Permintaan Seorang Pengasuh. Saya perkenalkan diri sebagai N. Saya mula bekerja sebagai pengasuh ketika umur saya awal 20-an.
ARTIKEL MENARIK:Lepas lebih setahun Acap hilang akhirnya abang Acap update perkembangan terkini Acap. Mengejutkan, akhirnya ini yang abang Acap jumpa.
Saya dah berjumpa dengan ramai budak dan ibu bapa. Mereka ada pelbagai ragam dan kadang kadang boleh buat kita panas hati juga. Atas alasan mereka bayar perkhidmatan kita so mereka rasa mereka bebas nak perlakukan kita sesuka hati mereka.
Kami pengasuh tak minta banyak sebab kami tahu kerja kami bagaimana. Tapi ibu bapa tolong ada empati. Saya tahu tak semua parent tu teruk sebab saya juga dah jumpa ramai parent yang baik dan langsung tak berkira. Bila anda plan nak hantar anak untuk dijaga oleh pengasuh atau taska, tolong ambil manfaat apa yang saya tulis ini.
1. Jika sesudah cuti bersalin anda akan bekerja, latih baby minum susu dengan menggunakan botol seawal yang boleh. Bukan besok nak hantar ke taska, hari ni baru ajar anak. Tak boleh. Kerana nanti anak anda akan meraung macam kena dra sebab dia tak biasa dengan puting tiruan. Tolong ya. Ini penting. Baby akan meragam sepanjang masa sebab lapar dan tak pandai menyusu dengan flow puting tiruan. Pilihlah puting yang sesuai untuk bayi anda.
2. Untuk bayi lagi, jangan biasakan baby anda tidur dengan keadaan sekian sekian. Sebagai contoh, “anak saya kalau nak tidur kena dodoi sambil dukung ke sana ke mari.” Atau, “anak saya suka tidur berkepit dengan saya, baru dia tidur lama.” Hello, tolong ye. Tak boleh. Di taska tiada pengasuh yang boleh buat macam tu. Kami ada banyak lagi tugas lain dan bukan nak jaga anak awak seorang. Pengasuh persendirian pun tak sanggup nak jaga baby yang high demand. Trust me.
Jangan amalkan suka dukung dan pangku anak setiap masa sebab bila dihantar kepada pengasuh, anak anda akan nak dilayan sebegitu. Kena biasakan juga mereka di tilam sahaja supaya mereka biasa dan takkan melalak jika ditinggalkan sekejap.
3. Anak yang berumur 1 tahun ke atas, tolonglah mandikan sebelum hantar kepada jagaan pengasuh setiap pagi. Sekurang kurangnya kau mak-mak tolonglah salin diaper anak kau. Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh. Nak bawa keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu. Sesekali mungkin boleh diterima, kalau setiap hari tolong ubah sikap ini. Jangan jadi mak yang malas.
4. Ambil anak tepat pada waktunya jika tidak mahu dicas overtime. Masalah ni kalau di taska mungkin bukan masalah besar sebab pihak taska memang akan cas dalam yuran. Tapi bila melibatkan pengasuh persendirian kebanyakan parent kedekut betul nak bayar ot kepada pengasuh. Dan pengasuh pula tak sampai hati nak cas lebih. Anak kau dah seharian tinggal dengan pengasuh, ambillah di waktu yang tepat.
Disebabkan saya sekarang cuba mengasuh secara persendirian, saya kerap hadap masalah ini. Siap call dulu kita untuk cakap ambil anak lewat sebab nak balik rumah dulu untuk masak makan malam atau kemas rumah. Hello, pengasuh bukannya orang gaji anda ya. Cukup masa mereka bekerja, sila ambil anak anda. Kalau nak tunggu sampai anda siap masak untuk makan malam, agaknya sampai pukul berapa anak anda di rumah pengasuh?
5. Jangan minta pengasuh jaga anak di hujung minggu. Ini kerap terjadi kepada mana mana pengasuh. Alasan nak keluar beli barang dengan suami taknak bawa anak. Macam mana pengasuh nak tolak kalau dah ada depan rumah. Pengasuh pun nak berehat di hujung minggu. Nak habiskan masa dengan keluarga. Bagi mereka rest dari jaga anak anda. Mereka pun ada urusan mereka di hari cuti.
