Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Di samping berkongsi swa-foto bersama suami, bintang berusia 24 tahun ini ada memberi kata nasihat untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. “Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan? “Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’.
ARTIKEL MENARIK:Pernah disahkan positif COVID19. Ashraf Muslim dan Puteri Aishah bongkarkan perasaan mereka dan cerita keadaan sebenar yang berlaku ke atas diri mereka
“Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. “Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage,” tulisnya.
Selain itu, bintang drama bersiri TQ Captain ini menyarankan agar setiap pasangan suami isteri harus mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. “Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir lahir bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan.
“Samasama lindungi fizikal & mental. Sama sama adil. Sama sama menasihati. Sama sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. “Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu.
“lmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters. “Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah.
“Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn,” tulisnya lagi. Imbas kembali, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Foto: Instagram Mawar Rashid
Lama menyepi akhirnya Mawar Rashid tampil dengan penampilan terkininya yang berhijab. Mawar bongkarkan punca dia terbuka hati untuk bertudung.
“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi. Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. “Memang daripada dulu saya bersyukur, dan setiap kali solat mesti akan menangis… bukan sebab sedih tapi sebab Allah dah beri nikmat terlalu banyak tapi tak boleh tutup aurat. Nak buat perkara wajib ada saja alasan,” katanya kepada mStar. Mawar memberitahu dia mula berhijab pada Isnin lalu dan memilih hari Jumaat untuk berkongsi berita gembira tersebut sempena Awal Muharram.
Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memakai tudung sepanjang bulan Ramadan namun selepas itu dia kembali dengan penampilann tanpa hijab. Dalam pada itu, Mawar berkata suaminya iaitu Raf Yaakob antara orang yang paling bahagia dan gembira dengan keputusannya untuk berhijrah. “Raf orang yang sangat bahagia walaupun dia tak memaksa. Dia banyak bagi hint tapi saya cakap biar benda itu datang daripada diri sendiri. Alhamdulillah, saya tak rasa paksa diri tapi memang saya sedar ini tanggungjawab saya.Dia sentiasa mendoakan semoga saya terus istiqamah dan paling gembira dia tak tanggung dosa sebab saya tak tutup aurat. Keluarga saya pun bersyukur dengan perubahan ini. Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. Sebelum ini, memang saya seorang saja tak berhijab,” ujarnya.
SUMBER : Mstar
Perkongsian foto Mawar Rashid dan Neelofa telah dapat perhatian Warganet. Rata rata puji kecomelan mereka berdua.
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sekeping foto dirinya bersama usahawan terkenal berasal daripada Kelantan, Neelofa. Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya.
“Dapat jugok bergamba denge idola kito. Banggo bena dengan anok Kelate. Mekwa doakan kak Lofa sentiasa dirahmati Allah dan bahagia disamping yang tersayang,” tulis Mawar sebagai kapsyen. Foto dua selebriti asal negeri Cik Siti Wan Kembang itu diambil semasa Mawar menjadi tetamu program MeleTOP bagi mempromosikan drama siri lakonannya berjudul Thank You Kapten bersama pelakon Hisyam Hamid.
Menerusi laman Instagram MeleTOP yang turut mengulang siar foto Mawar, ramai warganet yang terdiri daripada anak Kelantan turut sama memberikan komen yang positif. “Saya orang Kelantan, mestilah gadis-gadis Kelantan comel-comel belako,” ujar seorang warganet.
“Meme mek-mek Kelate comel-comel saja dok puah kelih peramoh-peramoh pulak tu,” puji seorang warganet. “Kawe sokong Kelate comey terutamanya sebeloh Pasir Mas sebab sempadan Siam,” kata seorang warganet lagi.
Sekadar info, Mawar merupakan selebriti kelahiran program Dewi Remaja pada tahun 2015. Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raden Mohammed Rafael, 9 bulan.
Sumber: Gempak
Mawar restu anak berlakon
PELAKON Mawar Rashid tidak menolak sekiranya anaknya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia tujuh bulan ditawarkan berlakon. Menurut Mawar, membesar dalam keluarga seni membuatkan dia terbuka mengenai perkara itu.
“Kalau Rafael ditawarkan berlakon, saya suka. Mungkin kerana saya terlalu mencintai dunia lakonan. Saya sendiri pun memang sejak dari kecil lagi sudah dekat dengan dunia lakonan memandangkan ibu saya model dan pelakon di Thailand.
“Dalam kata lain, darah seni itu memang sudah ada dalam keluarga saya dan suami. Kalau anak pun okay, kenapa tidak,” katanya kepada Harian Metro. Mawar juga akan membawa Rafael ke set penggambaran untuk memastikan anaknya selesa dengan persekitaran tempat kerjanya.
“Tak lama lagi saya akan membintangi drama 20 episod berjudul Thank You Kapten. Jadi, saya akan bawa dia bersama. “Ini penting untuk buatkan dia rasa selesa dengan suasana di set, dapat melihat bagaimana saya bekerja dan paling penting, saya akan sentiasa dekat dengannya,” katanya.
Mawar berkata, Rafael kini mula dihujani tawaran menjayakan iklan dan tajaan. “Ada beberapa tawaran kempen dan tajaan yang kami terima bagi pihak Rafael antaranya lampin pakai buang. Itu rezeki Rafael dan setiap pendapatan daripada kerja itu kami akan gunakan untuk masa depannya,” kata Mawar. Mawar kini kembali aktif berlakon selepas lebih setahun menumpukan sepenuh perhatian terhadap anaknya.
Sumber : myMetro via apampink
Post a Comment