Wanita ini nekad bawa lari kreta lepas dengar mertua dan biras mengutuknya. Terkedu mertua bila dapat tahu rupanya ini perangai menantu selama ini.

Wanita ini nekad bawa lari kreta lepas dengar mertua dan biras mengutuknya. Terkedu mertua bila dapat tahu rupanya ini perangai menantu selama ini.

Assalamualaikum. saya Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang saya nak cerita ni bukan kisah saya, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar saya. Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan.

Wanita ini nekad bawa lari kreta lepas dengar mertua dan biras mengutuknya. Terkedu mertua bila dapat tahu rupanya ini perangai menantu selama ini.
Wanita ini nekad bawa lari kreta lepas dengar mertua dan biras mengutuknya. Terkedu mertua bila dapat tahu rupanya ini perangai menantu selama ini.

Abang saya, Ali kira kira sudah 4 tahun kawin tapi masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan saya masing masing sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin. Ali merupakan seorang yang biasa biasa sahaja, semua ahli keluarga saya bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung.

ARTIKEL MENARIK:18 tahun kahwin tinggal rumah mertua dan langsung tak balik tgk mak. Terkejut tiba tiba dapat ws dari mak sehinggakan buat wanita ini terduduk


Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain lain. Kiranya adalah privasi untuk dia dan isterinya, Mawar. Rezeki Ali, selepas kawin rezeki semakin murah. Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak jinak menjual nasi bungkus tengahari.

Dari van buruk kepada Axia, kemudian beli MPV, dan sekarang sudah ada sebuah pacuan 4 roda untuk kegunaan bisnes dia. Kadang kadang isteri saya sendiri pun cemburu, dan membandingkn rezeki kami. saya cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa.

saya cuma pekakkan telinga bila isteri saya meminta saya usaha lebih, kerana bagi saya, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap je dapur kami. Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.

saya memang lihat Mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia berasal negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak anak saudara dan tidak berkira pun jika berkenaan dengan duit.

Suatu hari, ibu meminta Ali serahkan kereta Axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan MPV untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya MPV itu untuk kegunaan keluarga jika mahu pergi ke mana mana.

Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja. Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari.

Sedang kami berkira kira untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah marah. Saya yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah. Rupa rupanya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke 3 dan adik.

Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar mandul, Mawar tak pernah bagi jasa apa apa kepada keluarga, itu kata mereka. Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.

Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta kereta semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.

Ibu ketika itu kaku, terdiam tidak berkata apa apa. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam macam. Ali cuma membalas, Pandai pandailah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur.


Loading...
loading...


Saya cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga. Sebelum keluar kerja saya sempat bisikkan pada isteriku, Nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga. Saya cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu.

Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni. Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana mana.

Kereta Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar. Meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik. Semua yang mengutuk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegurnya.

Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh.

Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor. saya berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. saya pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma saya juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.

Reaksi warganet

Snahwah Aafifi Jadi saya senang, suami saya nak bagi duit dekat mak ayah dia, saya yang ambil bagi. Pastu saya cakap saya yang bagi walaupun saya tak keje pun. Pastu saya menjadi menantu yang disayangi sebab anak dia sendiri pun tak bagi duit HAHAHAHAHAHAHA #selfmarket

Nur Sabrina Bangga sangat dengan Mawar. Ini yang kita mahukan, orang yang ambil tindakan bila dipijak. Bukannya bila dipijak, lembik leher lepastu menangis sambil tulis confession. Moga moga lebih ramai lepas ni jadi segagah Mawar.

Julie Anme Nampak sangat famili Ali ni orang susah yang tak sedar diuntung. Kaduk bila tak ada junjung memang bersepai ke tanah lar. Sekian lama baca kisah isteri tersakiti menyerah pasrah, kali ni Mawar macam mengangkat darjat semua wanita teraniaya yang pernah meluahkan rasanya di sini. Semoga semua mereka mencontohi Mawar. for your life. Jangan anggap esok sudah tiada.

Wan Lily Padan la dengan muka korang sekeluarga. Orang dah menolong bawak berjalan hujung minggu pon bersyukur la. Daripada dia buat keras tido jek dalam bilik bile cuti tak keje. Itu pon dah check ke sape yang mandul tu. Buatnye Ali tu yang bermasalah benih tak subur, family Mawar nak kena cakap Ali laki tak gune sebab mndul ke camne. Sorry. Sis emo.

Atika Ariana Bersyukur dan hargai lah. Once orang da tawar hati jangan harap yang tinggi tinggi dah. Sedarlah diri memasing. Keluarga macam jenis ni memang wujud ya. Yang tak paham takyah sibuk ikut campur, memandai.

Satu lagi please respect cara orang. Orang tu tak dilahirkan untuk ikut cara kamu. Tolong tolong sangat hormat orang. Tak kiralah siapa pun. Dan jangan paksa orang ikut cara kita. Macam Mawar di kata tidak pandai bergaul.

Mungkin memang itu cara dia. Terimalah kekurangan memasing. Setiap orang punye cara yang berbeza. Lain negeri lain pulak adat caranya. Jangan pakse orang ikut cara kita. Itulah nama nya saling hormat menghormati.

Am (Bukan nama sebenar) via IIUMC via Era Kini

Walau apa pun semoga hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih seperti sediakala. Kita doakan yang baik baik sahaja.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post