Gadis ni nekad untuk letak hantaran Rm700 gara gara bakal suami gaji rendah. Masa nak akad nikah dengar mas kahwin yang suami lafazkan buat wanita ini terkedu.

Gadis ni nekad untuk letak hantaran Rm700 gara gara bakal suami gaji rendah. Masa nak akad nikah dengar mas kahwin yang suami lafazkan buat wanita ini terkedu.

Foto sekadar hiasan.

Gadis ni nekad untuk letak hantaran Rm700 gara gara bakal suami gaji rendah. Masa nak akad nikah dengar mas kahwin yang suami lafazkan buat wanita ini terkedu.
Gadis ni nekad untuk letak hantaran Rm700 gara gara bakal suami gaji rendah. Masa nak akad nikah dengar mas kahwin yang suami lafazkan buat wanita ini terkedu.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang.

ARTIKEL MENARIK: Isteri Nekad Lakukan Sesuatu Bila Suami Gaji Sampai 13 Ribu Siap Belikan Bapak Kereta Mewah Tapi Tergamak Bagi Ank Dan Isteri Kat Rumah Makan Mee Segera. Tak Sangka Rupanya Ini Yang Isteri Buat Sampai Suami Menyesal.


Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya.

Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye.

Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.
Loading...
loading...


Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Bagilah Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit, Kesannya Rezeki Melimpah, Hati Lebih Tenang & Hidup Tambah Berkat

Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa ‘terbeban’ untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit.Walaupun gaji kita tak besar mana, terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen, paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk mak ayah.Percayalah perkara kecil yang kita lakukan ini mampu beri kesan yang amat besar dalam kehidupan. Rezeki akan jadi melimpah ruah, hati lebih tenang malah hidup pun rasa lebih tenang.

Meskipun adakalanya mak ayah ‘menolak’ tak mahu duit kita, sebab mereka pun dah ada duit sendiri. Namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap rezeki kita.

Semoga perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, membuka mata dan hati kita sebagai seorang anak akan tanggungjawab dan punca keberkatan dalam kehidupan. PAGI JUMAAT PENUH BARAKAH INI AKU NAK BERKONGSI SATU KISAH BENAR. KISAH YANG SEORANG KAWAN BAIK AKU SAMPAIKAN SENDIRI PADA AKU.

TENTANG KEBERKATAN DUIT DAN HIDUP.AKU NAMAKAN KAWAN AKU INI ALANG SAJA.ALANG KERJA KERAJAAN. NAMUN BUKANLAH GRED BESAR. BUKAN TAHAP DEGREE, MASTER ATAU YANG LEBIH TINGGI. LULUSAN DIPLOMA SAHAJA.

Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia.

“AKU TAK MAMPU BERI BANYAK. SEDIKIT PUN AKU TETAP KIRIM JUGA. BUKAN SEBAB MEREKA NAK DUIT AKU. MEREKA TAK MINTA PUN.TAPI AKU NAK MEREKA RASA JUGA HASIL TITIK PELUH AKU. SELAMA INI, MEREKA TANGGUNG AKU. SEKARANG, AKU DAH KERJA. AKU NAK MEREKA RASA JUGA.

LAGI PUN, KALAU IKUT ADAT, UMUR MEREKA BERAPA LAMA SAHAJA LAGI. BERAPA LAMA SAHAJA LAGI MAMPU AKU BERBAKTI DAN MENGHARGAI.” Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga.

Kehidupan Rasa Sukar

Sampai satu masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan.

Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.Sejak itu, Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung. Makin banyak nak guna duit.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga.

Alang bukan lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah.Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000.
Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota raya. Memang tenat la kan?

Sehinggalah suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian. ‘KENAPA HIDUP AKU SUKAR. MAKAN CUKUP-CUKUP SAHAJA. BARU ADA LEBIH SIKIT, BANYAK PULA BENDA PERLU GUNA DUIT. AKU DULU, WALAU GAJI KECIL TETAPI TIDAK RASA SETENAT INI. TIDAK RASA SESESAK INI WALAU MASA TU GAJI TAK SAMPAI SERIBU. AGAKNYA DULU HIDUP AKU LEBIH BERKAT. AGAKNYA BERKAT AKU ISTIQOMAH KIRIM DUIT PADA ORANG TUA.’

