Usahawan fesyen Datin Vivy Yusof bersyukur apabila dia dan suaminya dilaporkan neg4tif dalam keputusan ujian saringan COVI1D-19 yang diambil. Menerusi laman sosial Instagram (IG), Vivy berkongsi berita itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah untuk keputusan ujian saya hari ini. “Tetapi perlu sentiasa peka dah mengamalkan penjarakkan sosial. Selalu pakai pelitup muka dan stay safe semuanya,” tulis Vivy menerusi ruangan IG Storynya. Menerusi perkongsian itu lagi, Vivy turut berkongsi satu perbualan WhatsApp antara dia dan bapanya yang menasihati anaknya itu agar sentiasa mengamalkan penjarakkan fizikal.
ARTIKEL MENARIK:Orang Muar bagi petai percuma. Tetapi tindakan yang dilakukan oleh Syed Saddiq ini meraihh perhatian warganet apabila dia buat di sebaliknya
“Nasihat saya supaya lebih serius dengan penjarakkan sosial dan tidak perlu berpelukan dengan orang yang awak dah lama tak jumpa sebagai langkah bejaga-jaga kerana pandemik ini belum tamat. “Sentiasa berhati-hati dan peka. Awak dah dengarkan nasihat ni banyak kali dah daripada saya,” pesan bapanya lagi.
Sekadar info, Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 32, mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah,7, Mariam Iman Shah, 5 dan Sarah Ilham Shah, dua tahun. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online
Sumber : Gempak via AppleHijau
Vivy Yusof mohon maaf
AHLI perniagaan popular, Datin Vivy Yusof menafikan dkwaan dia mengh1na golongan B40 dan M40 yang layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin okeh kerajaan, baru-baru ini.
Vivy dalam kenyataan menerusi video semalam, mendkwa itu adalah ftnah yang dibuat secara terang-terangan kerana dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. “Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya kerana saya memang tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.
Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didkwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib yang akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi. “Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya.
Vivy turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggng dengan kenyataannya. Katanya, cemuhn dan ftnah yang diberikan terhadapnya amat melampau hingga memerlukan dia mempertahankan diri.
“Ketika kenyataan itu sudah di dalam Twitter, ia menjadi tak terkawal. Saya selalu berpesan kepada semua wanita untuk mempertahankan diri mereka. Sekarang adalah waktunya saya mempertahankan diri kerana saya tak pernah keluarkan kenyataan itu,” katanya.
Vivy berkata, dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan hingga ada pihak melancarkan petisyen meminta dia meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Jika saya memandang rendah terhadap golongan ini, sudah tentu saya tidak akan ambil peduli atau mewujudkan tabung untuk mereka. Namun, saya bimbang dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesilapan datang daripada saya.
“Mungkin ada penggunaan ayat saya tidak tepat dan saya akan memperbaiki diri selepas ini. Saya juga akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,” katanya. Vivy berkata, dia berharap pengguna laman sosial akan lebih peka dan memastikan kesahihan fakta terlebih dulu.
“Timbul sedikit kecewa apabila warganet mempercayai tanpa memeriksa kesahihan fakta sebelum berkongsi dengan meluas dan mengulang ciap di Twitter. Tak pasal-pasal mereka mengutip dosa. “Saya pernah melakukan perkara sama apabila tidak memeriksa fakta sebelum berkongsi di laman sosial. Sejak itu, saya lebih berhati-hati,” katanya.-ccto
Kali Ini Produk Vivy Yusoff Macam Goreng Pisang Panas Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit Sahaja. Rupanya Isu Nak Boikot Hanyalah Borak Kosong.
Baru-baru ini hangat diperkatakan umum nama usahawan terkenal Vivy Yusof gara-gara isu sensitif yang tercetus antaranya dengan warganet berkaitan merendahkan golongan B40 dan juga M40. Kemudiannya, ikon fesyen bertudung ini turut terpalit dengan mengambil konsep tudung dari jenama orang lain. Justeru, ramai yang menyuarakan untuk meminggrkan atau tidak lagi membeli produk yang dihasilkan dari usahawan terbabit.
