WALAUPUN hanya memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam tempoh singkat bagi menjayakan watak dalam filem Frontliners, ia ternyata cukup menginsafkan pelakon Azhan Rani.
Menurut Azhan, 44, dia kagum dengan kecekalan petugas barisan hadapan yang sanggup menggadaii nyawa demi negara tanpa memikirkan bayaran yang diterima setiap hujung bulan.
ARTIKEL MENARIK:Pernah disahkan positif COVID19. Ashraf Muslim dan Puteri Aishah bongkarkan perasaan mereka dan cerita keadaan sebenar yang berlaku ke atas diri mereka
“Satu perkataan saja yang saya boleh cakap iaitu insaf. Pengalaman yang menginsafkan saya. Bukan hanya dalam keadaan kepanasan tapi tidak selesa. Azhan bangga dengan petugas barisan hadapan.“Bayangkan orang awam yang diarahkan untuk pakai face mask pun rasa rimas, tak selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apatah lagi frontliner yang terpaksa memakai PPE.
“Terpaksa bau peluh sendiri dan peluh orang lain. Tapi itulah jasa frontliner dan saya memang tabik hormat dengan mereka.”Mereka bekerja bukan kerana gaji yang dapat setiap hujung bulan, tapi mempertaruhkn nyawa demi negara,” kata Azhan kepada mStar.
Kalau ada yang nak buat filem itu, memang saya angkat tangan dulu sebab nak terlibat sama.
Azhan ditemui ketika sidang media filem Fronliners di Big Boss, Publika, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.Filem yang mengisahkan tentang jasa petugas barisan hadapan itu bakal ditayangkan di saluran Astro First pada Oktober depan. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini mengakui dia yang menawarkan diri untuk berlakon dalam filem tersebut ketika bertemu dengan pengarah Razif Ajiboy Rashid.
Azhan yang menawarkan dirinya untuk berlakon dalam filem Frontliners.“Untuk watak ini, saya mengaku yang saya offer diri. Masa itu saya tengah lepak santai dengan Ajiboy dan saya tanya kenapa tak wujudkan kisah fronliner.
“Kalau ada yang nak buat filem itu, memang saya angkat tangan dulu sebab nak terlibat sama. Selepas beberapa bulan kemudian, Ajiboy jumpa saya.”Dia kata nak realisasikan idea tersebut dan mahu saya berlakon sekali. Sebabkan saya sendiri pernah luahkan hasrat nak berlakon, jadi tak boleh tolak,” ujarnya.-mymetro
Azhan Rani reda jika tiada jodoh
AZHAN Rani melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal jodoh dan perkahwinan. “SOAL jodoh, rahsia Allah. Buat masa ini, apa yang sudah tertulis, saya belum bertemu jodoh,” kata pelakon Azhan Rani, 43.
Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Nur 2 ini berkata, setiap manusia itu sudah ditetapkan Allah perjalanan hidup sendiri dan masing-masing sudah ada bahagiannya.”Walaupun suatu ketika saya pernah rancang nak hidup bahagia seperti orang lain tetapi perancangan manusia takkan dapat mengatasi aturan Allah. Pada usia melewati 40-an ini sebenarnya Allah sudah memberi kesedaran kenapa masih tidak memiliki isteri dan anak lagi.
“Semuanya bersebab dan yang penting perkara ini (perkahwinan) tidak lagi menjadi tekanan kepada saya kerana sudah reda,” katanya.Azhan berkata, dia melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.
“Namun, seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan.”Bagaimanapun, jika di dunia ini saya tidak bertemu jodoh hingga ke akhir hayat, saya tetap yakin Allah pasti menjanjikan yang lebih baik di sana (akhirat) nanti. Saya reda,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Ustaz Syed Hamadi dalam Nur 2 yang kekal dengan watak jahaat, Azhan selesa berpandangan positif.”Saya tahu komen penonton yang masih melihat perangai Syed Hamadi tidak berubah serta dilabel sya1tan, itu bermakna lakonan dipersembahkan berkesan.
“Apapun, itu sekadar lakonan yang mana segala yg baik itu diambil sebagai iktibar dan sebaliknya pula dijadikan sempadan,” katanya.Drama Nur 2 arahan Shahrulezad kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 jam 10 malam. Selain Azhan, ia dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.-mymetro
Bohong kalau saya kata tak ada: Azhan Rani
TIDAK dinafikan populariti menerusi drama rntaian Nur dan Nur 2 telah melonjakkan nama pelakon Azhan Rani.Azhan seperti pelakon lain, tidak terlepas daripada dihujani kiriman mesej daripada para peminat.Menariknya, pelakon hebat berusia 43 tahun itu berkata, dia ada menerima kiriman tidak dikenali daripada seorang wanita yang mahu meminangnya di WhatsApp.