Inginkan Keberkatan Hidup

Alang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia. Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan. Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja.

Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja. Tapi Alang mendesak. “AYAH. IBU. TERIMALAH DUIT ALANG. BIARLAH SEDIKIT, BIAR PUN DUIT AYAH IBU JAUH LEBIH BANYAK DARI DUIT ALANG, NAMUN ALANG NAKKAN KEBERKATAN HIDUP. RASA DAN GUNALAH DUIT HASIL TITIK PELUH ALANG,” KATANYA PADA KEDUA ORANG TUA.

Bertahun-tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga. Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.

Walau duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua.

Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu. Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan.

Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata. Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk. Di situ Alang dapat rasa dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah.

Rezeki Datang Tidak Disangka-Sangka

“CIKGU. AKU DULU SELALU SANGKA BILA KIRIM DUIT PADA IBU AYAH AKU AKAN MAKIN SEMPIT. MAKLUMLAH GAJI KECIK. NAMUN JIKA KITA IKHLAS, JIKA TERUS MENYANTUNI ORANG TUA, SEBENARNYA HIDUP KITA LEBIH BERKAT. YANG SEMPIT ITU ALLAH LAPANGKAN. YANG SUKAR ITU ALLAH MUDAHKAN. REZEKI YANG JAUH ITU ALLAH DEKATKAN.

Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza.

Jika masih ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan sekalipun.Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita. Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.” Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan cerita itu benar belaka.

Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda. Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. Sungguh!

Sedekah pembuka pintu rezeki

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat pemergianya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajl kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajl ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka pergi menghadap illahi. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa. Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah. Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu. Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah. Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

Contohnya, jadikan amalan setiap kali pergi ke masjid, sebelum atau selesai solat kita derma dalam tabung masjid. Walaupun jumlah atau nilainya sedikit namun kesusahan kita mengeluarkan itu yang dinilai Allah. Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada….

Selain itu, apabila berada dalam keadaan bersedih juga kita mencari peluang untuk bersedekah. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kegembiraan pada hati kita yang berdukacita itu. Lihat bagaimana kisah Asma’ binti Abu Bakar iaitu anak sahabat karib Nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq. Beliau terkenal dengan sifat pemurah walaupun dirinya dalam keadaan tidak berkemampuan.

Meskipun bapanya ahli perniagaan yang kaya raya, namun selepas berhijrah ke Madinah, Abu Bakar tidak meninggalkan sebarang harta buat keluarganya. Begitu juga dengan suami Asma’, Zubair bin Awwam. Beliau seorang yang sangat dihormati dan berjaya juga dalam perniagaan. Namun, seluruh harta yang dimiliki turut diinfakkan di jalan Allah. Kemurahan hati dan sifat dermawan itu akhirnya turut mengalir dan sebati dalam diri Asma’.

Diriwayatkan dari Qasim bin Muhammad, “Aku mendengar Ibnu Zubair berkata, ‘Tidak pernah aku melihat seorang wanita pun yang lebih murah hati dari Aisyah dan Asma’. Dalam hadis riwayat Bukhari ada diceritakan, pada satu ketika Asma’ datang kepada Rasulullah kemudian dia bertanya, “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai apa pun selain yang dibawa pulang Zubair, apakah aku harus bersedekah?”

Kemudian Rasulullah menyuruh Asma’ bersedekah dan tidak menyimpan hartanya. Kisah kemurahan hati Asma’ binti Abu Bakar itu sepatutnya dijadikan contoh buat diri kita. Jika hendak melakukan sesuatu kebaikan seperti bersedekah, jangan terlalu banyak berfikir atau berkira untuk melaksanakannya kerana amalan itu sebenarnya sangat dekat dengan nilai ketakwaan.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.

Penulis wartawan Harian Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post