Bukan kemain lagi Perdana Menteri kita. PM santai sahaja makan di sebuah restoran. Lebih mengejutkan PM bertindak untuk berikan sesuatu kepada mereka

Bukan kemain lagi Perdana Menteri kita. PM santai sahaja makan di sebuah restoran. Lebih mengejutkan PM bertindak untuk berikan sesuatu kepada mereka

Seorang pemain alat muzik akordion berkongsi rasa teruja apabila mendapat peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah restoran di Kuala Lumpur petang semalam.

Bukan kemain lagi Perdana Menteri kita. PM santai sahaja makan di sebuah restoran. Lebih mengejutkan PM bertindak untuk berikan sesuatu kepada mereka
Menerusi laman Facebook, Othaman Jasin memuat naik video memaparkan dirinya sedang membuat persembahan muzik dan nyanyian lagu lama bersama beberapa rakan untuk Ahli Parlimen Pagoh itu.

ARTIKEL MENARIK:Ambil ujian COVID19. Vivy Yusof dedahkan keputusan ujian dia dan suami malahan bapanya juga beri satu pesanan khas buat Vivy


Alhamdulillah dapat bersama2 PM

Rakaman video berdurasi dua minit 24 saat itu kelihatan Muhyiddin duduk santai di meja makan, sambil melayani serta menghargai pemuzik tersebut sehingga selesai persembahan sebelum memberi tepukan.Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan serta kenalan Othaman memuji persembahan tersebut apatah lagi sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Perdana Menteri.


PM siap bagi duit!


Sumber:Othaman Jasin

Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar

Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”

Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.

Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.

“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.

“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar


Loading...
loading...


Golongan B40 Terima Kesan Besar Akibat COVID19. Dr Muhammed Dedahkan Bantuan RMT Untuk Pelajar Serta Sesuatu Yang Dialami Oleh Golongan B40


KUALA LUMPUR – Golongan bawahan dan berpendapatan rendah di negara ini seperti peniaga kecil, pelajar dan graduan akan menerima kesan ekonomi susulan pandemik koronavirus (Covid-19). Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, berdasarkan data bermula Februari sehingga Jun, jumlah peratusan tidak bekerja meningkat dan kadar penganggurn dicatatkan sebanyak 4.9 peratus.

“Daripada angka ini, ia merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Kumpulan terkesan yang pertama ialah golongan bekerja sendiri dan berpendapatan rendah di mana terdapat 2.3 juta orang. Kedua ialah kanak-kanak daripada soal pendidikan dan nutrisi makanan dan ketiga ialah graduan yang baru keluar dan ingin mencari pekerjaan.

“Golongan ‘Mak Cik Kiah’ ini kalau dia tidak boleh buka kedai, dia akan hilang pendapatan dan modalnya tidak boleh digandakan. Tidak seperti mereka makan gaji, walaupun kehilangan pekerjaan, untuk tempoh enam bulan ada skim yang mampu membantu mereka,” katanya pada Live Facebook Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertajuk ‘Ekonomi Rakyat Pasca Covid-19’ di sini hari ini.

Muhammad berkata, isu nutrisi makanan dalam kanak-kanak terutama pelajar di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi antara krisis utama kepada negara pada masa sekarang. “Jika sebelum ini, setiap pagi pelajar-pelajar yang terpilih di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan mendapat makanan dan nutrisi yang mencukupi sebelum memulakan pembelajaran. Terdapat kira-kira 500,000 pelajar yang menerima manfaat ini.

“Selain itu soal pendidikan pula kalau kita lihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, 90 peratus pelajar di negeri-negeri miskin seperti Kelantan, Kedah dan Sabah tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pembelajaran. Isu pembelajaran ini kesannya panjang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 175,000 graduan yang menamatkan pengajian memasuki pasaran buruh. “Apabila ekonomi menguncup, peluang pekerjaan juga terjejas. Mereka ini akan tertekan kerana syarikat tidak melabur dan sediakan peluang pekerjaan,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, impak Covid-19 kepada ekonomi Malaysia lebih buruk berbanding krisis ekonomi 1998 dan 2008 apabila ramai golongan bawah tertekan dengan keadaan semasa.

“Sektor ekonomi negara tidak berkembang dengan baik dan menguncup. Kedua, ekonomi Malaysia sebanyak 40 peratus ialah daripada pelaburan luar. Jika negara luar tidak rancak, kita juga akan seperti mereka,” katanya. Ditanya adakah jurang kaya dengan miskin semakin melebar, Muhammad berkata, jurang berkenaan sudah melebar sejak 2016 hingga 2019 lagi dan apabila Covid-19 ini melanda ia akan semakin bertambah.

“Peratusan B40 akan semakin meningkat dan T20 akan kekal kerana tidak begitu terkesan sebagaimana golongan bawahan ini. “Kadar kemiskinan juga akan meningkat kerana peluang pekerjaan semakin kecil dan ditambah dengan jumlah mereka menganggur dan kehilangan pekerjaan. Ini perkara yang perlu diperhalusi dan dilihat sebaik mungkin oleh semua pihak terutama kerajaan,” katanya.-sinarharian


Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Apa itu golongan isi rumah B40, M40 dan T20? Pada pembentangan Bajet 2020 yang lepas, golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) merupakan antara penerima manfaat paling besar belanjawan negara kali ini berbanding golongan pendapatan pertengahan dan tinggi. Jadi apakah maksud B40 M40 dan T20?

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara. Menurut statistik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA), Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017 (kajian dibuat 2 kali setiap lima tahun), dianggarkan terdapat lebih 6.9 juta isi rumah di bawah kategori B40 dan M40 serta T20 pada tahun 2016 dengan purata saiz isi rumah seramai 4.1 orang.

Apakah Maksud B40 M40 Dan T20 (Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan)

Takrif atau kelas pendapatan isi rumah boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah, daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (B40), Isi rumah yang memperolehi pendapatan 41 peratus kepada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (M40), dan Isi rumah yang memperolehi pendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (T20).-ctto

via Era Kin


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post