Melainkan ada hal kecemasan dan ini melibatkan budi bicara pengasuh. Kalau mereka menolak, ibu bapa tidak boleh memaksa. Saya pernah diminta menjaga seorang anak ini kerana ibunya mahu pergi ke salon untuk rebonding rambut. Dan ada juga sengaja tinggalkan salah seorang anak sebab nak bawa yang seorang lagi berjalan. Kenapa ya? Kenapa pilih pilih anak macam tu? Sepanjang minggu dah mereka bersama pengasuh, hujung minggu spendlah masa berkualiti bersama sama.
6. Untuk ibu yang kerja shift, carilah pengasuh yang mampu ikut jadual shift anda. Jangan pandai awal awal sebelum hantar berjanji akan ikut waktu pejabat tapi bila dah hantar tiba tiba ikut shift anda. Kebanyakan pengasuh tidak mahu menjaga anak yang ibunya bekerja shift lebih lebih lagi melibatkan waktu malam. Jadi, carilah pengasuh yang sesuai supaya tidak ada masalah di kemudian hari.
7. Suami anda kena supportive. Kalau anda ada hal urgent, mintalah suami ambil anak di taska atau di rumah pengasuh. Ramai yang saya jumpa, bapa bapa tak involve bab hantar dan ambil anak. Semuanya serah bulat bulat pada si ibu. Sebagai bapa, tugas menjaga anak bukan terletak di tangan seorang ibu semata mata. Isteri ada hal, andalah yang datang ambil anak. Bukannya anda berehat di rumah.
8. Jangan berkira dengan pengasuh. Jika anda tak berkira dengan pengasuh, mereka juga tak akan berkira dengan anda. Tapi kalau anda pun terlalu cerewet itu ini dengan hal yg remeh temeh, pengasuh pun jadi tak seronok nak jaga anak anda. 9. Jika dalam persetujuan anda dan pengasuh untuk jaga seorang anak, maka hantarlah seorang. Jangan pula tiba tiba tumpangkan si kakaklah, tumpangkan si abanglah. Jangan. Kalau nak hantar dua orang, deal untuk dua orang. Bayarlah untuk dua orang. Pengasuh mencari rezeki dengan mengasuh anak anda bukannya volunteer jaga anak anda percuma.
10. Jika pengasuh bermasalah seawal minggu pertama mereka menjaga anak anda, cepat cepatlah tukar kepada pengasuh yang lain. Jangan ada sikap bersangka baik tak kena tempat. Pastikan anak anda serasi dengan pengasuh. Kunjungi mereka sebelum membuat keputusan untuk tinggalkan anak anda dalam jagaan mereka. Lihat persekitaran dan suasana dalam rumah mereka supaya tidak timbul isu di lain hari. Ini paling penting untuk anda sebagai ibu bapa.
Setakat ni sahajalah untuk panduan kita bersama. Semoga kita masing masing akan mendapat manfaat. Maaf andai ada kesilapan dalam menulis, sila buat teguran supaya saya juga dapat ambil pelajaran. Pastikan anda memilih pengasuh yang berdaftar. Pengasuh persendirian juga perlu berdaftar. Ini penting. Sekian terima kasih.Reaksi warganet
Nur Fazliyatun – I ada anak. Dan i bukan pengasuh pon. Cukuplah mengasuh anak anak sendiri je. Kalau anak orang memang tak lah sebab sejenis yang ‘kureng’ sikit dengan budak. Please ya ibubapa, Apa yang confessor cakap semua betul. Jangan ambil kesempatan. Pengasuh tu satu pekerjaan bukan sukarela.
Hana Nur – Pengasuh ni kerja yang sangat berat, tanggungjawab sangat berat. Tapi upah standard terlalu murah bagi aku. So memang sesuai la syarat syarat yang dinyatakan tersebut. Murah sangat harga pengasuh kat malaysia ni. Syukurla kalau dapat pengasuh yang tak mengasari tu. Penat weh ngasuh budak.
Kalau tak caye cuba jaga anak orang sehari je. Tak sempat ko nak jaga rumahtangga sendiri sebab sibuk jaga anak orang. So syarat syarat dalam list ni memang tak terlalu berat. Lagi satu jadi pengasuh janganla lembut hati sangat nak tolong jagakan anak orang time weekend. Upah kena lebihla kalau weekend kena kerja.
