Lepas Diisytiharkan Zon Hitam Covid 19 Kini Orang Ramai Berkhemah Atas Bukit Pula Di Indonesia. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Buat Di Atas Bukit Itu.
Tak sangka lepas diumumkan Zon Hitam Covid 19 di Surabaya kini orang ramai berkhemah atas bukit pula. Rupa rupanya ini yg mereka buat kat atas bukit tu. |
ARTIKEL MENARIK: M4ut Disebabkan Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran, 30 Tetamu Pos1tif C0vid-19
Menerusi akaun Twitter Pendakilawas, dia telah memuat naik gambar itu pada 31 Mei tahun ini. Apa yang paling mengejutkan mereka duduk disitu ketika negara tersebut sedang mengalami masalah serius tentang COVID-19.
Eh udah pada camping aja nehh.. Lok : Bukit Alas Bandawasa, Bogor, Hari ini
Difahamkan, bukan rakyat Indonesia sahaja di bukit itu, malah adalah pelancong dari negara luar juga. Dorang ni nak menyorok dari Coronavirus ke apa sebenarnya? Tweet ini telah mendapat tarikan warganet di negara sana dengan jumlah 7.4K Retweet. Atas dasar kebimbangan, isu ini telah menarik perhatian Ketua Kementerian Komunikasi Teknologi Maklumat, Agustini Rahayu.
Menurutnya, melancong sememangnya adalah aktiviti yang akan dilakukan selepas tamatnya penularan COVID-19, tetapi mereka perlu juga melihat arahan negara tersebut bagi masuk ataupun tidak. Berkaitan dengan isu tersebut, badan kerajaan disana telah sediakan SOP baharu untuk pelancong yang berada di bukit tersebut.
SOP yang baru itu akan fokus pada 3 faktor iaitu kebersihan, kesihatan, dan keselamatan. Ianya juga termasuk panduan dalam pengaturan pelancong. Sebelum diguna pakai, terdapat beberapa protokol yang perlu mereka cuba dahulu sebelum melaksanakan SOP ini.
Jadi, pelancong disana ada SOP mereka sendiri ye…
Terkini 4 Jun Kes Positif Covid 19 Naik Balik Sebanyak 277 Kes Baru Dan 28 Kes Pulih. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Puncanya.
Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 277 kes baru dilaporkan hari ini (4 Jun 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 8,247 kes. Manakala 6 pesakit di Unit Rawatan Rapi (2 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).
Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 115 kes. 28 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 6,559 kes.
SUMBER : Lobak MerahDr Noor Hisham Bongkarkan Berita Baik Bahawa PKPB Boleh Ditamatkan. Tapi Ada Syaratnya. Tak Sangka Ini Syaratnya Untuk Tamatkan PKPB.
PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penya-kit Berjngkit 1988 (Akta 342) perlu dilanjutkan bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan berterusan dilaksanakan jika lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ketika itu barulah kerajaan bersedia dengan strategi keluar untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).
“Jika kita kekal mendapat satu atau dua digit yang rendah (kes baharu) dan tiada peningkatan kes mendadak pasca Aidilfitri, maka kita rasa kita perlu membuka lagi sektor ekonomi yang lain, namun ia memerlukan kawalan. Jika kita keluar dari strategi keluar, maka akan tiada kawalan langsung.
Gambar fail menunjukkan pelanggan berbaris menunggu giliran dan mematuhi penjarakkan sosial untuk masuk ke premis perniagaan, iaitu antara SOP PKPB.
“Sekarang kawalan ini bergantung kepada Akta 342, antaranya membabitkan kawalan sempadan dan penjaran sosial, yang mana kuasa pelaksanaannya diturunkan kepada Angktan Tntera Malaysia, PoIis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
“Jika semua sektor dibuka dan pemantauan kita berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, maka kita bersedia untuk strategi keluar. Inilah yang kita katakan ‘soft landing’, iaitu supaya rakyat patuh SOP,” katanya pada sidang media hariannya, di sini hari ini.
PKP berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac lalu di seluruh negara bagi mengekang penularan COVlD-19, antaranya meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Ia kemudian dilanjutkan sehingga 14 April, disusuli lanjutan sehingga 28 April dan kemudian sehingga 12 Mei. PKPB pula dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei yang membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman masing-masing. Ia kemudian dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.
SUMBER : BHARIAN ONLINE, teh o ais media
Ramai Pihak Tidak Setuju Bila Pkp Dilonggarkan. Sebenarnya Ini Punca Mengapa Pkp Di Malaysia Diberi Kelonggaran.
PUTRAJAYA: Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antaranya ialah memperketatkan kawalan sempadan negara untuk mengelakkan kes import positif COVID-19.
“Kedua, negara berjaya mengawal pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan. Selain itu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya turut dipertingkatkan, selain melaksanakan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya.
Tambah Muhyiddin, kriteria keenam yang berjaya dipenuhi negara adalah pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu. “BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jangkitan ini (Covid-19) berlaku kenaikan tinggi.
“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya. Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jangkitan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jangkitan Covid-19. Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.
COVID-19: Enam kriteria tentukan PKP sambung atau tidak
KUALA LUMPUR: Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak.
“Kriteria pertama ialah kawalan sempadan yang penting untuk mengelakkan kes import berlaku dan perkara ini kita belajar daripada negara lain. Kriteria kedua, kawalan pergerakan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijangkiti dan pentingnya untuk rakyat berada di rumah.
“Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan, manakala kriteria keempat ialah keperluan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, kriteria kelima pula adalah mengenai mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai pelindung muka yang perlu dilakukan masyarakat hari ini. Kriteria keenam ialah pemerkasaan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu,” katanya.
Sumber Bharian via apampink
Post a Comment