Ujian saringan mula dijalankan. JKN Perak bongkarkan satu kes ini berpunca daripada sesuatu ini dan dikatakan berkait dengan satu kluster

Ujian saringan mula dijalankan. JKN Perak bongkarkan satu kes ini berpunca daripada sesuatu ini dan dikatakan berkait dengan satu kluster

IPOH, 8 Ogos (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.

Ujian saringan mula dijalankan. JKN Perak bongkarkan satu kes ini berpunca daripada sesuatu ini dan dikatakan berkait dengan satu kluster
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan semalam.

ARTIKEL MENARIK:Lebih lapan ribu individu pulang dari luar negara. Ismail Sabri dedahkan jumlah kes positif di antara mereka


Beliau berkata anggota kesihatan itu telah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lepas sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 didapati positif pada keesokannya.

“Ketika ini, anggota terbabit telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan masih dijalankan.“Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Dr Ding berkata pihaknya mengambil maklum mesej tular di laman sosial melibatkan seorang lelaki yang marh terhadap tindakan anggota kesihatan itu yang masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala jangkitan saluran penafasan.Terdahulu, tular di Facebook, seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan COVID-19 selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif COVID-19.

Turut dinyatakan, isteri dan anaknya telah menerima rawatan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.Mengulas lanjut, Dr Ding berkata anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gej4la Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan COVID-19.

“Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (secara pentadbiran) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif COVID-19 sebelum ini.“Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan,” katanya.

— BERNAMA

Keputusan Muktamad. PKPD Sudah Dilaksanakan Di Dua Kampung Bermula Semalam Sehingga 4 September Dan Harap Semua Maklum Dengan Tempat Yang Dikehendaki

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Sanglang dekat sini selama 28 hari mulai malam ini.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat menerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perlis berkenaan Covid-19.“PKPD secara bersasar atau Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) ini dilakukan di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula pukul 10 malam ini sehingga 4 September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira bilangan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.“Pengisytiharan ini dibuat bagi membolehkan aktiviti pengesanan yang telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sejak semalam dilaksanakan dengan lebih berkesan di kedua-dua kampung terlibat,” ujarnya.


Loading...
loading...


Justeru, penduduk diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa kerana pelaksanaan TEMCO akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) PKPP sedia ada.“Pelaksanaan SOP PKPP adalah dengan tambahan kepada pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan keluar masuk ke kawasan TEMCO.

“Orang awam yang berada di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan perlu seperti makanan, air, perubatan, kedai runcit dan perbankan,” jelasnya.Berhubung arahan kuarantin, penduduk yang telah menjalani saringan Covid-19 terlibat diminta supaya mematuhi perintah tersebut.

“Sepanjang tempoh arahan kuarantin di rumah, ketua isi rumah dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan harian sementara menunggu seluruh ahli isi rumah memperoleh arahan pelepasan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

“Arahan pelepasan akan dikeluarkan setelah keputusan ujian saringan Covid-19 didapati negatif yang mana keputusan boleh diperoleh tidak melebihi empat hari dari tarikh saringan dilakukan,” katanya.Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan negeri amat prihatin kesulitan yang dialami dan akan menyalurkan bantuan kepada penduduk terlibat. – K! ONLINE

Ekoran Kes Makin Meningkat Di Perlis. Menteri Besar Perlis Sanggup Buat Keputusan Ini Sebaik Sahaja Sesuatu Ini Telah Muktamad

KANGAR: Perlis mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tertentu jika jumlah kes COVID-19, di negeri itu mencatatkan penambahan hari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata pihaknya mengesahkan jumlah kes COVID-19 bakal bertambah lagi 10 kes hari ini membabitkan sebuah keluarga di Sanglang yang mempunyai kaitan dengan kluster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu.

Katanya, pihaknya akan menghantar perakuan kepada sekretariat bencana di peringkat Persekutuan bagi memastikan langkah keselamatan termasuk TEMCO untuk dilaksanakan. “Sepuluh kes terbabit terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan ada yang berusia tiga tahun sehingga warga emas.

“Kesemua mereka ini duduk serumah dan Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat dengan keluarga ini. “Setakat ini, 560 orang di Kampung Kuala Sanglang dan 312 di Kampung Tanah Timbul akan diminta menjalani proses saringan bagi mengenal pasti sama ada mereka berjangkit atau tidak.

“Jadi keputusan sama ada pelaksanaan TEMCO di Sanglang akan hanya diketahui dalam masa terdekat memandangkan ada pesakit yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang,” katanya dalam sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Mengulas mengenai keperluan pelaksanaan TEMCO di kawasan tertentu di Perlis, Azlan berkata, ketika ini pihaknya akan menumpukan langkah berkenaan di Sanglang. “Jadi kita minta penduduk di Sanglang dan sekitar kawasan berkenaan bersedia dari segi mntal dan fizikal sekiranya TEMCO dilaksanakan.

“Cuma keputusan untuk menutup dua sekolah terbabit belum diputuskan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat kerana fokus kita adalah untuk kenal pasti kontak pesakit melalui saringan,” katanya.Beliau berkata, buat masa ini sebaiknya mereka berada di kawasan Sanglang untuk lebih berjaga-jaga dan mematuhi arahan kerajaan.

Sehingga semalam, dua kes positif COVID-19 sudah dilaporkan di Perlis membabitkan kawasan di Sanglang dan Padang Siding dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 20 kes sejak Mac lalu dan dijangka meningkat bermula hari ini.-bh

Kerajaan Perlis laksana TEMCO di dua kampung di Kuala Sanglang

KANGAR, 8 Ogos — Kerajaan Perlis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) selama 28 hari bermula malam ini di dua kampung di Kuala Sanglang.Keputusan itu yang melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul berkuat kuasa 10 malam ini hingga 4 Sept.

Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu kenyataan berkata pelaksanaan TEMCO dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dengan mengambil kira bilangan kes aktif COVID-19 di kawasan berkenaan.”Penduduk di kawasan TEMCO diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedia ada dengan tambahan kepada pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan keluar masuk ke kawasan tersebut.”Orang awam yang berada di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan perlu,” katanya.

Penduduk di kedua-dua kampung juga diminta mematuhi arahan kuarantin di rumah yang telah dikeluarkan kepada penduduk setelah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sanglang.”Sepanjang tempoh arahan kuarantin di rumah, ketua isi rumah dibenarkan keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan harian sementara menunggu seluruh ahli isi rumah memperoleh arahan pelepasan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis,” demikian menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan tersebut kerajaan negeri prihatin kesulitan yang dialami dan akan menyalurkan bantuan kepada penduduk di kedua-dua kampung yang terlibat.

— BERNAMA via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post