Mlm Shahrieza Hanim – Semua point betol. Tapi satu jee. Balik kerje amik anak 6pm berak anak tak basuh. Sedangkan orang taska tu dok pegang pegang anak. Takkan tak bau kot??? Sekali dua as parent boleh terima. Tapi kalau setiap hari gitu. Hmm letih. Semua requirement yang pihak taska/pengasuh beritahu mandi kan sebelum hantar dan lainlain we as a parent semua follow. Tak ada bantah. Sebab kite faham. Tapi takkan bende bende budak tu berak tanak basuh nak biar kan parents basuh lepas balik keeje ke??? *pengalaman hantar anak ke taska*
Farah Anne – Ingatlah pengasuh pun manusia juga, jangan ingat kita je nak ‘me time’ pengasuh dah jaga anak korang Isnin sampai Jumaat janganlah tiba tiba hantar anak hari weekend. Kita sendiri pun penat nak hadap kerenah anak anak sendiri yang hari hari membesar macam macam benda nak explore. Penyayang macam mana pun pengasuh anak kita tu jangan lah diambil kesempatan dia pun ada keluarga juga.
Adra Dila – Ni saya setuju. Saya hantar anak kat jiran memang deal macam tt ni buat. Anak saya hantar dari lepas habis pantang memang selalu mandikan dulu. Kalau tak sempat mesti tukar pampers dia. Kalau saya cuti hari biasa tak hantar pun. Hujung minggu memang tak kacau langsung. Walau banyak hari tak hantar memang bayar full. Makanan, baby equipment memang saya hantar terus semua walaupun sabun basuh pinggan. Sebab kita sayang anakk kitaaaa hiuhiu
Mirza Umairah – Alhamdulillah setakat ni pernah hantar ke 4 orang pengasuh. Yang sekarang ni memang ngam terus dengan anak dan maknya skali. Orang felda, memang tak berkira langsung. Pernah masak @ belikan makanan terus untuk anak tapi pengasuh cakap tak perlu sebab dia memang masak untuk anak. Pernah juga bayar lebih sebab ada masa memang kerja menimbun terpaksa kerap balik lambat @ hantar hujung minggu, dimarahkan kita ni sebab bayar lebih.
Sangat cekap jaga anak saya sebab kalau kat rumah anak saya memang reti tido dengan saya je. Saya memang sediakan buai kat rumah pengasuh dan anak memang senang tido dengan pengasuh. Kalau belikan snek biskut biskut untuk anak pun dia tak bagi katanya dah banyak kat rumah dia.
Sudahnya, hubungan kami memang rapat betul. Kalau gi amik anak komfirm borak dulu dalam setengah jam. Tak pernah lagi saya bayar separuh walaupun sebulan pernah hantar anak seminggu je. Anak saya pun nampak sayang kat pengasuh dia asal nak balik je dipeluk peluk diciumcium pengasuh tu.
Intan Abadi – Saya pun pernah hantar anak anak ke pengasuh. Yang duduk rumah orang memang tak mandi pagi. Tapi pampers dah tukar. Sebab kalau tak hantar ke orang pun, bangun pagi mesti terus salin. Bila dah besar sikit (toddler) ada yang ke taska. Yang ni memang saya mandikan pagi pagi. Anak happy, pengasuh pun happy (sebab at least kurang satu budak kena mandikan kot… hehe). Hari cuti memangla tak hantar. Masa kat tempat kerja pun tak sabar oi nak balik jumpa anak, inikan pulak hari cuti nak gi hantar… huhu.
Hani Iera – Betoi sangat apa yang dikata. Ada kawan jadi pengasuh, dapat parent yang “terlalu rajin”. Macam mana budak tu balik, macam tu laa esok pagi pergi rumah pengasuh. Pakaian yang sama, diapers yang sama tak bertukar walaupun ada air kencing.
Selalu jadi balik keja terus balik rumah rehat tidur dulu. Dah lewat baru ambik anak anak dari pengasuh. Dia ingat dia sorang jaa yang letih keja kat ofis. Pengasuh lagi berganda letihnya jaga anak2nya yang bernyawa tuu. Bayaran lebih masa kedekut nak bagi. Pakaian anak anak semua pengasuh cuci bukan setakat jaga anak2nya jaa. Jenis tak reti bersyukur.
Ada jugak parent yang sanggup tinggal anak kat pengasuh bila nak balik bermalam di kampung alasan pemergian saudara. Susah katanya bawak anak. Pelik sungguh perangai… Orang lain ada anak, kita pun nak anak. Tapi malaih. Tak cukup sorang tambah lagi anak. Tapi malaih tu tak berubah… Spesis apakah !?
