Khasiat Telur Rebus Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Telur Rebus Yang Ramai Tak Tahu

Kebaikan telur setengah masak memang kita akui dapat mengekalkan energi sepanjang hari. Tetapi tahukah anda telur rebus juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Khasiat Telur Rebus Yang Ramai Tak Tahu
Ramai yang menolak untuk makan telur rebus kerana rasanya tidak sesedap telur goreng atau setengah masak. Namun tahukah anda, telur rebus lebih baik untuk kerana mengandungi sekitar 70 kalori, lebih dari 6 gm protein berkualiti tinggi, mengandungi lemak tak tepu dan sejumlah besar vitamin D.

ARTIKEL MENARIK:Khasiat Durian Belanda Yang Wajib Anda Tahu


1. Menjaga Kesihatan Mata

Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’. ‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.

2.  Kuku Sihat & Kuat

Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, anti oksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.


Loading...
loading...


3. Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

4. Turunkan Berat Badan

Masih ramai yang tidak tahu telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.

5. Baik Untuk Tulang

Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah. Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.

6. Elok Untuk Darah

Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.

7. Cegah Risiko Kanser Payudara

Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.

Selepas ini, sesiapa yang nak kuruskan badan melalui diet boleh cuba amalkan makan telur rebus sebagai pengganti nasi. Confirm boleh dapat berat badan ideal.

Sumber: Hijabista via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post