Ketara perubahan tubuh badan Shaheizy Sam. Syatilla luah rasa risau bila perut suami makin menunjukkan perubahan

Ketara perubahan tubuh badan Shaheizy Sam. Syatilla luah rasa risau bila perut suami makin menunjukkan perubahan

Nampak seperti berat badan dah naik secara mendadak, penampilan terbaru pelakon Shaheizy Sam ternyata telah mengejutkan ramai warganet di luar sana. Mana tidaknya, Shaheizy Sam yang lebih mesra disapa sebagai Sam ini dilihat semakin ‘membesar’ dan kelihatan sedikit boroi di bahagian perut.

Ketara perubahan tubuh badan Shaheizy Sam. Syatilla luah rasa risau bila perut suami makin menunjukkan perubahan

Menurut Sam, dia mengakui perubahan bentuk badannya itu adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini.

ARTIKEL MENARIK:Bibir dan lengan tinggalkan kesan. Pavithra luah sesuatu ini dan harap semua pihak boleh bekerjasama dengannya.


Mengulas lanjut, sepanjang tempoh PKP ini, dia banyak menikmati waktu rehat bersama isteri tercinta, Syatilla Melvin serta kedua anak mereka. Ujarnya lagi, pada awal dulu Syatilla merancang untuk menggemukkan badan Sam namun kini mula risau dengan perubahan fizikal suaminya itu.“PKP punya fasal saya duduk rumah dan luangkan masa dengan keluarga. Sebelum ini isteri memang ada target semasa PKP dia nak lebarkan badan saya, setiap hari dia masak makanan sedap-sedap. Tapi sekarang bila dah jadi macam ni, dia dah nampak keraguan, mula risau. Takut lepas ni lebar-lebar, tak boleh nak kurus balik,”


 Ketika ditanyakan mengenai perkembangan terkini, Sam berkata sepanjang tempoh PKP ini dia banyak melakukan kerja sendiri, menguruskan produk dan produksinya sendiri. Dia turut berkata bahawa dirinya akan beraksi semula sebagai pelakon pada hujung tahun ini. Sumber: mStar Online

Tular RX Z Millenium Bernilai RM70 000. Shaheizy Sam Luah Rasa Teruja Bila Sesuatu Yang Dia Mahu Sudah Berada Di Depan Matanya

PUTERA Amirul (tiga dari kiri) bersama Shaheizy Sam bergambar dengan RX-Z Millenium berharga RM70,000. FOTO ihsan Tuan Putera Amirul Tuan MudaAhmad Rabiul Zulkifliam@hmetro.com.my “SAYA sangat teruja apabila wakil Shaheizy Sam menghubungi saya dan memberitahu pelakon itu mahu berjumpa serta melihat sendiri motosikal RX-Z Millenium itu,” kata Tuan Putera Amirul Tuan Muda, 27, yang tular di media sosial selepas mahu menjual RX-Z Millenium pada harga RM70,000. Putera Amirul berkata, selepas kisah motosikalnya dilaporkan akhbar dan menjadi tular, banyak pihak termasuk peminat RX-Z yang menghubunginya untuk berjumpa.

“Bagaimanapun tidak semua permintaan mereka dapat saya penuhi dan menunjukkan motosikal RX-Z Millenium itu kerana faktor keselamatan. “Namun saya tidak mampu menolak apabila pelakon terkenal dan diminati, Shaheizy Sam berhajat berjumpa saya dan melihat motosikal yang tular di media sosial itu. “Memang seronok dapat berjumpa pelakon dan lebih manis apabila dipelawa berlakon bersama Shaheizy Sam dalam video pendek terbitannya di Pantai Teluk Lipat, Dungun,” katanya hari ini.

Dia berkata, motosikal RX-Z Millenium itu sudah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dan pembeli itu sudah membayar wang pendahuluan sebanyak RM30,000. Dalam tempoh terdekat baki RM39,000 lagi akan dibayar dan motosikal itu akan diberikan kepada pemilik baru itu. “Jika diikutkan saya hendak jual RM70,000 tetapi memandangkan pembeli sangat berminat dan datang daripada jauh seterusnya membabitkan kos pengangkutan saya bersedia turunkan harga kepada RM69,000,” katanya. Menurutnya, dia dalam proses menyiapkan motosikal RX-Z Boss keluarkan 1994 dan sudah membelanjakan lebih RM35,000 bagi mengumpul komponen barang baru tetapi stok lama (NOS) untuk memastikan ia 100 peratus sama seperti motosikal yang baru keluar dari kilang. Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan Tuan Putera Amirul Tdari Kampung Paka ingin menjual motosikal RX-Z Millenium keluaran 2000 dengan harga RM70,000 selepas mendkwa membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih motosikal itu.-mymetro


Loading...
loading...


Shaheizy Sam muat naik foto di ig tiba tiba ada janda komen. Tak sangka sekali Syatilla masuk terus bagi respon win buat warganet terhibur.

Laman Instagram kini semakin menjadi platform untuk orang ramai berkongsikan aktiviti dilakukan mereka, para selebriti juga tidak terlepas dari hal berkenaan dimana laman sosial berkenaan turut membuatkan peminat dapat berkomunikasi dengan lebih rapat dengan mereka sekali gus dapat melihat perkembangan terbaru selebriti diminati. Shaheizy Sam juga menjadi antara selebriti yang cukup terkenal menerusi laman Instagram dengan mempunyai 3.8 juta followers dan ternyata dia bukan hanya popular di kaca televisyen malah di laman sosial juga! Pelakon ini yang dilihat bahagia dengan isterinya, Syatilla Melvin apatah lagi menerima kehadiran dua orang cahaya mata dalam kehidupan mereka membuatkan mereka berdua semakin bahagia.

Terbaru, Shaheizy Sam memuat naik foto bersama Syatilla Melvin dengan memberitahu ianya masa untuk mereka dating berdua. Melihat foto kedua-dua selebriti ini yang tersenyum bahagia bersama membuatkan peminat turut tumpang gembira. “Detim time!!” Selain meraih pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut Shaheizy Sam namun lain pula yang jadi apabila terdapat satu komen yang membuatkan isterinya turut memberikan respon terhadap seorang pengguna Instagram.Ini kerana individu berkenaan memperkenalkan diri sebagai seorang j4nda diruangan komen perkongsian suami lalu ianya membuatkan Syatilla Melvin turut tinggalkan reaksinya dan ternyata ia  membuatkan warganet terhibur dengan komen pelakon jelita itu yang seperti memberikan am4ran.- HCL

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post