Terima RM50 kredit melalui 3 aplikasi ini. Berikut cara anda untuk memohon dan tarikh akhir untuk peroleh kredit tersebut

Terima RM50 kredit melalui 3 aplikasi ini. Berikut cara anda untuk memohon dan tarikh akhir untuk peroleh kredit tersebut

MULAI hari ini orang ramai akan menerima RM50 kredit e-Penjana melalui aplikasi e-dompet Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga e-dompet itu, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Terima RM50 kredit melalui 3 aplikasi ini. Berikut cara anda untuk memohon dan tarikh akhir untuk peroleh kredit tersebut
Tempoh memohon RM50 kredit itu adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaannya adalah pada 30 September 2020.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program RM750 juta kredit e-Penjana itu adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

ARTIKEL MENARIK:BMF cadang tukar logo Halal Malaysia kepada tiga warna. Ini antara punca dan sebab isu ini dibicarakan sehingga meraih perhatian warganet


“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera.”Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.”Setiap pemohon yang layak boleh menebus RM50 kredit e-Penjana daripada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.

“Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pemohon disaran memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga e-Penjana yang lancar di premis mereka.”Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan e-Penjana, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.”Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih,” katanya-mymetro. Artikel berkaitan:
Loading...
loading...


Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar

Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”

Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.

Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.

“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.

“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post