Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kemas kini dan laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa pelitup muka fabrik satu atau dua lapis tidak berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19.
Sebaliknya, KKM menyarankan orang ramai membeli pelitup muka fabrik tiga lapis. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, dalam sidang media harianya semalam.ARTIKEL MENARIK:Kluster makin bertambah. Dr Noor Hisham dedahkan kemungkinan gelombang ketiga boleh berlaku sekiranya rakyat tidak patuh akan satu arahan ini
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020.Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan selain mengamalkan penjarakkan sosial serta menjaga kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Sumber: KKM
Kluster Makin Bertambah. Dr Noor Hisham Dedahkan Kemungkinan Gelombang Ketiga Boleh Berlaku Sekiranya Rakyat Tidak Patuh Akan Satu Arahan Ini
Gelombang pertama Covid-19 di Malaysia adalah menerusi pelancong dari China awal tahun ini. KLUSTER baharu ibarat sebagai bara yang sedang memb4kar. Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.
Ujarnya, gelombang ketiga Covid-19 juga tidak mustahil sekiranya rakyat terus alpa daripada mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP. “Tsunami (Covid-19)? Kemungkinan ya kalau rakyat Malaysia tak patuh SOP. Tindakan pencegahan lebih penting. “Kluster baharu ibarat sebagai bara yang sedang membakar, dan kalau kita tidak patuh SOP ibaratnya kita ini sebagai bahan api. “Jadi jika bara berjumpa dengan bahan api maka merebak menjadi satu keb4karan yang besar iaitu kes akan meningkat secara mendadak,” ujarnya.
Tambah Dr Noor Hisham, KKM telah merekodkan 120 kes baharu pada minggu epid ke-30, iaitu dari 19 Julai hingga 25 Julai lepas dan ini menjadi kebimbangan sekiranya kes baharu terus mencatatkan peningkatan. “Kalau 2,000 ke 3,000 kes dalam tempoh seminggu, hospital kita akan sesak dan tiada kemampuan untuk merawat pesakit dan pada masa itu kawalan kita akan tertumpu kepada hospital sahaja.
“Tetapi sekarang di peringkat awal (kita masih) boleh kawal dengan mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial, kedua-dua cara ini telah terbukti dapat memutuskan rantaian jangkitan antara 60 ke 70 peratus. “Kita ada masa dan ruang yang tipis untuk memutuskan rantaian dan yang pasti kalau kita boleh patuh pada SOP, kehidupan harian kita boleh berjalan dengan biasa,” katanya. Gelombang pertama Covid-19 di Malaysia adalah menerusi pelancong dari China awal tahun ini, manakala gelombang kedua merupakan kes diimport. – BERNAMA.
via Era Kini
Post a Comment