Ekoran kes yang melibatkan Emelda Rosmila dan Zarina Anjoulie. Emelda dedahkan perkara sebenar yang ramai tak tahu tentang isu ini

Ekoran kes yang melibatkan Emelda Rosmila dan Zarina Anjoulie. Emelda dedahkan perkara sebenar yang ramai tak tahu tentang isu ini

Pelakon Emelda Rosmila berkongsi pengalaman sepanjang bergelar anak seni. WALAUPUN enggan mengakui dirinya seorang aktres yang hebat, Emelda Rosmila sudah melalui pelbagai cabaran sepanjang hampir 20 tahun dalam industri seni.

Ekoran kes yang melibatkan Emelda Rosmila dan Zarina Anjoulie. Emelda dedahkan perkara sebenar yang ramai tak tahu tentang isu ini
Ekoran kes yang melibatkan Emelda Rosmila dan Zarina Anjoulie. Emelda dedahkan perkara sebenar yang ramai tak tahu tentang isu ini

Menurut Emelda, 40, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap kali menggalas tanggungjawab memainkan sesuatu watak dalam sesebuah karya di samping menimba ilmu baharu untuk perbaiki kelemahan. “Mel bukan seorang pelakon yang hebat, tapi Mel akan cuba berikan yang terbaik tiap kali diberi tanggungjawab menggalas apa-apa watak.

ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja diuji dengan kisah rumah tangga. Sharifah Sakinah dedahkan muncul lagi satu masalah dan ini respon paling win yang dia pernah bagi


“Setiap hari ada pelajaran baru yang membuka minda untuk perbaiki kelemahan,” tulisnya. Emelda tidak hiraukan populariti sepanjang bergelar anak seni. Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, Emelda berkata dia menggemari watak serta karya berat yang mencabar dirinya sebagai seorang aktres. Pelakon filem Sembunyi: Amvkan Azazil ini turut berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni yang pernah melakukan pelbagai aksi di banyak lokasi penggambaran. “Mel suka watak berat. Mel suka proses kreatif untuk mengenal satu-satu watak… suka dengan karya-karya yang hebat dan mencabar. “Banyak dah Mel buat, masuk hutan keluar hutan, masuk laut terjun sungai, terbang, panjat gua daki bukit, meraung meng1lai dan macam-macam lagi.

Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti.

“Untuk jadi pelakon hebat kita kena sanggup menempuh cabaran itu dengan bijaksana,” katanya. Emelda berkata ada segelintir pihak yang tidak menghargai bakatnya kerana popularitinya yang tidak terlalu menyerlah berbanding selebriti lain.mIsteri kepada aktor Adlin Aman Ramlee ini mengakui tidak memerlukan populariti mahupun kontr0versi murahan untuk meneruskan kariernya dalam industri seni, cukup sekadar menjaga tatatertib serta hubungan sesama rakan sekerja.

“Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti. Emelda mula aktif berlakon sejak tahun 2000. “Dari dulu Mel memang suka jadi diri sendiri. Tak tag1hkan populariti, tak perlu kontr0versi murahan untuk dikenali. “Cukup hanya menjaga tertib diri, menghormati kerja dan hubungan sesama rakan kerja, belajar baiki kelemahan setiap masa,” ujarnya. Malah, Emelda percaya bahawa tawaran berlakon yang datang disebabkan oleh kepercayaan terhadap bakatnya serta keselesaan pihak produksi untuk bekerjasama dengannya.

Emelda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menantikan karya baharu lakonannya. Emelda berkata menjadi insan seni memerlukan disiplin yang tinggi. Dia turut mengingatkan dirinya serta pengikutnya agar bersederhana dalam segala hal, jujur serta sentiasa merendah diri dalam melakukan pekerjaan.”Mel yakin setiap tawaran yang datang adalah kerana kepercayaan kepada bakat dan keselesaan mereka bekerja dengan Mel. “Tak semua menghargai bakat yang sedikit ada pada Mel, tapi ada pengikut dan peminat setia yang sentiasa menanti cerita terbaru dari Mel. Untuk itu, terima kasih korang, love you! “Bersederhanalah dengan apa sahaja yang kita lakukan, jujur ikhlas dalam pekerjaan, baik dengan semua orang, jangan sombong dan membangga diri. Sentiasa merendah diri. “Tiada apa yang kita punya, semua Allah SWT yang punya. Jadi, relaks saja,” katanya.-mstar

Ekoran tuntutan 4 juta Zarina Anjoulie. Giliran Emelda Rosmila pula buat tuntutan dan sempat dia dedahkan sesuatu yang mengejutkan ini

PELAKON Emelda Rosmila mengakui sudah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap pelakon, Zarina Anjoulie. Emelda, 40, atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid berkata, dia tidak terbabit langsung mengeluarkan fitnh terhadap Zarina melalui kumpulan Telegram Covid-19 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti yang didkwa. “Kalau dia cuba nak ambil kesempatan atas sebab-sebab tertentu, saya rasa saya berhak pertahankan diri untuk tegakkan kebenaran. Saya tahu berkenaan kumpulan Telegram itu kerana ada terbaca mengenainya, tapi saya nafikan ada di dalamnya. “Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa sepanjang pembabitan dalam industri seni. Ini adalah cabaran yang pertama kali saya kena lalui,” katanya kepada Harian Metro.

