Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong

Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong

Petua simpan lengkuas ni memang menjadi. Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu.

Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong
Kalau simpan dalam simpanan sayur di bahagian bawah, jadi kering & kecut pulak. Ha…Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

ARTIKEL MENARIK:DIY Baja Dari Serbuk MSG Supaya Pokok Berbunga, Berbuah Lebat & Besar


PETUA MUDAH SIMPAN LENGKUAS AGAR TAHAN LAMA


BAHAN-BAHAN:

  • Lengkuas
  • Balang kaca
  • Air

CARA-CARA:

1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.

2. Masukkan lengkuas tadi ke dalam balang dan isikan air seperti dalam gambar. Sebaiknya guna balang kaca ( boleh guna balang sos spageti)


Loading...
loading...


3. Tutup balang dengan penutup dan simpan balang tadi dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.


4. Hasilnya lengkuas yang disimpan akan kekal segar dan tidak kecut walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.

 

Kredit petua & foto: Suria Ismail  via Rasa


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post