Fiza Halim ada berkongsi cerita perihal anaknya, Baby Aleena bersama pengikutnya di laman media sosial akaun Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan, pelakon itu memaklumkan anak ketiganya itu mengalami s4kit cirit-birit selama 4 hari akibat keracvnan makanan.
4 hari tak lalu nak makan. Fiza Halim luah rasa khuatir dengan anak kesayangannya dan mengejutkan ini rupanya punca anak dia jadi macam tu |
ARTIKEL MENARIK:Pada mulanya seakan tak percaya. Akhirnya Mas Khan dikenakan denda berpuluh ribu selepas mengaku perbuatannya terhadap A Aida
“Bestnya, jumpa doctor anak,mommy pun dpt ubat sekali,doctor bagi…. Tq Dr.Musa..,” tulisnya. Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan Fiza serta anaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Sekadar infomasi, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ferra Aryana, 12 dan Feyya Adyra, 11. Dia seterusnya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013 namun, tujuh bulan kemudian mereka berpisah. Tiga bulan selepas itu, pasangan ini rujuk sebelum berpisah sekali lagi, setahun kemudian. Selepas itu, Fiza diijabkabul dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang kini berusia 2 tahun. Foto: Instagram Fiza Halim,mediahiburan
Bahagianya Fiza Halim! Punya MENTUA & BEKAS MENTUA Yang Penyayang dan Memahami
Tidak ramai isteri yang beruntung mempunyai ibu mentua yang baik dan penyayang umpama anak sendiri. Bertuah Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kerana mempunyai ibu mentua yang melayannya dengan baik. Malah ibu kepada suami pertamanya dahulu juga masih menyayangi dan melayan Fiza dengan penuh kasih sayang. Bermakna Fiza kini mempunyai 2 orang ibu mentua. Menyambut Syawal baru-baru ini Fiza telah berkunjung kedua-dua buah rumah mentuanya dan dikongsikan di laman media sosialnya. Melalui perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri, kini Fiza menjalani kehidupan bahagia bersama suami, anak dan keluarga mentuanya. Kongsi Fiza, “Hari ni raya rumah mertua, Puan Normala. She’s very nice lady, baik hati dan amat memahami. Paling tegas dalam semua perkara. Dalam masa yang sama kadang-kadang tu kelakar jugak. Thank you mama for your understanding us. Yeayyy, dapat duit raya. Thank you ma,” kata Fiza. Malah, Fiza juga telah berkongsi tentang kunjungannya ke rumah ibu kepada bekas suami hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kongsi Fiza, “The best Mother in Law that I ever have.
Mama, thank you so much for everything that you have thought me. Memang dulu Fiza banyak salah, cecairmerah muda kan. Mama banyak bagi nasihat pada Fiza. Kalau ada masalah mama tempat Fiza mengadu. Forever you will be my favorite mama. Thank you to daddy too. Terima kasih kerana menjaga, mendidik dan menjadi ibu kepada 2 orang anak-anak Fiza dan Farriq. Mama and daddy dah lakukan yang terbaik untuk diaorang berdua. Fiza really appreciate sangat-sangat. Tanpa mama and daddy, tak tahulah apa akan jadi pada diaorang. Kalaulah dapat putar balik masa. Apa-apa pun Fiza beruntung dan happy sangat-sangat sebab ada bekas mertua yang baik seperti mama. Alhamdulillah Allah panjangkan pertalian kami dan masih lagi baik seperti dulu. Aku bersyukur punyai mama yang (walaupun selalu pok pek) tapi baik hati. Tiada yang lain yang dapat gantikan tempat mama. Love u so much mama,” kongsi Fiza jujur. Fiza mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel melalui 2 perkahwinannya. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dan seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan ketiga yang diberi panggilan manja, Baby Aleena. Hasil perkahwinan keduanya bersama penyanyi Adam AF tidak dikurniakan anak. Kredit foto: Instagram @fizahalimofficial,nona
Terserempak Dengan Fiza Halim Dan Suami Barunya, Ini Pendedahan Adam AF Tentang Apa Terjadi
Pertemuan di sebuah restoran menjadi ruang buat penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2) untuk mengenali dengan lebih rapat suami baru kepada bekas isterinya, Fiza Halim. Menurut Adam, selepas peristiwa itu dia mula menganggap suami Fiza, Aizat Al Jefri sebagai seorang lelaki yang baik dan mampu membahagiakan Fiza. Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya. Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya. Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya. Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik.-Astro Gempak
Mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Adam mengakui mereka tetap berbaik meskipun telah berpisah. Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah. Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membncinya. Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya. Sumber: Astro Gempak Untuk rekod, Adam dan Fiza mendirikan rumah tangga pada September 2013 dan mereka telah berpisah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015-iluminasi
“Puas Jadi Ibu Dan Isteri Yang Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri,” – Fiza Halim Tak Kan Menyesal
Tiada apa yang lebih membanggakan seorang ibu apabila dapat melihat anak membesar di depan mata. Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mengakui dia tidak pernah menyangka mampu menjaga Baby Aleena yang kini genap 10 bulan secara bersendirian. Walaupun dipermudahkan urusan sewaktu berpntang dan mendapat bantuan suami dan keluarga, namun selepas itu semuanya dilakukan atas kudrat sendiri.“Happy 10th months old sayang mommy. Hari ni genaplah Baby Aleena 10bln.Pejam celik sekejap jer masa berlalu. “Tak sangka sungguh,kali ni mommy jaga Aleena sorang diri.. tanpa bantuan maid…Semua mommy buat sendiri. “Dulu dlm pntang of coz daddy,cousin,adik,adik ipar,mama & kakak ada tolong… tp pas tu semua on my own… Syukur alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yg Kau berikan utk aku terus menjadi kuat,utk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb,” luahnya. Malah, dia cukup puas dapat melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Biarpun penat, namun cukup berbaloi untuk dilakukan. “Bg aku,puas menjadi seorg ibu & isteri yg menjaga anak dgn tangan sendiri. “Mengemas rumah,memasak,menggosok baju dan menguruskan semua hal rumahtangga..Biar penat skrg,sbb kita takkan menyesal nnt… Carilah duit setinggi gunung pun,tp moment sebegini takkan dpt dibeli. “Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb,” tambahnya lagi. Fatau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 40, mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.
Dia seterusnya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013 namun, tujuh bulan kemudian mereka berpisah. Tiga bulan selepas itu, pasangan ini rujuk sebelum berpisah sekali lagi, setahun kemudian. Fiza yang turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan ini juga kemudian diijabkabul dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.=Foto : Instagram Fiza Halim;mediahiburan
“Begitu Cepat Masa Berlalu”- Fiza Halim Sambut Birthday Pertama Anaknya Aleena
Pelakon Fiza Halim menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya Aleena yang pertama semalam. Fiza bersyukur kerana Aleena membesear dengan sihat dan berharap agar anaknya itu dewasa menjadi seorang anak yang baik dan berguna. “Syukur Alhamdulilah… 24 Sept 2019 genaplah Baby Aleena setahun.Begitu cepat masa berlalu. “Mommy doakan agar Aleena menjadi seorang anak yang solehah,hormat orang tua,berjaya dalam apa jua perkara di dunia & diakhlrat,sentiasa sihat & dilindungi Allah swt..Sentiasa merendah diri & jaga tutur kata..
“Apa yang mommy dan daddy buat hari ni hanyalah sebagai kenangan kamu bila dah besar nanti wahai anak ku… “Sebenarnya mommy tak berapa gemar buat-buat birthday ni.. Tapi sekadar memori boleh la… Mommy sayang Aleena lebih dari nyawa mommy. “Begitu juga dgn Kak Ferra & Kak Feeya.. Mommy sayang semua anak-anak mommy,tiada beza tiada lebih tiada kurang…semua sama sayang mommy pada korang.Once again Happy 1st Birthday to u my princess Baby Aleena… Mommy love u so much…,” tulisnya.
Fiza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Fiza memuat naik video sambutan hari jadi tersebut. Ia dilakukan secara kecil-kecilan di kediamannya bersama sebuah kek.Rata-rata memuji wajah Aleena yang comel dan putih gebu. Aleena merupakan anak ketiga Fiza dan anak pertamanya bersama suami Aizat El Jefri yang dikahwininya pada Januari 2016. Fiza turut mempunyai dua orang anak , Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra dengan bekas suaminya, Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin. Bekas ahli kumpulan Elite itu juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Adam AF. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: Gempak
via Era Kini
Post a Comment