KUALA LUMPUR, 4 Julai — Jumlah kes positif COVID-19 sejak akhir-akhir ini jelas mengalami penurunan ketara, malah sejak 29 Jun sehingga semalam, kes direkodkan bertahan dalam lingkungan satu angka sahaja.
Walaupun kes positif masih kekal satu angka tapi jangan leka. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan sesuatu buat warganet terkedu. |
ARTIKEL MENARIK:Banyak kelonggaran mula diberi. Ismail Sabri dedahkan kelonggaran yang diberi
Tarikh 1 Julai itu juga merupakan buat pertama kalinya Malaysia mencatat kes harian positif COVID-19 terendah dengan hanya satu kes (kes import), sekali gus menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melahirkan rasa bangganya terhadap seluruh rakyat atas kerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Trend semasa COVID-19 ini bagaimanapun tidak menjadikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jangan alpa malah terus menegaskan bahawa kunci kepada pencapaian ini adalah pematuhan kepada SOP, tidak kira siapa mahupun di mana berada.
Lantaran itu, KKM mengambil berat terhadap pematuhan SOP sepanjang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Chini yang mencatat sejarah hari ini kerana berlangsung dalam kebiasaan baharu ekoran wabak COVID-19.
Seramai 140 petugas kesihatan yang berpengalaman akan ditempatkan di pusat mengundi bagi memastikan pematuhan kepada SOP dilaksanakan, selain pemantauan rapi pengundi yang menunjukkan gejala berkaitan COVID-19.
Bukan itu sahaja, Dr Noor Hisham dalam sidang media semalam memaklumkan wakil rakyat, kakitangan Parlimen dan petugas media yang bergejala perlu membuat ujian calitan atau swab COVID-19 bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 13 Julai ini.
“Parlimen juga akan patuh SOP yang ditetapkan dan SOP yang ditetapkan tidak termasuk swab tetapi saringan suhu, pemakaian pelitup separuh muka, cuci tangan akan dipastikan dipatuhi,” kata beliau. Begitu juga dengan pembukaan semua sekolah, semuanya perlu bersandarkan kepada SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Ingat kata-kata perdana menteri, jangan rasa terlalu selesa sehingga alpa dan lalai dalam usaha mengawal jangkitan pandemik ini, terus berwaspada, ambil langkah pencegahan dan patuhilah SOP yang ditetapkan pada setiap masa walau di mana berada.
Ramai Tak Tahu Rupa Rupanya Boleh Tahu Positif Covid 19 Atau Tidak Melalui Telefon Bimbit. Mengejutkan Tak Sangka Macam Ni Caranya.
WABAK Covid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar. Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti virus itu dalam tempoh hanya 60 saat.
Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk, sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.
Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.
“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan Covid-19,” katanya. Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui samaa ada mereka menghidap Covid-19,” tambahnya.
Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang tiga bulan. Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.
Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya. Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.
Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang. Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.
SUMBER : Mstar
Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Individu Yang Degil Mahu Rentas Negeri Balik Ke Kampung. Tak Sangka Ini Yang Akan Dilaksanakan Jika Masih Ada Yang Degil.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri. “Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khuatir tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.
“Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 15 Mei 2020 telah mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung. Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020 iaitu sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan telah diarah untuk berpatah balik,” katanya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
DS Ismail Sabri Bongkarkan PKPB Akan Diketatkan Bukan Dilonggarkan. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Punca PKPB Akan Diperketatkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang mahu PKPB diperketatkan dan bukan dilonggarkan.
Mengulas berkenaan ziarah hari raya yang membenarkan 20 orang maksimum dalam satu rumah pada satu masa, beliau menyatakan bahawa apabila kerajaan melonggarkan untuk membolehkan kunjungan pada hari raya dengan bersyarat, ramai yang tidak bersetuju dengan kelonggaran tersebut.
Tinjauan @MKNJPM dapati rakyat mahu PKPB diketatkan, bukan dilonggarkan
“Saya banyak terima whatsapp bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya. Walaupun satu hari tu dan 20 sahaja maksimum berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya. Kalau rumah tu kecil tak boleh 20, sebab penjarakan sosial merupakan syarat yang utamanya. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang menyatakan tak boleh. Kerajaan tidak boleh pun memberikan kelonggaran”, ujarnya.
