Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk membuka semula sekolah pada 15 Julai ini bagi pelajar tingkatan satu hingga empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan enam. Ini juga termasuk pelajar tingkatan 6 yang berada di Semester 1.
TERKINI: Darjah 5 Dan 6 Serta Tingkatan 1 Hingga 4 Mula Bersekolah Pada 15 Julai 2020 |
ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor Tanggung Kos Baik Pulih W4d HSA.”Saya Tidak Salahkan..” – Titah Baginda
“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.
Loading...
loading...
Katanya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber: Sidang Media Menteri Pendidikan, Bernama via Siakap Keli
Post a Comment