Rupanya ini kebenaran cerita di sebalik cerita antara To ki dan anak anaknya. Lagi mengejutkan bila perkhabaran tentang anaknya sampai ke pengetahuannnya

Rupanya ini kebenaran cerita di sebalik cerita antara To ki dan anak anaknya. Lagi mengejutkan bila perkhabaran tentang anaknya sampai ke pengetahuannnya

TO’KI di depan pondok yang didiami bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, di Batu 12, Gombak. PENYANYI popular era 1990-an, To’ki tidak pernah memb3nci anak-anaknya walaupun mereka menjauhinya.

Rupanya ini kebenaran cerita di sebalik cerita antara To ki dan anak anaknya. Lagi mengejutkan bila perkhabaran tentang anaknya sampai ke pengetahuannnya
Rupanya ini kebenaran cerita di sebalik cerita antara To ki dan anak anaknya. Lagi mengejutkan bila perkhabaran tentang anaknya sampai ke pengetahuannnya

Adik To’ki, Habibah Mansur, 44, berkata, faktor ekonomi dan hidupnya tervmbang-ambing ketika itu membuatkan perkara ini berlaku. Sebelum ini, anak kedua To’ki, Noor Hidayah Mohd Zaki, 27, mengatakan kali terakhir dia bertemu bapanya itu ialah empat tahun lalu apabila To’ki menjadi wali nikahnya.

ARTIKEL MENARIK:Baby shower Fasha Sandha jadi perhatian warganet. Fasha luah rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku dan satu kejutan ini luar di jangkaannya


Hidayah berkata, sejak To’ki dan ibunya berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah bapa. Mengulas masalah membabitkan abang dan anak-anaknya, Habibah berkata, dia berada di tengah-tengah dan perlu bijak memainkan peranan supaya tiada yang kecil hati. “Yaya (panggilan untuk Hidayah) anak saudara saya dan To’ki pula bapa kandungnya. Apabila orang bertanyakan kasih sayang To’ki terhadap anak-anaknya, saya tak nafikan kerana saya pernah tinggal bersamanya selepas tamat SPM.

“Saya tahu bagaimana dia melayan anak-anaknya. Dia jarang tinggikan suara terhadap anak-anak. Tapi mungkin keadaan yang berlaku itu buat anaknya terasa. “Masing-masing ada buat silap dan Yaya sebagai anak berhak untuk terasa. Mungkin pada dia bapanya mengabaikannya. Namun, sebenarnya setiap kali To’ki datang jumpa saya, dia selalu ajak saya berjumpa Yaya, “katanya.

Ketika sedang bekerja di pejabat, Habibah dihubungi To’ki yang menunggu di depan rumahnya semata-mata untuk membawanya berjumpa Yaya. “Saya tak dapat ikut kehendak To’ki kerana menghormati pendirian anak-anak saudara saya yang tak mahu berjumpa bapanya. “Yaya juga pernah meluahkan perasaannya berkenaan bapanya. Begitu juga abangnya, Hafizi dan saya tak salahkn mereka. To’ki tak pernah marahkan mereka, malah dia selalu minta nombor telefon anak-anaknya daripada saya. Namun, saya pegang amanah dan hormat permintaan mereka.

“Saya ada nasihatkan Yaya, baik atau buruk seorang ayah, itu tetap ayah kita. Kalau kita tak jaga rahsia keluarga kita, orang lain akan ambil kesempatan. Habibah juga sentiasa berdoa supaya anak-anak saudaranya boleh memaafkan bapa mereka, manakala To’ki perlu berusaha mendekatkan kembali diri kepada mereka. “Dia pernah bercerita mengenai kesedihannya apabila anak-anak enggan jumpa. Saya faham hati dan perasaan abang saya. To’ki dengan kak long (bekas isterinya) okey tapi kita kena hormat perasaan anak-anaknya. Kalau tak salah mereka berpisah ketika Yaya berusia 10 tahun.”

Benda sebenarnya boleh selesai tapi disebabkan ada yang ambil kesempatan, ia jadi besar tapi saya tak marahkan Yaya,” katanya.Habibah berkata, To’ki juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Nilam Qaseh dengan bekas isteri kedua yang kini dijaga bekas isterinya itu.Sementara itu, bercakap mengenai To’ki seorang penag1h benda terl4rang, Habibah tidak menafikannya tetapi memaklumkan abangnya itu sudah lama menghentikan tabiat itu.

“Dia hanya ambil ubat untuk atasi ketag1han. To’ki pernah ajak saya temankannya ke satu klinik untuk dapatkan ubat itu. Doktor pun beritahu ubat ini untuk hilangkan ketag1han terhadap benda terl4rang itu. “Saya tak boleh nak tutup mulut orang jika masih nak kaitkan dia dengan perkara negatif. Apa yang pasti, ketika saya tumpang solat di surau berdekatan rumahnya, penduduk di situ beritahu To’ki tak pernah kacau orang.”Malah sumbangan yang diterimanya seperti beras, disedekahkan pula kepada pihak lain seperti pusat tahfiz berdekatan,”katanya.Selain Hidayah, To’ki mempunyai empat lagi anak hasil perkahwinan pertama iaitu Mohd Hafizi, 28; Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis 18.-mymetro

Alhamdulillah! To’ki Terima Rumah Siap Perabot Daripada PPZKL, Ada Syarikat Sumbang Kereta

Selepas namanya hangat diperkatakan sebelum ini dek kerana kesusahan yang dialaminya, penyanyi, To’ki hari ini boleh tersenyum lebar selepas menerima bantuan kediaman daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) pada Jumaat. Menurut laporan Astro Awani, rumah yang terletak di Taman Setapak Indah itu kini menjadi kediaman baru buat To’ki dan juga isterinya. Kunci rumah tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Ahmad Shukri Yusoff buat penyanyi yang popular menerusi lagu Biasan itu.

