Lebih percaya khabar angin sampai ingatkan COVID19 adalah agenda doktor kaut keuntungan. Lebih mengejutkan kejadian ini terjadi di Indonesia

Lebih percaya khabar angin sampai ingatkan COVID19 adalah agenda doktor kaut keuntungan. Lebih mengejutkan kejadian ini terjadi di Indonesia

Sebahagian penduduk Indonesia mengatakan COVID-19 agenda doktor kaut keuntungan Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 kepada 64,958 dan pemergian kini 3,241 orang setakat 6 Julai.Jika kita di sini, petugas barisan hadapan sudah sedikit demi sedikit menarik nafas lega, tetapi sebaliknya yang berlaku di negara jiran kita.

Lebih percaya khabar angin sampai ingatkan COVID19 adalah agenda doktor kaut keuntungan. Lebih mengejutkan kejadian ini terjadi di Indonesia
Lebih percaya khabar angin sampai ingatkan COVID19 adalah agenda doktor kaut keuntungan. Lebih mengejutkan kejadian ini terjadi di Indonesia

Di wilayah Pamekasan, Indonesia, tanggapan sesetengah anggota masyarakat terhadap petugas perubatan telah menyebabkan usaha mereka trganggu dan menjadi sukar.

ARTIKEL MENARIK:Tak sangka lepas diumumkan Zon Hitam Covid 19 di Surabaya kini orang ramai berkhemah atas bukit pula. Rupa rupanya ini yg mereka buat kat atas bukit tu.


Penduduk di sini lebih percayakan khabar angin dan mengatakan doktor serta kakitangan perubatan cuba mengaut keuntungan daripada pandemik itu. Kritikan itu menyebabkan tugas kakitangan perubatan menjadi semakin sukar apabila ada pesakit tidak percaya mereka menghidap penyakit itu walaupun saringan membuktikannya, lapor Kompas.com.

Syaiful Hidayat, salah seorang kakitangan perubatan di wilayah tersebut berkata ada yang men0lak untuk diasingkan dan menerima rawatan di hospital walaupun pesakit dan keluarganya ditunjukkan keputusan positif COVID-19. Lebih membimbangkan, pesakit marah apabila diberitahu mereka dijangkiti virus itu dan mengatakan COVID-19 adalah “perancangan doktor untuk mengaut keuntungan.”“Kritikan sebegitu terus disebarkan melalui media sosial, tidak hanya dilakukan masyarakat awam malah masyarakat berpendidikan tinggi. “Kami mempertarvhkan nyawa kami sendiri dalam menangani pesakit COVID-19. Murah sungguh harganya kalau ditukar dengan wang,” kata Syaiful kepada Kompas.com .Pemikiran penduduk di wilayah itu bagaikan katak di bawah tempurung kerana menganggap penyakit wabak berbahaya ini mampu sembuh dengan sendirinya.Sikap sebegitulah membuatkan jumlah kes positif COVID-19 di Pamekasan terus bertambah.“Kalau pesakit berada di hospital, ia mudah ditangani tapi kalau di luar hospital, sudah tentu agak sukar untuk mengesan mereka.“Sejak akhir-akhir ini, keadaan semakin sukar untuk dikawal,” ujarnya. Ked3gilan rakyat republik ini menyebabkan petugas barisan hadapan di sana seakan berpvtus asa mahu merawat mereka yang dijangkiti sehinggakan tanda pagar ‘Indonesia? Terserah!’ menjadi trending di media sosial.-odisi

Kes COVID-19 Makin Teruk Di Amerika Syarikat, Trump Tetap Salhkan China

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin b3rang kepada China kerana keg4galan mereka mengawal penularan COVID-19 sedangkan kes di China sudah tidak begitu teruk berbanding negara Uncle Sam itu.“Seperti yang saya tengok penularan pandemik bertambah buruk di seluruh dunia, termasuk kerosakan luar biasa yang berlaku kepada Amerika Syarikat. “Ini membuatkan saya semakin mar4h kepada China,” ciapnya di Twitter. Tambah beliau, China bertanggungjawab terhadap pandemik global itu dan dkwaan terbabit mengervhkan lagi hubungan kedua-dua negara yang sememangnya tegang akibat perbalahan dalam perdagangan. Kr1sis virus kini semakin buruk di AS sehingga pegawai perubatan mengakui mereka tidak dapat mengawal pandemik itu.

Pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci, memberitahu Kongres bahawa semua tindakan yang diambil tidak betul dan ternyata keadaan kini di luar kawalan.Kata Fauci, beliau tidak akan terkejut jika kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencapai 100,000 setiap hari. “Jelas sekali keadaan tidak terkawal sekarang,” katanya.Ini kerana penduduk AS tidak memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakkan sosial. Ketika memberi keterangan, Fauci berkata, kira-kira separuh daripada semua kes baru datang dari empat negeri. Beliau memberi keterangan kepada Senat sebelum keputusan untuk membuka sekolah diputvskan semula. Sebelumnya, Gabenor New York memaklumkan penduduk Amerika mesti dikuarantin jika mereka mengunjungi negeri itu. Pada hari Selasa kes jangkitan COVID-19 melonjak lebih daripada 40,000 kes sehari sebanyak empat kali dalam tempoh lima hari. Lonjakan berlaku di negeri selatan dan barat, memaksa sekurang-kurangnya 16 negeri menghenti atau membatalkan rancangan pembukaan semula ekonomi, menurut CNN.Florida, Arizona, Texas dan California adalah empat negeri yang dirujuk oleh Dr Fauci sebagai yang paling banyak dilanda jangkitan COVID-19. China pula berpendapat pentadbiran Trump cuba memp0litikkan pandemik bagi mengalihkan pandangan daripada k3gagalan mereka mengendalikan kr1sis itu, dengan AS selaku negara paling terj3jas di dunia akibat COVID-19.Bagaimanapun, pegawai AS menggesa ketelusan tinggi daripada pihak China.-Sumber: BH


Loading...
loading...


AS sekali lagi berpendapat, kali ini ada bukti besar COVID-19 berasal dari Makmal Wuhan

Punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori k0nspirasi dari mana asal virus itu, yang popularnya virus itu berasal dari sebuah makmal di Wuhan. Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengulangi kenyataan meny4lahkan China sebagai punca penularan pandemik COVID-19 dengan berpendapat ia berasal dari sebuah makmal keselamatan bio di pinggir bandar bermulanya penularan COVID-19. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dalam wawancara bersama agensi berita ABC berkata pihaknya ada bukti kukuh wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan itu.“Terdapat bukti signifikan bahawa ia berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.“Pakar-pakar yang handal setakat ini juga berpendapat ia adalah buatan manusia. Saya tiada alasan untuk menolaknya,” kata Pompeo.

Kenyataan itu sekali gus menafikan keputusan komuniti per1sikan negara itu yang mengesahkan koronavirus tersebut bukan berasal dari makmal. “Saya faham kenyataan dikeluarkan komuniti per1sikan. Tapi saya rasa mereka slah,” katanya lagi. Pompeo dalam pada itu turut berpendapat kerajaan China mencatat bekalan perubatan dan menyembunyikan situasi ‘’ dihadapi negara itu akibat wabak COVID-19. Ia susulan satu laporan dikeluarkan Jabatan Keselamatan AS menerusi data dikumpul awal tahun ini berhubung barangan eksport dan import China. “China seperti mengadakan sekatan terhadap eksport bekalan perubatan sejak WHO mengumumkan status virus itu sebagai pandemik berjangkit,” tulis laporan itu.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump yang mengkritik hebat cara China mengendalikan tempoh awal penularan wabak di Wuhan pada hujung tahun lalu, turut berpendapat beliau mempunyai bukti mengaitkan pembabitan makmal itu sejak minggu lalu. Kumpulan saintis pula percaya virus itu berpunca daripada haiwan dan berpindah kepada manusia berkemungkinan dari pasar eks0tik di wilayah terbabit. Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal. WHO berkata semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia diman1pulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui.Tambahnya, sekalipun virus itu merupakan buatan makmal, hasil struktur genomik itu sudah tentu akan menunjukkan sejenis campuran oleh pelbagai elemen. Sumber:Bh

COVID-19: Arab Saudi wajibkan jemaah haji pakai pelitup muka

KAHERAH: Arab Saudi tidak membenarkan perhimpunan dan pertemuan dalam kalangan jemaah sebagai pr0tokol kesihatan bagi membendung penularan COVID-19 pada musim haji tahun ini. Jun lalu, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang bagi mengekang penularan virus itu dan memutvskan untuk tidak membenarkan umat Islam dari negara luar menunaikan ibadah haji tahun ini. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dalam kenyataan menegaskan, amalan menyentuh Kaabah tidak dibenarkan. Jarak sosial 1.5 meter antara jemaah perlu dipatuhi sepanjang masa ketika menunaikan ibadah, termasuk apabila solat berjemaah. Selain itu, akses untuk menunaikan haji di Mina, Muzdalifah dan Arafah dihadkan kepada pemegang permit haji mulai Ahad depan hingga 2 Ogos ini.

Jemaah dan penganjur juga diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang menunaikan ibadah haji.Sementara itu di Makkah, Datuk Bandar, Mohammed Abdullah Al-Quwaihis, mempengerusikan mesyuarat secara maya semalam bagi membincangkan perancangan musim haji tahun ini termasuk tindakan bagi pusat layanan di lapangan. Beliau berkata, Arab Saudi di bawah naungan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman, sudah menggerakkan semua sumber manusia serta kewangan untuk menunaikan haji.Malah, keputusan Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah yang berada di negara itu menunaikan haji turut mendapat sokongan daripada pelbagai negara. Liga Arab turut menyambut baik pengumuman Arab Saudi dan mengatakan ia satu keputusan bijak untuk menjaga kesihatan serta keselamatan jemaah ketika wabak itu melanda seluruh dunia. – AGENSI

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post