Dalam kalangan dunia hiburan lawak tempatan, Mamat Sepah adalah antara pelopor kepada kumpulan lawak yang mula mendapat tempat di hati masyarakat.
Bersama Shuib dan Jep, Mamat mula menempa nama menerusi kumpulan lawak Sepah sehingga beberapa kali memenangi pertandingan sebelum mereka akhirnya berpecah.
ARTIKEL MENARIK:Mila Jirin pernah dibawa ke rumah Adik Nurin Jazlin. Mila dedahkan kaitan sebenar dia dan pemergian Nurin yang pernah tular dahulu
Di antara ketiga mereka, Mamat yang paling lambat berkahwin. Bertarikh 2 Mac lalu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Muradakhirnya menamatkan zaman bujang apabila sah bergelar suami kepada Nordiana Ibrahim.
Menariknya, isteri Mamat adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dikenali sebagai Diana Ibrahim. Dalam perkongsian di Instagram baru-baru ini, Mamat berkongsi bagaimana karektor berbeza antara mereka dengan mengusik isterinya dapat menerima lelaki ‘rock’ sepertinya.
” Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikirkan nape la laki dia macam ni. ” Mesti dia tak penah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya.. yela sekeliling kat tempat kerja dia sume orang yang smart dan berdisplin,
” Balik je umah jumpa laki rambut mcm orang kat pagar besi, kadang yang kat pagar besi tu lagi smart dari laki dia.. ” Dia kna terima hakikat kahwin dengan rockers sejati.. Sape sruh awk terima pinangan saya dlu?? ” Padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan apa-apa.. yang penting? Tolong sambung..” akhiri Mamat
Mamat suka simpan rambut panjang sejak remaja. Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak apabila pernah bergandingan bersama Shuib dan Jep sebagai satu kumpulan lawak Sepah, namun kecintaan Mamat terhadap muzik rock tidak dapat dinafikan.
Penampilannya kini yang selesa berambut panjang sebenarnya bermula sejak zaman muda remaja lagi. Mamat turut pernah berkongsi gambar sekitar tahun 2005 ketika dia bersama rakan termasuk Jep Sepahtu pergi menonton konsert kumpulan rock terkenal, Search di Melaka.
” Ni zaman kami budak2 kulai dan senai keje kilang surat kabo NSTP.. Zaman ni dlm kepala asik pikir camne nk populer cam kumpulan search..apa yg ptot kite buat supaya nmpak lain dri lain.. ” Masa ni umur saya dgn jep 20 tahun..gambo di amik masa tahun 2005 bru balik dri konsert search kt melaka.. Hari2 mengelamun klu la satu hari nanti dpt jmpe kumpulan search lepas tu perfome dgn dorg atas pentas msti gempak beb..
” Time ni hari2 saya selalu ckp kt mmber2 satu hri nanti wa jd artis…hari2 gak kna gelak kan dgn mmber2 sbb dorg kata aku x btol …tahun 2008 aku hentikan gelak ketawa dorg..dorg harus bergelak tgk kami di kaca tv.. ” Dari dlu aku mmg slalu set kt kepala IMPIAN BIAR LA SEPERTI MELASTIK SAMPAI KE BINTANG KEJORA..” tulis Mamat
Jodoh Lewat Tetap Bersyukur
BERTEMU jodoh pada usia 35 tahun dirasakan sudah lewat bagi pelawak Mamat Sepah. Bukan tidak bersyukur dapat bergelar suami tetapi memikirkan umur yang meningkat. Apatah lagi, melihat kebanyakan rakannya sudah memiliki anak terutama dua anggota Sepah iaitu Jep dan Shuib yang masing-masing kini bergelar bapa.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad melangsungkan pernikahan Ahad lalu dengan wanita pilihan, Nordiana Ibrahim, 34. Bertemu jodoh dengan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Mamat berkata, dia memilih wanita kelahiran Lahad Datu, Sabah itu sebagai teman hidup.
Masih aktif dalam kerjaya sebagai pelawak sepenuh masa, Mamat berkata, dia juga belum terfikir untuk menceburi perniagaan secara serius. “Berniaga kecil-kecil itu adalah, tetapi untuk fokus lebih jauh seperti dilakukan kebanyakan rakan selebriti saya yang lain, rasanya belum benar-benar berminat.
“Namun, Alhamdulillah setakat ini rezeki saya masih ada dalam bidang lawak. Jika tiada aral, untuk tahun ini saya akan terbabit dengan beberapa program lawak di TV,” katanya. Ditanya mengapa dia dilihat seakan menyepi, Mamat berkata, untuk program TV dia memang jarang muncul sebelum ini tetapi, kini cabang platform sudah pelbagai.“Walaupun untuk program TV, saya tidak selalu muncul tetapi untuk platform digital memang banyak aktiviti. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. Jadi, selama ini saya tak pernah sepi.
“Ditambah, dengan nama Sepah itu sehingga kini ramai yang kenal saya. Selalu saja saya ditegur di mana saja berada. Itu bermakna jenama Sepah sangat kuat,” katanya. Mengulas hubungan persahabatan dengan Jep dan Shuib, anak jati Kulai, Johor itu berkata, mereka masih lagi rapat dan baik seperti dulu.
“Tak ada yang berubah pun dalam persahabatan kami. Selalu saja saya, Jep dan Shuib bertanya khabar termasuk berjumpa jika kami ada kelapangan masa. “Kami datang dari negeri sama iaitu Johor. Malah, saya dan Jep berasal dari kampung yang sama. Buat apalah kami nak brbalah atau masam muka.
“Masing-masing pun, sekarang sudah ada keluarga. Jadi, saya yakin kami bertiga semakin matang dalam pemikiran kerana umur pun dah banyak,” katanya. Berbicara perkembangan kerjaya seninya, Mamat berkata, dia akan sibuk dengan aktiviti rakaman program lawak disertainya.
Ditanya mengenai perancangan bulan madu dan cahaya mata, Mamat berkata, dia dan isteri belum berfikir untuk destinasi percutian mereka. Begitu juga soal anak. Menurut Mamat, anak adalah rezeki kepada pasangan suami isteri. Justeru, untuk dia dan isteri, semua itu diserah pada ketentuan Allah SWT. Pada majlis perkahwinannya baru-baru ini, Mamat memilih untuk mengikut cara dan adat kampung sebagai memenuhi permintaan bapa, Murad Ayob, 75, dan ibunya, Masinah Ahmad, 68.
via Era Kini
Post a Comment