Justeru daripada itu, beliau menyatakan bahawa disebabkan itulah kerajaan tidak membenarkan orang ramai pulang ke kampung. “Tujuan kita sekat untuk mengelakkan merebaknya lebih banyak lagi covid-19 ini kepada keluarga kita yang berada di kanpung dan sebagainya”, katanya.
Sumber: Bernama
Mengejutkan 317 Kanak Kanak Termasuk 22 Bayi Positif Covid 19. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Puncanya.
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan j4ngkitan w4bak Covi1d-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 b4yi. Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.
“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan beri1siko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangk1iti Cov1id-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.
“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Cov1id-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covi1d-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini. Selangor mencatatkan bilangan kes positif Cov1id-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.
Menurut sumber, terdapat satu pemergian dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian Cov1id-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes. Malah, terdapat 17 kes baharu yang dilaporkan dengan lima kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.
Sumber : http://transformasi.pw/ Oh MyMedia
Mengejutkan Bila Thailand Terus Kekal Tak Ada Kes Baru Covid 19 Dan Tiada Pemergian. Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Lakukan Sampai Berjaya Kekalkan Tiada Kes Baru Covid 19.
Thailand hari ini sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan pemergian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 pemergian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengucapkan terima kasih kepada semua warganegara Thailand atas kerjasama mereka memerangi COVID-19.
“Saya berharap tiada kes baharu dan pemergian, dalam tempoh lebih lama atau sekurang-kurangnya satu angka kes baharu memandangkan fasa kedua dengan pelonggaran sekatan akan bermula esok,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Daripada 3,025 kes, seramai 2,855 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 114 masih lagi menerima rawatan. Pada Rabu, Thailand merekodkan sifar kes baharu dan pemergian untuk pertama kali sejak 9 Mac.
Sejak pelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei, Thailand telah merekodkan kes harian baharu satu angka kecuali pada 4 Mei yang merekodkan 18 kes melibatkan bilangan tahanan yang sama di pusat tahanan imigresen di wilayah selatan Songkhla.
Thailand, negara pertama di luar China melaporkan kes COVID-19 mencatatkan peningkatan harian tertinggi sebanyak 188 kes yang disahkan pada 22 Mac. Sementara itu, fasa kedua pelonggaran sekatan akan bermula esok menyaksikan lebih banyak perniagaan dan tempat dibuka termasuk pusat beli-belah dan gedung serbaneka.
Selain itu perintah berkurung di seluruh negara akan dipendekkan sejam iaitu dari 11 malam hingga 4 pagi berbanding 10 malam hingga 4 pagi sebelum ini. Sementara itu, Thailand telah mengeluarkan China, Korea Selatan, Hong Kong dan Macau dari senarai Zon Penyakit Berjangkit untuk COVID-19. Pengumuman itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat. Situasi COVID-19 di negara dan wilayah berkenaan dan keberkesanan mereka mengekang virus maut itu telah bertambah baik, menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
Akhirnya Dr Noor Hisham Dedahkan Kenapa Angka Kes Baharu Sekarang Makin Hari Makin Menurun. Rupa Rupanya Hanya Negeri Ini Yang Catat Pertambahan Kes Baharu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat kes positif mengikut negeri. Menurut ciapan tersebut, setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari, sebanyak lima negeri telah dikesan mencatatkan kes positif baharu. Kesemua jumlah kes yang dilaporkan itu berjumlah sebanyak 17 kes.
Antara negeri tersebut adalah Selangor (1 kes), Kuala Lumpur (7 kes), Putrajaya (1 kes), Pahang (7 kes), dan Sabah (1 kes). Pun begitu, KKM turut menjelaskan bahawa daripada 17 kes positif baharu itu, 6 adalah kes import manakala 11 lagi berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.
Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari). Daripada 17 kes positif baharu, 6 adalah kes import. 11 lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.
Sumber: KKM via Era Kini
Post a Comment