PRODUK TERBARU dUCk LAKU KERAS
Nampaknya, suara-suara tersebut hanya lah gimik semata-mata kerana dikhabarkan jenama dUCk laku keras dan berjaya terjual keseluruhan hanya dalam masa 30 minit sahaja. Difahamkan dUCk meraikan ulang tahun keenam
dengan melancarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan setia mereka sejak semalam. “The Birthday Collection is almost sold out! I thought I’d just be celebrating with Snowy, but you just made our birthday a whole lot better! Thank you dUCkies. There’s TWO more suprises today. Stay tuned for my next post.”
LAMAN WEB SAMPAI SESAK TERUK UNTUK PENGGUNA BUAT PEMBELIAN
Sehubungan dengan itu, ramai yang berlumba-lumba untuk dapatkan edisi terhad ini sebagai koleksi dan simpanan peribadi mereka. Menurut peminat dUCk, mereka mengadu yang laman Fashion Valet mengalami sesak teruk di saat ingin membuat pembelian.
Hal tersebut ada dikongsikan oleh Vivy sendiri menerusi laman Insta Story yang menunjukkan kebanyakan pelanggan yang gigih mendapatkan produk istimewanya. Dia juga dilihat sempat memohon maaf berikutan tidak dapat menambah atau pun restock produknya itu biarpun ramai peminat meminta berbuat demikian.
1SU PINGGIRKAN dUCk TAK MENGGAMBARKAN SITUASI SEBENAR
Melihat kepada situasi ini, dapat disimpulkan bahawa kuasa membeli serta permintaan di atas talian sangat lah tinggi. isu untuk tidak menyokong perniagaan Vivy Yusof pula nampaknya tidak memberi apa-apa kesan terhadap usahawan tersebut buat masa ini.
Apa pun dalam perniagaan memerlukan strategi permasaran yang bijak serta berkualiti seiring mencapai matlamat yang diinginkan oleh pengguna itu sendiri. Tahniah Vivy Yusof!
Bukan pemilik asal Fashionvalet. Akhirnya terbongkar identiti sebenar Vivy Yusof yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya dia bukan calang calang orang.
Siapa yang tidak kenal dengan Vivy Yusof. Seorang ikon dalam bisnes fesyen yang mempunyai empayar perniagaan sendiri. Untuk artikel ini, kita akan kenal latar belakang Vivy Yusof yang juga pemilik FashionValet. Kisah kejayaannya pernah dijadikan ‘case study‘ dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Latar Belakang Vivy Yusof
Namanya memang sedap disebut malah secantik wajah yang dimiliki. Vivy Sofinas Yusof, wanita berusia 30 tahun ini bertubuh kecil molek namun berjiwa sungguh besar. Dia memiliki suara ceria dan tutur kata yang lemah lembut dalam perwatakan serba riang.
Latar belakang Vivy Yusof memang mampu menjadi inspirasi ekpada ramai orang di luar sana. Anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka.
Sebelum menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Vivy mengambil keputusan untuk serentak melanjutkan pelajaran A-Levels di UK (United Kingdom). Oleh kerana pengambilan dalam bulan September, beliau tidak mahu membuang masa jadi terus ke sana dan tinggalkan kelas Tingkatan 5 di sini.
Pada bulan November, Vivy pulang ke tanah air untuk mengambil SPM dan terus terbang semula untuk mengambil peperiksaan A-Level. Pengalaman mengambil dua peperiksaan besar amat sukar dilupakan. Namun terus terang beliau mengakui tidak akan melakukannya lagi. Vivy tidak mencadangkan kepada sesiapapun untuk melakukannya kerana kesukaran yang akan ditanggung.
Bagaimanapun segala kesusahan itu terbalas dan Vivy amat lega apabila memperoleh A bagi semua mata pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE), Vivy rancak mengatur strategi perniagaan. Mula dikenali dengan FashionValet diikuti dengan label hijab Duck Scarves, Vivy terus mencipta nama melalui rancangan realitinya sendiri bertajuk “Love, Vivy”.
via Era Kini
Post a Comment