Selepas hampir dua bulan ujian dilakukan terhadap manusia, vaksin COVID-19 akhirnya telah berjaya dihasilkan oleh Rusia. Menerusi laporan BBC, Presidennya Vladimir Putin berkata, vaksin berkenaan telah pun diluluskan dan ia digelar sebagai Sputnik V. Difahamkan nama berkenaan bersempena nama satelit Soviet.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko mengatakan bahawa vaksin tersebut terbukti sangat berkesan dan selamat. “Ia merupakan langkah besar untuk kemenangan manusia menentang COVID-19,” katanya. Difahamkan ketika ini sebanyak 20 negara sudah melakukan pra tempahan untuk lebih satu bilion dos.
ARTIKEL MENARIK:Golongan B40 terima kesan besar akibat COVID19. Dr Muhammed dedahkan bantuan RMT untuk pelajar serta sesuatu yang dialami oleh golongan B40
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan terbarunya menjelaskan pihak mereka sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia untuk melakukan proses ‘pre qualification’. “Proses ‘pre qualification’ setiap vaksin merangkumi tinjauan dan penilaian yang ketat terhadap semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan, ” kata jurucakap WHO.
Untuk rekod, Malaysia sebelum ini turut mengumumkan kerajaan bersedia membeli vaksin COVID-19 dari mana-mana negara yang berjaya membangunkan rawatan itu terlebih dahulu termasuk dari China, Russia dan United Kingdom.
Rusia dikatakan berjaya hasilkan vaksin Covid-19
Rusia dikatakan menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 ujian klinikal dilakukan esok dan pengeluaran dijangka bermula September nanti. “Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya.
COVID-19: Russia laksana ujian klinikal vaksin
Kementerian Pertahanan Russia dan Pusat Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamalei memulakan tahap akhir ujian klinikal vaksin COVID-19, kementerian itu berkata pada Jumaat. Menurut Kementerian Pertahanan “rawatan dalam kumpulan sukarelawan pertama, yang diuji keselamatan dan toleransi ke atas vaksin itu, akan berakhir pada 15 Julai,” lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
“Pada Isnin, 13 Julai, kumpulan sukarelawan kedua, yang diuji kecekapan dan imunogenik vaksin, akan disuntik dengan komponen kedua vaksin menentang COVID-19,” kata kementerian itu. “Skim penggalak vaksin, yang dikhususkan untuk kumpulan sukarelawan kedua, akan memperkuat sistem kekebalan tubuh dan juga akan memanjangkan daya tahannya,” menurut kementerian.
Kementerian juga menambah semua sukarelawan berasa sihat, tiada aduan langsung tidak mengalami kesan sampingan dan kumpulan sukarelawan pertama akan keluar dari Hospital Ketenteraan Burdenko selepas menjalani ujian akhir. Hasil ujian vaksin COVID-19, yang dilakukan pada sekumpulan sukarelawan di Russia, menunjukkan mereka membina imuniti terhadap virus berkenaan.
“Seiring dengan protokol penyelidikan, sukarelawan secara berkala mengambil ujian untuk antibodi dan imuniti sel-sel,” kata kementerian itu. “Data yang diperoleh pusat penyelidikan itu membuktikan sukarelawan kelompok pertama dan kedua membentuk perlakuan balas imun selepas menerima suntikan vaksin terhadap COVID-19”.
Kementerian Pertahanan mengumumkan pada awal Jun dua kumpulan sukarelawan dipilih untuk ujian klinikal vaksin anti-COVID-19. Kumpulan pertama terdiri 50 anggota tentera, termasuk lima wanita dan 10 anggota perubatan, manakala kumpulan kedua terdiri orang awam. Ujian klinikal vaksin yang dilakukan oleh pusat penyelidikan itu bermula pada 18 Jun. Lapan belas sukarelawan diberi vaksin melawan COVID-19.
Covid-19: Rusia berjaya lengkapkan uji kaji vaksin ke atas manusia
Rusia membenarkan dua uji kaji vaksin ke atas manusia setakat ini. Penularana Covid-19 di seluruh dunia ternyata memberi impak yang tidak pernah difikirkan oleh akal manusia. Siapa sangka dalam sekelip mata, kehidupan kita berubah dan kini wujud pula normal baharu yang perlu diterapkan dalam mendepani pandemik itu. Terbaharu, negara Rusia dilaporkan sudah melengkapkan uji kaji klinikal vaksin Covid-19 ke atas manusia.
