Tular solat di lorong kecemasan. ANIH Berhad tampil bersuara ekoran kejadian berikut dan harap semua boleh beri kerjasama dan tidak ulangi atas satu sebab

Tular solat di lorong kecemasan. ANIH Berhad tampil bersuara ekoran kejadian berikut dan harap semua boleh beri kerjasama dan tidak ulangi atas satu sebab

KUALA LUMPUR – Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menasihatkan pengguna supaya tidak mengulangi ins1den solat di lorong kecemasan seperti yang tular di media sosial, Jumaat lalu.

Tular solat di lorong kecemasan. ANIH Berhad tampil bersuara ekoran kejadian berikut dan harap semua boleh beri kerjasama dan tidak ulangi atas satu sebab

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, tindakan solat di lorong kecemasan itu bukan sahaja mengndang bahaya kepada mereka yang sedang menunaikan solat, malah turut kepada pengguna lain.

ARTIKEL MENARIK:Pengasuh bengang bila ada ibu bapa yang ambil kesempatan dengan alasan dibayar. Ada yang sanggup ambil ank lewat hanya kerana balik kerja nak masak dulu kat rumah.




“Kami sebagai pengendali lebuh raya ini ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan.“Adalah dikhuatiri, kelak mungkin akan terdapat pengguna jalan raya lain yang turut sama solat dan ini mungkin boleh menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran statik individu yang berada di lorong kecemasan,”katanya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu tular gambar dua wanita bertelekung yang dilihat sedang mengerjakan solat di lorong kecemasan lebuh raya sambil beberapa buah lagi kenderaan turut berhenti berdekatan kawasan sama.Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di KLK dan ketika kejadian, jalan raya sedikit sesak berikutan orang ramai dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha.

Kata kenyataan itu, pengguna turut dinasihatkan merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 dan KLK ketika menuju pulang ke Lembah Kelang.“ANIH Berhad menghargai kesabaran pengguna lebuh raya itu dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

“ANIH Berhad juga amat menghargai komitmen para pengguna jalan raya dalam meningkatkan keselamatan di jalan raya untuk diri sendiri, keluarga dan pengguna lain serta sentiasa bersabar dalam aliran trafik puncak,”jelasnya.Sila layari Twitter @LPTTrafik untuk perkembangan terkini dan sebarang pertanyaan, anda digalakkan untuk menghubungi LPT-line 03-547 9111 atau 1700-818-700 dan juga e-mel kepada enquiries@anihberhad.com.-K! ONLINE
Loading...
loading...


Gambar Solat Tepi Jalan Cetus Perdebatan Sesama Warganet, Ahli Keluarga Tampil Beri Penjelasan


Kesempatan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha digunakan sepenuhnya untuk warga kota pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.Senario jalan raya sesak menjadi lumrah setiap kali cuti perayaan.Namun, seperkara yang menjadi bualan hangat di media sosial apabila sekeping foto beberapa pengguna jalan raya yang berhenti di kaki lebuh raya untuk menunaikan solat.

Menerusi perkongsian Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, situasi itu disebabkan keadaan surau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang terlalu penuh.“Allahu, balik kampung dan surah highway terlalu penuh. Moga ditambah baik surau RnR,” tulisnya menerusi Facebook.Sementara itu, kata menerusi akaun media sosial Jentik Hati, foto yang difahamkan dari Ustaz Zarul Salleh itu diambil ketika perjalanan ke negeri di Pantai Timur.


“Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.“Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah.“Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita. Ni dikatakan perjalanan ke Pantai Timur,” tulis pengendali akaun itu.

Bagaimanapun, segelintir warganet meluahkan rasa bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang berhenti di laluan kecemasan itu untuk menunaikan solat.Malah, ada yang menyarankan pengguna yang bermusafir untuk menunaikan solat jamak atau qada.“Islam tak pernah menyusahkan umatnya. Umatnya yang benak kurang pintar menyusahkan diri, kemudian tunggang agama,” tulis seorang pengguna di Twitter.

“Nak marah, tengah solat. Seelok-eloknya carilah RnR. Kalau penuh tak apa, qada’. Kalau musafir, solat jamak. Ingat, Allah itu memahami dan ingat juga menyebabkan kesulitan pada orang lain pun tak elok juga,” tambah pengguna lain.“Rukhsah musafir stuck dalam traffic jam boleh jamak, qada dan solat dalam kereta. Tak perlulah berhenti tepi jalan begini. Bahaya dan membahayakan.“Orang bukan Islam pun nampak agama kita membebankan,” saran pengguna lain pula.

Sementara itu, jelas seorang pengguna yang difahamkan ahli keluarga kepada individu dalam foto terbabit, @Sharizanis, ibunya ketika itu berhenti di bahu jalan untuk menunaikan solat Subuh.“Itu solat Subuh. Siapa ajar jamak Subuh tu meh nak cubit sikit.“Mulut masing-masing ya Allah takut Kadang-kadang anda perlu cuba untuk faham situasi terlebih dahulu dan positifkan diri.“Bersangka baik daripada cakap benda tak elok tak sopan. Gambar ini ayah saya yang rakamkan,” jelasnya.

Sumber : Gempak  via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post