Kluster kayangan warga asing lagi demand berbanding tempatan. Ini ragam warga asing yang raih perhatian masyarakat

Kluster kayangan warga asing lagi demand berbanding tempatan. Ini ragam warga asing yang raih perhatian masyarakat

Sebelum ini, tular di media sosial apabila segelintir rakyat tempatan yang harus dikuarantinkan bersikap seakan ‘diva‘. Ada sahaja tidak kena sehinggakan mereka mendapat gelaran ‘kluster kayangan’.

Kluster kayangan warga asing lagi demand berbanding tempatan. Ini ragam warga asing yang raih perhatian masyarakat
Kali ini, muncul pula ‘episod 2’ kelompok tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing pula.

ARTIKEL MENARIK:Ekoran kluster Sivagangga aktif di 3 negeri. Dr Noor Hisham bongkarkan punca utama kluster ini dinamakan sebagai Kluster Sivagangga dan harap semua ambil ambil perhatian


Tak faham arahan dan timbulkan suasana tegang ketika mendaftar

Memetik laporan Harian Metro, seorang petugas barisan hadapan menyifatkan bahawa ‘kluster kayangan’ kali ini lebih degil sehingga menyusahkan frontliners untuk menguruskan mereka. Menurut frontliner berkenaan, suasana sewaktu pendaftaran menjadi tegang apabila mereka tidak memahami arahan yang diberikan terutamanya mengenai kuarantin selama 14 hari.

Demand hotel lebih mewah tapi menculas pula bila bab bayar

Tidak cukup dengan itu, sesetengah daripada mereka bertindak meninggikan suara dan berdegil enggan mematuhi tempoh kuarantin wajib berkenaan. Masalah kewangan dijadikan sebagai alasan untuk tidak membayar caj hotel sehingga menyebabkan mereka dihantar ke pusat kuarantin lain. Selain itu, terdapat segelintir daripada mereka seolah tidak bersyukur dan ingin berpindah ke hotel yang lebih mewah.

Tetap layan dengan penuh profesional selagi tak bercanggah SOP

Meskipun begitu, pihak berkuasa dan pengurusan hotel tetap melayan kerenah warga ‘kluster kayangan’ ini dengan profesional. Segala permintaan oleh golongan ini akan ditunaikan selagi tidak bercanggah dengan standard of procedure (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: FB Harian Metro

Kluster kayangan – episod kedua

ANTARA warga asing dan rakyat tempatan yang disambut petugas barisan hadapan sebaik tiba dari KLIA. “GOLONGAN kluster kayangan belum pupus. Namun kali ini majoritinya adalah dalam kalangan warga asing yang diarah menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di hotel,” kata seorang petugas frontliner (barisan hadapan) yang menyeliakan pusat kuarantin di sebuah hotel di ibu kota.

Mendedahkan perkara itu, dia yang turut berpengalaman mengendalikan pusat kuarantin sejak Februari lalu mendakwa ramai petugas barisan hadapan terpaksa melayan pelbagai kerenah individu yang diarahkan menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air. “Berbanding sebelum ini, kluster kayangan kerap dikaitkan dengan warga tempatan namun kini keadaannya berbeza apabila golongan banyak ragam ini membabitkan warga asing.


Loading...
loading...


“Ramai individu dalam pemerhatian (PUS) warga asing ini tidak faham arahan mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebaik mereka masuk ke Malaysia. Ini menyebabkan berlaku suasana tegang ketika proses pendaftaran PUS di hotel. “Ada antara mereka meninggikan suara dan ada pula yang tidak mahu dikuarantin. Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami,” katanya,

Menurutnya, ada juga golongan kluster kayangan ini memberi alasan tidak mempunyai wang mencukupi untuk tinggal di hotel walaupun ada antara mereka daripada golongan berada. “Mereka tidak mahu membayar caj hotel ditetapkan. Oleh itu ada antara mereka terpaksa dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) yang dijadikan pusat kuarantin.

“Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahkan ke hotel lain dengan alasan tidak selesa atau mahukan hotel lebih mewah,” katanya. Bagaimanapun, menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Rela, pihak pengurusan hotel dan ILA yang menguruskan PUS ini bersikap profesional dalam menangani kerenah PUS ini.

“Kami cuba bertoleransi dan memenuhi segala kemahuan mereka asalkan ia tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) serta arahan ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 terutama membabitkan kes import,” katanya. Media sebelum ini pernah melaporkan tindak-tanduk kluster kayangan yang bertindak angkuh dan membuat pelbagai permintaan tidak munasabah termasuk meminta ditukarkan bilik hotel di Putrajaya kepada bilik mempunyai pemandangan lebih cantik. Malah di Sarawak, seorang lelaki yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel di Kuching, Sarawak mencetuskan panik apabila membakar botol cecair pembasmi kuman.-mymetro

‘Kami bukan kluster kayangan’

SHAHIDA (empat dari kiri) bersama suami dan anak mereka. KUALA LUMPUR: “Kami bukan kluster kayangan yang banyak duit pergi melancong seperti yang di sangka kebanyakan orang. “Suami saya kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan, kalau ada duit pun kami perlu simpan menyambung hidup untuk tempoh sebulan dua di Malaysia kerana tak tahu bila suami akan dapat pekerjaan baharu,” kata Shahida Kamarul Baharen, 44.

Shahida antara 200 rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi dan masih menantikan tarikh penerbangan khas untuk pulang ke tanah air selepas suaminya kehilangan kerja susulan penularan Covid-19 yang melanda negara timur tengah itu. Menurut Shahida, banyak syarikat di negara itu membuang pekerja termasuk tempat suaminya bekerja kerana mengalami masalah teruk dari segi pemasaran.

“Suami antara yang terkesan dan bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai pemeriksa peralatan kilang dan jentera pada penghujung bulan depan. “Kami perlu berjimat cermat untuk keperluan penting saja kerana mengharapkan suami menanggung sara hidup termasuk lapan anak berusia antara tiga hingga 21 tahun yang masih belajar,” katanya.

Katanya, mereka menghadapi masalah kos sara hidup tinggi di Arab Saudi. “Kerajaan Arab Saudi mengenakan cukai dikenali sebagai yuran defendan iaitu setiap ahli keluarga dikenakan bayaran bulanan 400 Riyal ( RM454.58) selain pelaksanaan sistem cukai nilai tambah (VAT) 15 peratus.

“Sudah tentu ini semua membebankan kami apatah lagi terpaksa menanggung tiket pesawat yang mahal akibat Covid-19. “Bayangkan anggaran untuk kami 10 beranak saja untuk situasi biasa menelan belanja hampir RM50,000 untuk semua perbelanjaan termasuk sara hidup, pengangkutan udara dan darat,” katanya.

Suri rumah itu berkata, mereka merujuk masalah dialami kepada Kedutaan Malaysia dan masih menanti tarikh penerbangan khas pulang ke Malaysia.”Kami bukan saja berdepan bebanan kewangan sara hidup tinggi dan kos cukai dikenakan kerajaan Arab Saudi, tetapi di Malaysia kelak,” katanya.-mymetro

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post