Khuatir kluster Sivagangga makin meningkat saban hari. Pengarah JAIS mengarahkan penduduk untuk tidak melakukan sesuatu ini demi keselamatan orang ramai

Khuatir kluster Sivagangga makin meningkat saban hari. Pengarah JAIS mengarahkan penduduk untuk tidak melakukan sesuatu ini demi keselamatan orang ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah.

Khuatir kluster Sivagangga makin meningkat saban hari. Pengarah JAIS mengarahkan penduduk untuk tidak melakukan sesuatu ini demi keselamatan orang ramai
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

ARTIKEL MENARIK:Muncul pula virus baru. Terkini virus bawaan kutu sedang menular di satu negara ini. Rakyat Malaysia digesa peka dengan situasi yang pernah menimpa di tiga negara tersebut


“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Terus Tutup Serta Merta. JAIS Dedahkan Ada Jemaah Covid19 Kluster Sivagangga

Kes Kluster PUI Sivagangga ternyata membawa bahana bukan saja di negeri Kedah, namun kini katanya sudah merebak ke Shah Alam, Selangor pula.Melalui perkongsian Facebook Media Selangor, surat rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dikeluarkan terhadap Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam yang meminta surau tersebut ditutup serta merta berikutan ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID 19. 

Kontak rapat itu katanya mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang sedang merebak pantas di beberapa mukim di Kedah. Turut diarahkan tutup juga adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 3 petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di solat berkenaan.

Dia juga menambah jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS, lapor Astro AWANI.“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi. Aduhai… inilah mimpi buruk yang ditakuti ramai ni! Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini. -lobamerah
Loading...
loading...


Tular Pula Mesej Pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah. Ini Penjelasan Dari Polis Berhubungkait Dengan Kes Tersebut

KEPALA BATAS – Polis mengesahkan mesej yang tular melalui aplikasi Whatsapp bahawa seorang pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah di Jalan Chain Ferry, Butterworth positif wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mesej beserta klip audio dan gambar restoran itu didapati disebarkan sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pelanggan. Menurutnya, kewujudan mesej tersebut disedari pengarah restoran nasi kandar tersebut pada jam 4 petang, semalam.

“Pengarah restoran tersebut menerima mesej di dalam bahasa Tamil itu daripada kawannya menerusi Whatsapp mendkwa salah seorang pekerjanya dijangkiti Covid-19. Mesej itu memaparkan gambar salah satu cawangan premis iaitu di Jalan Chain Ferry

“Akibat daripada itu, semua pelanggan telah tinggalkan premis tersebut selain meminta orang ramai tidak mengunjungi restoran berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati, kandungan mesej tersebut tidak benar.

“Hasil rakaman percakapan pengarah berusia 32 tahun itu, dia mengesahkan semua kandungan mesej itu tidak benar. Dia juga mendkwa menerima mesej itu daripada salah seorang rakan yang bertanya kepadanya tentang kesahihan mesej tersebut.

“Sementara itu, rakan pengarah itu juga mengakui menerima mesej itu dari rakannya yang lain. Bagaimanapun, usaha untuk mengesan sumber yang menyebarkan mesej palsu itu belum berjaya,” katanya.Beliau berkata, pengarah tersebut mendkwa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang pelanggan telah mengambil gambar dalam restoran tersebut pada jam 7.50 pagi, semalam.

“Bagaimanapun, kualiti rakaman CCTV itu kabur dan tidak jelas yang menampakkan perbuatan lelaki tersebut. Semakan pada buku pengesanan kontak juga tidak berhasil kerana dia gagal dihubungi.”Kita sedang berusaha mengesan individu tersebut yang dikatakan merakam dan menyebarkan mesej yang tidak sahih ini,” katanya.-sinarharian

Satu Kluster Ini Dikenalpasti Paling Cepat Merebak. Dr Noor Hisham Dedah Punca Kluster Ini Pantas Berbanding 9 Kluster Yang Lain

KLUSTER Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah dan Kluster Ulu Tiram kini menjadi kumpulan sasar bagi pendekatan tertumpu jangkitan Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster Ulu Tiram yang dikesan daripada sebuah gereja roman Katolik, saringan bukan sahaja dilakukan di Johor, malah di negeri-negeri lain.

Bagi Kluster PUI Sivagangga, beliau berkata, saringan lebih tertumpu kepada mereka yang berkunjung ke kawasan berkenaan.”Sekarang ini saringan dibuat kepada mereka yang terdedah kepada kedai makan tersebut, kes-kes positif atau berada dalam lingkungan satu kilometer dari kedai tersebut.

“Tapi kalau ada mereka yang disyaki terdedah kepada kes tersebut, kita akan melaksanakan saringan.”Apa yang kita lihat pada Kluster Sivagangga, kluster ini merebak dengan begitu cepat sekali, berbanding dengan sembilan kluster di negeri-negeri lain termasuk Sarawak,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kluster PUI Sivagangga dimasukkan dalam kumpulan sasar bagi jangkitan Covid-19.Dr Noor Hisham berkata, kajian sedang dijalankan sama ada negara sedang menghadapi satu kluster ‘super spreader’.

“Kementerian dimaklumkan (virus) super spreader dari Mesir dan Pakistan. Besar kemungkinan… ini mungkin satu kluster super spreader. Tetapi kita kena laksanakan ujian dengan teliti, kita akan kultur viru tersebut di makmal, dan melihat virus yang dijangkiti di Kluster Sivagangga,” katanya.Setakat Khamis, sebanyak enam kes positif baharu dilaporkan dalam Kluster Sivagangga, menjadikan jumlah terkini 30 kes.

Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang ingkar arahan kuarantin di rumah menyebabkan 7,000 penduduk di empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) mulai 3 Ogos hingga 30 Ogos depan.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

15 kes baharu Covid-19, termasuk 6 jangkitan kedai nasi kandar

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,038 kes setakat Khamis.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 200 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, lima kesadalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tiga warganegara Malaysiadan dua bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham, daripada 10 kes penularan di dalam negara juga, lapan kes dalam kalangan warganegara dan dua bukan warganegara.”Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.”Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kes yang telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,713 kes.”Sehingga kini, terdapat dua kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Mengenai Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan enam kes baharu positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah terkini sebanyak 30 kes.-mstar

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post