Menurut Smolyarchuk yang mengetuai kajian di Universiti Sechenov, individu terlibat perlu dimasukkan ke hospital selama 28 hari selepas disuntik vaksin. Ujian mendapati mereka berjaya membina imuniti terhadap Covid-19, namun tiada maklumat terperinci diterbitkan sehingga kini. Individu yang terlibat dengan uji kaji itu akan dibenarkan discaj pada Rabu dan 20 Julai ini.
Dalam pada itu, pengarah Institut Perubatan Parasitologi, Alexander Lukashev berkata, vaksin itu sememangnya diuji selamat ke atas manusia. Untuk rekod, Rusia telah memberi kebenaran ke atas dua ujian klinikal vaksin Covin-19. Ujian pertama dibuat di Hospital Tentera Burdenko manakala ujian kedua dilakukan di Universiti Sechenov.
Saintis AS dikata sudah temui vaksin Covid-19
Saintis di sebuah syarikat kejuruteraan genetik di Texas menyatakan sudah mencipta vaksin untuk jangkitan Covid-19. Greffex memberitahu Houston Business Journal ia sudah bersedia untuk ujian ke atas haiwan dan penilaian pengawal selia Amerika Syarikat (AS). Namun menurut Metro.co.uk membangunkan vaksin hanyalah peringkat permulaan dalam perjalanan ke arah pengedarannya dengan kebanyakan pakar bersetuju tempoh antara ujian dan pengeluaran mengambil masa antara 18 bulan dan 2 tahun.
Firma itu juga menegaskan sebagai langkah keselamatan, saintis mengelak menggunakan apa jua bentuk virus itu sendiri untuk menghasilkan vaksin tersebut. Disebabkan tidak banyak diketahui mengenai virus itu, pakar tidak mahu menjalankan risiko pendedahan atau penyebaran.
Sebaliknya mereka menggunakan adenovirus sebagai salah satu punca penyebab jangkitan pernafasan. Beberapa syarikat lain turut bersaing untuk membangunkan vaksin itu berdasarkan keluaran mereka semasa wabak SARS sebelum ini.
Para saintis di Universiti Texas terpaksa mencipta molekul yang membentuk protein pada permukaan koronavirus untuk menghasilkan peta 3D pada struktur itu. Mereka percaya sebatian itu sendiri boleh digunakan sebagai vaksin yang mencetuskan tindak balas imun terhadap virus.
Malaysia sedia beli vaksin dari China, Russia atau UK
Malaysia bersedia membeli vaksin COVID-19 dari mana-mana negara yang berjaya membangunkan rawatan itu terlebih dahulu termasuk dari China, Russia dan United Kingdom. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.
“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan. “Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat berhubung soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) sama ada pihak kementerian ada membuat kerjasama strategik dengan negara di rantau ASEAN untuk mendapatkan vaksin mampu milik di negara ini. Ahmad Amzad berkata, kementerian melalui di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menubuhkan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi membantu negara ketika berdepan cabaran COVID-19.
Katanya, melalui NTIS ia berperanan menjadi platform membolehkan syarikat permulaan, penyelidik, penggerak inovasi, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan usahawan berteknologi tinggi menguji produk, perkhidmatan, model perniagaan dan mekanisme penyampaian dalam persekitaran yang sebenar. “Selain itu, agensi di bawah kementerian turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memasang lapan unit ‘COVID-19 screening booths’ menggunakan teknologi ‘nano-coating’ nyah-kuman di beberapa hospital dan pusat kesihatan daerah (PPD).
“Kita juga menyelaras makmal diagnostik saringan dan pengesahan COVID-19 untuk meningkatkan kapasiti makmal yang terbabit dalam pengesanan virus ini. Sebanyak 10 makmal diagnostik bergerak aktif menjalankan ujian saringan COVID-19 sejak 30 Mac lalu, ” katanya. Beliau berkata, kerjasama strategik dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu KKM melalui Pasukan Khas Saringan COVID-19 yang terdiri daripada saintis pakar dalam bidang virologi, mikrobiologi, biologi molekul dan penyakit berjangkit turut dilaksanakan untuk menjalankan saringan COVID-19.
Katanya, juga dilaksanakan ialah kerjasama dengan rakan strategik dalam pembangunan beberapa penyelesaian digital untuk kerajaan, contohnya Pusat Maklumat COVID-19 Malaysia (MyC19) bagi penjejakan kontak dan analisis sentimen melalui sistem analisis teks berasaskan kecerdasan buatan (AI).
via Era Kini
Post a Comment