ditawarkan kerana terbabit dengan projek yang lebih besar.

“Saya bukan ‘demand’ dan wang bukanlah segala-galanya terhadap setiap persembahan yang saya jayakan. Apa yang saya lakukan ini kerana saya sudah punya perancangan yang lain lebih besar dan menarik lagi. “Saya juga tidak mahu terlalu kerap muncul sehingga boleh membuatkan peminat bosan.

Justeru, saya selesa mengambil satu persatu persembahan dalam waktu yang jauh supaya peminat akan terasa rindu untuk melihat saya beraksi. “Lagipun saya sudah terlalu kerap mengadakan persembahan pada Minggu Setiausaha, justeru untuk tahun ini saya mahu fokus terhadap persembahan yang jarang-jarang saya lakukan dan semuanya saya lakukan melihat pada kesesuaian demi pelanggan,” katanya lagi.

Anuar, Dayang bersatu di pentas

BAGI peminat dua bintang hebat dalam industri seni muzik tanah air, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, tentunya kemunculan mereka di atas satu pentas sangat dinanti-nantikan. Terbaharu, Anuar dan Dayang berkongsi pentas pada acara Konsert Amal Ketulusan Hati anjuran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang berlangsung Sabtu lalu.

Apabila sudah lama tidak disatukan di atas satu pentas, kemunculan mereka membuatkan tetamu bersorak kuat dan turut menyanyikan lagu dialunkan penyanyi kesayangan ramai itu. Dayang tampil menyampaikan tiga lagu solo iaitu Seandainya Masih Ada Cinta, Haram dan Lelaki Teragung.

Dayang kemudian disertai Anuar, kedua-duanya menyampaikan dua lagu duet iaitu Di Pintu Syurga dan Bila Resah. Anuar kemudian meneruskan konsert dengan persembahan solo menerusi lima lagu iaitu Kau Bunga Cintaku, Cinta Takkan Berakhir, Ketulusan Hati, Lelaki Ini dan Sedetik Lebih.

Menerusi konsert itu, dana berjumlah RM1.6 juta berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan kira-kira 1,000 dermawan daripada pelbagai organisasi dan badan korporat. Dana itu akan diuruskan YRZSNJ dan diedarkan kepada pelajar yang memerlukan menerusi program bantuan kewangan Yayasan Zarith Sofiah’s Initiative for Educational Financial Assistance.

Program itu bertujuan menampung keperluan kewangan pelajar Malaysia yang kurang berkemampuan dan mengikuti pengajian di dalam dan luar negara. Sehingga kini, seramai 1,522 pelajar terutama dalam kalangan B40 menerima bantuan kewangan melalui program itu.

Anuar ketika ditemui mengakui gembira dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara amal itu. “RM1.6 juta adalah jumlah besar dan ia hasil kerja keras semua pihak yang terbabit. Saya bangga kerana berpeluang turut serta dalam program amal ini,” katanya.

Kata Anuar, gandingan dengan Dayang sentiasa menyeronokkan malah dia bersedia melakukannya lagi pada masa akan datang. “Persembahan duet bersama Dayang sentiasa menjadi pengalaman menyeronokkan buat saya sejak dulu. Malam ini, Dayang sekali lagi membuktikan kemampuannya di pentas dengan menampilkan persembahan terbaik,” katanya.

Dayang mengakui teruja apabila melihat kemampuan Anuar menyampaikan lagunya, Di Pintu Syurga. “Apabila dapat persembahkan lagu Di Pintu Syurga secara duet dengan Anuar, saya rasa sanga teruja. Lagipun, kami sudah lama tak bergabung di atas satu pentas.

“Terima kasih kepada peminat yang hadir termasuk yang datang dari Singapura untuk menonton konsert ini,” katanya. Selain Anuar dan Dayang, Konsert Amal Ketulusan Hati turut menyaksikan persembahan hebat Band DiRaja yang dianggotai Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta kekanda kepada Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tidak hanya itu, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan artis budaya YWJ. Konsert itu diserikan dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah sendiri dan kerabat diraja lain antaranya Raja Puan Muda Perlis, Raja Muda Perak, Raja Puan Besar Perak, Tunku Temenggung Johor, Tunku Panglima Johor, Tunku Putera Johor dan kerabat diraja negeri lain.

via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post