“Bohong kalau saya kata tak ada sampaikan di WhatsApp nak pinangkan pun ada.”Tapi saya hanya menganggap perkara itu sebagai gurauan sahaja, tak ambil terlalu serius,” jelasnya Azhan sambil ketawa. Cerita Azhan, dia menerima kiriman mesej bersuara daripada seorang perempuan tidak dikenali yang mahu meminangkan Azhan bersama seorang doktor, kawan kepada si pengirim.
“Katanya saya pernah pernah makan di kedia si pengirim WhatsApp itu. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor telefon saya.”Nak dijadikan cerita, pada waktu saya tengah menjalani penggambaran, dapat kiriman mesej bersuara di WhatsApp. Saya buka dan dengar pakai pembesar suara sampaikan krew produksi pun terdengar sama.
“Katanya yang bahasakan diri sebagai kakak, dia ada kenalan seorang doktor dan orangnya baik, berkawan lah dengan doktor tu dulu. Pendek kata, kakak tu nak pinangkan saya dengan doktor tersebut.”Saya pun terkejut lah, eh senangnya! Saya pula tak kenal siapa dia. Oleh kerana nak hentikan perbualan, saya hanya jawab sudah ada, sambil tergelak,” katanya.
Azhan ditemui Sinar Harian ketika sidang media perlantikan Azadan Rabbani, Azhani Rani dan Noorkhiriah sebagai ikon umrah De Hearty 2019. Mengenai pembabitan sebagai ikon, pelakon terkenal menerusi drama hit Nur sebagai Ustaz Hamadi berkata, dia tidak menafikan terpikul satu tanggungjawab besar apabila diangkat sebagai ikon.
“Allahuakbar, memang sangat berat rasanya. Saya ini orang masih lagi belajar dan mendalami ilmu agama. Layakkah saya sebenarnya?”Begitupun, saya percaya ini adalah percaturan daripada ALLAH SWT, mesti ada sebab dan hikmah yang baik di sebalik ini.
“Saya memang berhasrat untuk ke tanah suci pada penghujung tahun ini dan tawaran ini datang tepat pada masanya.”Selepas mengerjakan umrah buat kali pertama pada 2007, saya berasa rindu untuk ke sana lagi. Malah saya dengan Khiriah pun selalu bercakap mengenai keseronokan ketika mengerjakan umrah.”Dikesempatan itu juga, saya mengambil peluang untuk berehat seketika daripada jadual kerja yang padat selain mendekatkan diri kepada ALLAH dan fokus kepada urusan ibadah di sana,” akhirinya.
Azhan Rani nyanyi lagu ‘Smpah’ dengan Naim Daniel bikin ramai terhibur!
Lagu Smpah nyanyian Naim Daniel tidak dapat dinafikan telah mendapat tempat dihati ramai pendengar. Bahkan, lagu nyanyiannya itu telah menjadi diantara lagu yang memenangi anugerah di majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu yang ke-34.
Memegang gelaran juara AJL-34 pada Februari lalu, nama Naim Daniel dalam industri hiburan tanah air semakin mendapat perhatian ramai dan kini juga, lagu seterusnya nyanyian dia berjudul, Sembah turut menjadi bualan hangat peminat muzik tanah air.
Azhan Rani nyanyi ‘Smpah. Pun begitu, ada pula satu rakaman video yang berjaya mencuit hati ramai apabila pelakon yang tidak asing lagi buat ramai, Azhan Rani memuat naik gelagatnya nyanyi bersama Naim Daniel. Seperti diketahui, suara Naim Daniel sudah terbukti sejak dulu lagi memang merdu. Manakan tidak, suaranya juga telah berjaya memenangi hati ramai sehingga dia kini selain pelakon, dia juga salah seorang penyanyi muda yang diminati warganet.
Azhan Rani nyanyi lagu Smpah dengan Naim Daniel. Lebih mencuit hati ramai, warganet yang ternanti-nanti Azhan Rani turut nyanyi lagu Smpah itu membuatkan mereka geli hati apabila yang akhirnya lirik yang disebutnya itu lucu.
Azhan Rani yang sering membuatkan peminat terhibur dengan gelagatnya juga membuatkan perkongsian kali ini warganet geli hati. Dalam pada masa yang sama, pelbagai maklum balas juga ditinggalkan warganet yang memberitahu bahawa pelakon legend ini jarang tidak kelakar.“Jarang tak kelakor”Azhan Rani nyanyi ‘“Hahaha… tak boleh blah”“Hahaha punya la kita tunggu”Sumber: Instagram Azhan Rani
Post a Comment