Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.
A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Mamat dan isteri macam langit dan bumi. Mamat tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya. Terkedu rupa rupanya ini yang terjadi.
Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.Foto: Instagram Elly Mazlein
Adibah jadi emak ‘over’ dalam Kampung People 2
KUALA LUMPUR: Drama rantaian popular, Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran, bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.
“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.”Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.
“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH Online.Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.
“Lagipun saya memang penonton setia drama ini dan sudah faham daripada segi watak dan perwatakan pelakon lain serta konsepnya.”Jadi, rasanya, saya tiada masalah untuk membawa watak Dona itu,” katanya.Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan.Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.-bh
‘Tengok dulu, baru nilai’
SEJAK berkongsi pembabitannya dalam drama pilihan ramai, Kampung People 2 (KP2) yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi, peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi, Adibah Noor dalam cerita itu.Apatah lagi, Adibah yang pernah berlakon dalam filem hebat seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi berjaya menjadikan penampilannya kekal diingati sehingga kini.
Malah, muncul sebagai watak baharu dalam KP2 dianggap satu lagi watak ikonik yang bakal dicipta Adibah.Bagaimanapun, Adibah yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa tidak mahu meletakkan harapan tinggi sebaliknya berharap peminat menonton dahulu dan baru membuat penilaian.
“Ikonik atau tidak, memberikan impak atau tidak, saya tak boleh nak cakap sekarang. Mungkin apabila ia ditayangkan kita boleh tengok hasilnya.”Tapi, watak saya dicipta untuk memberikan satu suntikan baharu dalam keluarga yang menerajui cerita KP2. Tengok dulu dan baru nilaikan,” katanya.
Mengenai pembabitannya dalam drama yang menggunakan dialog ‘broken English’ itu, Adibah berkata, ia bukan satu masalah kerana sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa dunia itu.”Saya secara peribadi berasakan walaupun skrip KP memaparkan watak yang menggunakan ‘broken English’, ia sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk tidak takut mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan atau penguasaan bahasa Inggeris mereka.
“Apabila orang ramai tengok yang wujudnya karakter yang bercakap ‘br0ken English’ ini, secara tak langsung penonton akan berasa kurang takut untuk mencuba dan belajar untuk memperkasakan lagi bahasa Inggeris.’Sebagai contoh, dulu ada program Oh My English! Hasil daripada program itu, rata-rata orang ramai dan pelajar berasakan tidak mengapa jika buat kesalahan. Orang lain pun cakap tak betul dan tunggang terbalik juga, maka dengan itu ia memberikan inspirasi untuk orang belajar,” katanya.
Menurut Adibah, penggunaan bahasa yang diselangi dengan unsur komedi membangkitkan lagi keinginan penonton untuk terus memperbaiki diri.”Pada diri saya sendiri, ‘broken language’ atau ‘broken English’ dalam KP2 tidaklah memberikan kesan negatif, ia bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan penonton mentertawakan diri sendiri akan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Secara tak langsung belajar bersama-sama.
“Apabila orang mendengar ‘broken English’ dalam KP, mereka tahu ia salah, secara tak langsung akan cakap pada diri sendiri bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik sebab tahu apa yang dituturkan dalam KP adalah salah,” katanya.Selain Adibah, Kampung People 2 masih mengekalkan pelakon asal iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.-mymetro
Tayang Poster Ikonik Drama ‘Kampung People’, Warganet Dah Tak Sabar, Banjiri Ruangan Komen Foto Elly Mazlein
Drama Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang sebelum ini menerima sambutan yang positif dan di luar jangkaan bakal kembali menerusi musim terbaru tidak lama lagi.Difahamkan, drama untuk musim ke-2 itu kini sedang giat menjalani proses penggambaran.
Walaupun masih belum ditayangkan, sambutan yang diterima agak luar biasa apabila pelakon utama untaian drama terbabit, Elly Mazlein dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu sama seperti dalam babak musim yang pertama. Ternyata, ramai peminat menantikan kesinambungan drama tersebut dan teruja menanti untuk ianya ditayangkan.
Malah, entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi Ishak yang memegang watak Pak Abu di platform yang sama iaitu Instagram.Mengintai ruangan komen,ramai warganet telah meluahkan rasa tidak sabar dan teruja menantikan sambungan drama tersebut.
Dimaklumkan sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh tayangan, drama Kampung People akan mengekalkan pelakon yang sama sepertimana musim pertama dan bakal menampilkan muka baharu untuk musim kedua, antaranya penyanyi dan juga pengacara, Adibah Noor.
Pejam celik pejam celik, hari ini drama sensasi, Kampung People bakal melabuhkan tirai apabila episod terakhir akan ditayangkan malam ini jam 9 malam melalui slot Lestary di TV3. Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein sebagai salah satu tunggak utama drama bersiri Kampung People ini turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila drama komedi bersiri itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan menerima pelbagai reaksi yang menggalakkan daripada penonton sepanjang ia ditayangkan.
“Alhamdulillah, saya memang seronok sangat. Tak sangka drama ini seperti fenomena yang melanda Malaysia.“Penonton pula bukan orang dewasa sahaja, tetapi ada juga dalam kalangan kanak-kanak. Dalam kata lain, ia kena dengan jiwa seisi keluarga.
“Paling membuatkan saya gembira ialah apabila ada peminat yang memaklumkan bahawa mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk menonton Kampung People ini,” kata Elly kepada Harian Metro.Pasti juga ramai yang akan berasa sedih kerana drama yang yang sarat dengan mesej positif dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda ini sudah sampai ke penghujungnya.
“Walaupun kita lihat drama itu bersifat komedi dan menjadi hiburan keluarga, tetapi ia juga sarat dengan mesej positif mengenai kekeluargaan.“Ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana Rabu, 8 Januari adalah episod terakhir Kampung People,” kata Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.
Drama komedi bersiri yang diarahkan oleh Wan Hasliza turut menampilkan bintang seperti Rashid Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan episod terakhir malam ini jam 9 malam di slot Lestary TV3. Pasti akan rindu dengan gelagat Abu, Minah, Laila dan Jekfer lepas ni…-xtra
Post a Comment