BMF cadang tukar logo Halal Malaysia kepada tiga warna. Ini antara punca dan sebab isu ini dibicarakan sehingga meraih perhatian warganet

BMF cadang tukar logo Halal Malaysia kepada tiga warna. Ini antara punca dan sebab isu ini dibicarakan sehingga meraih perhatian warganet

Sebuah kempen sedang dijalankan menerusi kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang mahu supaya kerajaan terutama agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menukar logo Halal kepada tiga jenis warna iaitu hijau, jingga dan ungu.

BMF cadang tukar logo Halal Malaysia kepada tiga warna. Ini antara punca dan sebab isu ini dibicarakan sehingga meraih perhatian warganet

Menerusi kempen tersebut, warna hijau dicadangkan untuk perusahaan yang dimiliki 100 peratus oleh Muslim, jingga untuk perusahaan milikan bersama Muslim dan bukan Muslim, sementara ungu untuk perusahaan milikan penuh bukan Muslim.

ARTIKEL MENARIK:Vaksin Covid19. Malaysia berkemungkinan memperoleh akses vaksin Covid19 dari China sekiranya KKM memastikan sesuatu ini




Memetik kenyataan BMF Media TV di Facebook, kempen tersebut dibuat atas faktor-faktor berikut:“Kita tidak mahu orang Islam keliru akan produk muslim itu sendiri. Sebab sekarang ini sangat ramai TAIKUN bukan islam menggunakan LOGO HALAL bagi mengelirukan pengguna muslim itu sendiri.“Terbaru salah satu Payment gateway yang menggunkan nama Muslim semata-mata untuk menarik peniaga online menggunakan Payment Gateway mereka. Kami akan dedakan perkara ini dalam masa terdekat,” tulis kenyataan tersebut.


Loading...
loading...





Kempen mahu menukar logo halal sedia ada ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong kempen ini dengan mencadangkan penambahbaikan terhadap logo halal yang diuar-uarkan dan ada juga yang mempersoalkan keperluannya sedangkan logo Halal kini adalah logo yang diiktiraf di seluruh dunia.“Hakikatnya, persijilan halal adalah perakuan ke atas satu-satu produk dan bukannya ke atas perusahaan yang mengeluarkan produk itu.

“Justeru, menggunakan tiga warna untuk mengkategorikan latar belakang perusahaan adalah tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Sinchew Daily. Beliau berharap kerajaan dapat mengambil berat dan menyekat kempen mengkategorikan lambang halal itu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Tambahnya, lambang dan warna lambang halal sedia ada telah diterima dan diperakui orang tidak kira di dalam atau luar negara dan tidak perlu menokok tambah sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan. Apa pandangan anda terhadap kempen ini? Adakah wajar dikategorikan kepada tiga warna?

Sumber:odisi

Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut: Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dil4rang oleh  Hukum Syarak memakannya atau yang tidak dismbelih mengikut Hukum Syarak; Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihvkum sebagai naj1s mengikut Hukum Syarak;

Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda naj1s mengikut Hukum Syarak; dan Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.-berita awani

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post