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal. “Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur meluahkan rasa terharu terhadap keperihatinan warga PPZKL terhaap diri dan keluarganya. “Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga. “Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki. Malah, To’ki juga bakal menerima sebuah kereta baru hasil sumbangan syarikat penjual kenderaan terpakai, ZZ Auto Services. Bagi memudahkan urusan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof yang masih cedra akibat kejadian yang tidak diingini bulan lepas, pihak PPZ turut akan menyedia sebuah kerusi roda dan juga katil yang lebih selesa.- Sumber: Astro Awani


Loading...
loading...


Anak mengaku ayahnya bvang mak dan adik beradiknya. Akhirnya Toki tampil bersuara lantang bila anaknya cakap dia bvang keluarga lamanya

APA yang ayah (To’ki) rasa dan hadap sekarang, itulah yang kami rasa masa ayah tinggalkan kami dulu”. Itu luahan seorang wanita, Nor Hidayah, 26, anak kepada penyanyi To’ki yang tular semalam dek kerana kehidupannya yang sekarang ini tinggal di sebuah pondok dalam keadaan daif bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor. Pendedahan kehidupan yang dijalani oleh To’ki atau nama sebenarnya, Mohd. Zaki Mansur oleh ASTRO AWANI semalam, ternyata mengundang rasa simpati dan kasihan para peminat yang masih mengingati penyanyi itu yang kini berusia 53 tahun.

Sejak tersebar kisah kehidupan To’ki, ada dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan, di manakah anak-anak To’ki hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu, sehingga sanggup melihat ayah sendiri hidup di pinggir hutan tanpa adanya kemudahan asas seperti bekalan air paip bersih dan tenaga elektrik? Susulan komen-komen warganet itulah yang membuatkan salah seorang anak To’ki, Nor Hidayah mendedahkan kisah peribadi kehidupan yang pernah beliau jalani ketika To’ki di zaman kegemilangannya sebagai artis, tinggalkan isterinya pada ketika itu dan anak-anak. Nor Hidayah turut memberi jawapan mengapa mereka yang dikatakan oleh segelintir warganet yang tidak tahu cerita di sebaliknya, tidak mengambil peduli mengenai ayah mereka, To’ki.

“Ramai yang tanya mana pergi anak-anak To’ki. Kalian tak ada di tempat kami.

“Masa zaman kegemilangan dia, masa To’ki ada semua harta, aku, abang, adik-adik dengan ibu kena tinggal (di tinggal kan oleh To’ki) tanpa ada apa-apa. “Masa itu To’ki hidup dengan isteri barunya (merujuk kepada Sharifah Fairuz Syed Yusof). Jenguk kami adik beradik pun tidak, apatah lagi memberi nafkah,” catat Nor Hidayah di akaun Instagramnya yayazakyMenurut Nor Hidayah lagi menerusi catatan IGnya itu, hanya ibunya seorang yang bersusah payah berusaha untuk mereka sekeluarga meneruskan kehidupan. Malahan, mereka sebelum ini terpaksa hidup berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sehingga ada ketikanya, dih4lau keluar.

“Saya hadap ibu dan menangis kerana terlalu kecewa dengan apa yang kami hadapi masa itu. Susahnya hanya Allah yang tahu,” jelas Nor Hidayah. Menurutnya lagi, To’ki sudah hilang (menghilangkan diri) sejak dia bersekolah rendah sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Di sepanjang tempoh itu juga tambah Nor Hidayah, semuanya ditanggung oleh ibunya sendiri. To’ki merupakan seorang penyanyi popular era 90an dengan lagu-lagu berkonsepkan pop Melayu dan pop etnik. Antara lagu-lagu To’ki yang mendapat sambutan hangat pendengar ialah Seni Berzaman, Biasan dan Hampa.

Paparan oleh ASTRO AWANI dan dipetik oleh SUARA MERDEKA semalam mengenai kisah kehidupan yang dijalani oleh To’ki bukanlah kali pertama dipaparkan dan menjadi tular di sosial. Sekitar tahun 2017, To’Ki kononnya pernah dikatakan meng3mis daripada orang ramai. Bagaimanapun tuduhan itu dinafikan oleh To’ki yang berkata, dia masih lagi mempunyai kudrat untuk berusaha dan bukannya sekadar mengharap bantuan orang. -SM

‘Orang tak tahu cerita kami’

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, dikatakan To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas tinggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain. Kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu. Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain. “Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas di tinggal kan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya. Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain. “Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.-ctto

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post