Sidang media pada hari ini menyaksikan satu sejarah yang dilaporkan berkaitan perkembangan pandemik Covid-19 di Malaysia. Hal ini telah disampaikan menerusi didang media khas dijalankan secara langsung di media tempatan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Hari ini tercipta satu sejarah. KKM laporkan pencapaian Malaysia dalam menangani COVID19 |
ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Darjah 5 Dan 6 Serta Tingkatan 1 Hingga 4 Mula Bersekolah Pada 15 Julai 2020
hal ini sama sekali menggembirakan rakyat Malaysia apabila 1 kes tersebut hanya melibatkan kes import tanpa sebarang penularan tempatan. Hal ini menjadikan kes positif terendah sepanjang PKP berlangsung sejal 18 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, Dr Noor hisham telah mengucapkan tahniah diatas keprihatinan semua pihak yang patuh dengan SOP kerajaan.-kkm dan hm
Hanya 10 murid pada satu-satu masa
KUALA TERENGGANU: Hanya 10 murid dibenarkan hadir pada satu-satu masa di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Perpaduan Tok Kaya 2 bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi. Guru Tabika Tok Kaya 2, Nur Aimi Fatihah Abdullah, berkata pihaknya mengehadkan jumlah murid hanya 10 orang memandangkan saiz ruang yang kecil dengan operasi bermula daripada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. “Terdapat 28 murid di sini yang berusia antara empat hingga enam tahun dan apabila penjarakkan sosial dibuat seperti ditetapkan MKN, kelas ini muat untuk 10 murid sahaja pada satu-satu masa.
“Kita pun sudah maklumkan kepada ibu bapa dan mereka memberi kerjasama yang baik dengan sistem penggiliran yang dibuat. “Selain mengambil suhu dan membasuh tangan, kita juga meminta murid memakai pelitup separuh muka walaupun berada di dalam kelas dan memakai topeng pelindung muka (face shield) ketika membaca,” katanya ketika ditemui di Tabika Perpaduan Tok Kaya 2 di sini hari ini. Nur Aimi Fatihah berkata, pihaknya mula membuat persiapan sejak tiga minggu lalu sebaik kerajaan mengumumkan pembukaan semula prasekolah selepas lebih tiga bulan ditutup akibat pandemik COVID-19. “Selain proses sanitasi dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, kita turut membuat penanda sebagai peringatan kepada murid dan Alhamdulillah, hari ini mereka dapat ikut walaupun usia mereka masih muda. “Malah, ibu bapa juga sudah dimaklumkan untuk tidak membawa makanan luar kerana semuanya akan disediakan pihak Tabika. “Memang tidak dinafikan tak mudah nak kawal mereka terutama untuk kekalkan penjarakkan s0sial dan kebersihan namun saya bersama dua guru lain akan berusaha memastikan segala-galanya terkawal,” katanya.-bh
‘Rant4ian G4 boleh dipvtuskan’
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan yakin berupaya mengekang penularan virus selesema bab1 dinamakan G4 melalui amalan penjagaan kebersihan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua faktor berkenaan mampu memutuskan jangkitan penyakit. Selain itu, katanya, jumlah kes demam campak dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan menurun lebih 60 peratus susulan pematuhan SOP dan amalan menjaga kebersihan. “Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini tetapi ingin dinyatakan pematuhan SOP dan amalan menjaga kebersihan dapat memutvskan rangkaian penyakit berjangkit.
“Walaupun tindakan kita adalah untuk (mengekang penularan) COVID-19, penyakit berjangkit lain yang menular seperti campak dan HFMD berkurangan lebih 60 peratus melalui SOP ditetapkan. “Melihat kembali tindakan kita setakat ini iaitu mempertingkat kawalan sempadan dan langkah pencegahan, saya yakin kita boleh memutuskan rantaian jangkitan penyakit berjangkit, termasuk H1N1 atau G4,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Semalam, penyelidik di China dilapor menemui sejenis virus selesema bab1 dinamakan G4 daripada genetik H1N1 yang dilihat berupaya bertukar menjadi pandemik. Menurut kajian diterbitkan jurnal sains Amerika Syarikat, PNAS, yang memetik laporan penulis dan saintis di universiti China selain Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, ia memiliki semua ciri penting yang mampu menjangkiti manusia.-bh
COVID-19: Ibu bapa mesti didik anak dengan normal baharu
PUTRAJAYA: Ibu bapa atau penjaga perlu mendidik anak mengenai amalan dan kelaziman normal baharu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini amat penting untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anak, berikutan sesi persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi. “Nasihat kesihatan sewajarnya diterapkan dari awal lagi bermula dari rumah mereka sendiri,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini. Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin mengumumkan pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan murid Tahun Lima serta Enam bagi sekolah rendah akan bermula 15 Julai ini. Bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat sekolah rendah pula boleh ke sekolah bermula 22 Julai ini.-bh
Sekolah dibuka mulai 15 Julai
KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, serta murid Tahun 5 dan 6, akan bermula bersekolah pada 15 Julai ini. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah pula boleh mula ke sekolah pada 22 Julai ini. “Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. “Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini. Hari ini ialah hari pertama untuk kelas prasekolah Kementerian Pendidikan dan TADIKA atau TASKA-bh
Pembukaan sekolah berasrama ikut kapasiti
KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing serta mengambil kira penjarakkan sosial. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama. “Selepas mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan (KKM), secara umumnya, untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari bermula 24 Jun lalu. “Tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan murid dan akan ditetapkan oleh pihak sekolah,” katanya pada sidang media hari ini.-bh
Menteri Pengajian Tinggi akan umum tarikh pembukaan IPT
PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah meneliti pembentangan Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) serta prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembentangan itu sudah dipersetujui jemaah menteri. “Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad akan mengumumkan SOP terperinci serta pembukaan tarikh pembukaan IPT nanti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, difahamkan kira-kira 86,500 penuntut IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti terkandas di kampus masing-masing. Namun, pada 24 April lalu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak secara berperingkat. Katanya, penghantaran pulang itu membabitkan kira-kira 85 peratus atau 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kepulangan ke kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar pada waktu siang.
Penghantaran pulang itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, membabitkan penuntut yang tinggal di kolej dan kampus kediaman serta yang duduk menyewa di luar kampus dengan kos penghantaran ditanggung oleh kerajaan. Pelajar juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka. Mereka akan diambil dari kampus dengan bas dan terus dibawa ke daerah masing-masing serta dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah. Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja. “Bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak, penerbangan akan diseliakan dan pendaratan akan dibuat ke lapangan terbang terdekat dengan kawasan tempat tinggal mereka,” katanya Ismail Sabri.-bh
via Era Kini
Post a Comment