Emelda yang ditemani peguamnya, Nasser Yusof dari Lacmof Lawyers berkata, dia mempunyai bukti tidak pernah terbabit dalam kumpulan Telegram itu. “Ia bukan saya kerana saya tak pernah g4nggu orang. Setiap perkara berkaitan seni, saya akan merujuk terus kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan menghubunginya dan bukan menerusi WhatsApp atau atau Telegram. Saya pun tak pernah jumpa Zarina atau berkawan dengannya. Cuma, saya tahulah dia juga pelakon,” katanya. Emelda berkata, dia tidak tahu apa yang diinginkan Zarina dalam situasi sekarang, namun terpaksa bertindak apabila pelakon itu terus men0hm4hnya dengan pelbagai isu. “Rasanya ini masa yang tepat untuk saya ambil tindakan terhadap perbuatannya yang menjejaskan reputasi saya. Dia yang mula failkan s4man dan apabila berbincang dengan peguam, barulah tindakan ini diambil. Saya s4man semula atas perkara yang dia malu kan saya antaranya kata saya batu ap1 dan pelbagai lagi,” katanya.


Loading...
loading...


Mengulas komen warga net yang lebih memihak kepada Zarina dan mengata fasal dia, Emelda berkata, dia tidak terkesan langsung dengan perkara ini. “Saya tak terjejas langsung kerana ini perkara kecil. Saya sudah jadi artis hampir 20 tahun, jadi ada sedikit kekebalan di situ. Saya tak boleh tutup mulut orang nak bercakap, tapi benda ini tak mengg4nggu saya pun samada sebagai individu atau pelakon. Ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini. Sementara itu Nasser berkata, jumlah tuntutan RM1 juta hanya formaliti dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. “Tujuan anak guam saya ambil tindakan bukan kerana wang tapi lebih kepada mempertahankan kebenaran di mana dia dit0hmah,” katanya. Ditanya sekiranya pihak Zarina mahu berbincang untuk penyelesaian kes, Nasser berkata, ia perlu melalui mahkamah. “Kalau ada apa-apa cadangan penyelesaian daripada pihak plaintif, kami sedia untuk pertimbangkan. Buat masa ini, arahan anak guam saya ialah teruskan kes dan saya akur,” katanya.-hmetro

Zarina Anjoulie tak duduk diam. Tuntut Amyza Aznan dan Emelda Rosemila bayar ganti rugi RM4 juta, mohon maaf terbuka

Zarina tuntut ganti rugi daripada dua selebriti. Kisah antara Zarina Anjoulie Lavocah dengan dua selebriti iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rose makin berpanjangan apabila pelakon sensasi itu menuntut pampasn sebanyak RM4 juta. Zarina membuat tuntutan itu kerana mendkwa Amyza dan Emelda membuat kenyataan dengan niat menjatuhkn reputasinya di aplikasi Instagram dan Telegram.

Peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, surut tuntutan kepada Amyza dan Emelda dihantar secara berasingan pada Rabu. “Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasn sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkn reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitnh mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rose. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya. “Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana mer0sakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghsut kebncian orang awam terhadapnya,” katanya.

Zarina beng4ng beberapa selebriti tergamak mewujudkan Telegram untuk menjathkan dirinya. Tambah Nurul Hafidzah, hantaran dan komen yang ditulis oleh dua individu itu berniat buruk dan mencemrkan reputasi anak guamnya. “Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membhayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhn palsu dan fitnh mengenai anak guam.

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang tidak baik dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami tr4uma disebabkan 1nsiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menudh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya “Banyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang me malu kan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan mem4lukan badan (body sham1ng),” katanya.

Jelas Nurul Hafidzah lagi, perbuatan Amyza dan Emelda juga dianggap sebagai kempen pembnuhan karakter terhadap Zarina Anjoulie yang berniat tidak baik. “Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari,” ujarnya. Pada penghujung Mac lalu, industri hiburan kec0h apabila timbul isu perang artis dan warganet. Ia bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni. Kemuncaknya apabila tersebar beberapa paparan skrin perbualan selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didkwa mengata warganet dan pelakon Zarina Anjoulie.-mstar

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post