Sumber – N (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Mengejutkan Bila 4 Pg Wanita Ini Ketuk Rumah Pengasuh Untuk Hntar Ank Dia. Bila Ckp Dah Tak Nak Jga Selamba Je Dia Tinggalkan Anknya Depan Pgar Rmah Pastu Terus Pecut Lari.
Foto sekadar hiasan. Saya seorg pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pkul 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ni macamana penatnya.
Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudahpun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni. Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar.
Memekik macam saya berkira duit. Tp pkul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pkul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu.
Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan jahat nak suh budak tu dok luar.
Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh saya amik susu anak orang dan pampers anak orang. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot.
Tak kan saya nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak mcm ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.
Belum lagi kes yang amik anak pkul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur. Pastu hantar anak pagi buta pkul 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dengan pampers bocor.
Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana? Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni. Dengan anak-anak saya pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya da bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.
Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cederra kat luar tu macamana rasanya?
Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung. Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai. Anak saya pun saya tak sempat nak belai.
Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pkul. Dan tahu rasanya jika orang pkul anak kita tanpa sebab.
Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri.
Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat. Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.
Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu da untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.
Luahan pengasuh ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka. Marsha Amin Hamid –Kini saya fahm knpa ada je kes anak kena ckik mti oleh pengasuh.. Salmiza Che Mansor –rsnya lebih bagus sis buat wassap group..
dan apa2 info berkaitan anak asuhan @ ibu bapa masukkan dalam group.. mention nama parent yang x bagi susu n pampers @ lambat ambik anak.. list kan jg nm2 orang yang lambat bayar upah bulanan.. lekatkan jadual pembayaran di depan pintu.. boleh tick siapa yang byr @ x bayar.. semoga allah murahkan rezeki kpd sis atas ihsan kpd anak2 yang terabai
Miza Sanusi –Ambil budak tu, bawa ke balai, bgtau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti Wasap cakap dh tanak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jgn la baik sgt, ni kadang tgk ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la.
Buat hitam putih semua kena bayar on time, kalau OT kena bayar, jangan ganggu sabtu ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada2, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang langgang..
Afiza Yahaya –Mak saya pun mengasuh budak jgk, macam2 ragam doq ada, ada jenih yang antar anak x reti bagi mandi walau jam dah tghari!! Ada yang antaq anak umur dah 5@6 tahun sedikit bekalan makan untuk anak pun x di sediakan, dah laa bayar gaji 250/budak kalau nak di kira mkn lg brapa pengasuh nak dpt!!
Faiza Sharmira –Kesiannya.. Sebab tu saya tak nak jadi pengasuh.. Rsiko tinggi.. Kak benti ja keje ni.. Stress tu bhya.. Jaga family sendiri dulu.. Buat bisnes lain.. Insayaaallah rezeki Allah luas.. Biar bgi pengajaran sikit Pd mak bapak yang x hargai anak lgsung tu.. Macam2 ragammm doq ada!! Tp ada yang bagus memang bagus bab makan anak selalu di bekalkan kdg anak x mkn pun, segelintir laa mak pak jenih cemehhh tu memang akan buat halai balai jaaa.
Dayangsitihasmah –Buat group BS dengan mak bapa yang hantar anak. Sebelum nak buat group tu. Sis buat karangan siap2. Siapa xbawa perpers n susu anak akan di denda 1 pempers rm2. Makin besar saiz pempers makin besar lain harga dia. Xbawa susu anak akan di denda juga.
Bayar lambat saya akan bagi denda 1 hari rm5 mak bapa kira lah ye berapa kali lambat bayar. Saya nak mak bapa xbawa susu pempers anak tu. Bayar pada hari itu juga. Jika tak bayar pada hari itu juga. Sila ambil anak anda di balai.
Misal ye. Tak ada perubahan kepada mak bapa ni.. Jika sis tahu mane mak bapa budak ni kerja. Ni hati kena keras. Hantar ke tpt krj dia. Kepada mak bapa yang buat2 lupa anak ni. Jangan lupa nye. Saya caj duit makan malam rm20 1 kepala. Saya akan up muka2 mak bapa ni dekat fb nanti. Biar kena tular.
Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans via apampink
Post a Comment