Terkini jamuan untuk majlis perkahwinan dia rumah ibadat masih tidak dibenarkan. Tak sangka rupanya ini puncanya yang ramai tak tahu.

Terkini jamuan untuk majlis perkahwinan dia rumah ibadat masih tidak dibenarkan. Tak sangka rupanya ini puncanya yang ramai tak tahu.

PUTRAJAYA, 22 Jun — Jamuan makan bagi meraikan majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan di dalam rumah ibadat walaupun upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dibenarkan, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Terkini jamuan untuk majlis perkahwinan dia rumah ibadat masih tidak dibenarkan. Tak sangka rupanya ini puncanya yang ramai tak tahu.
Terkini jamuan untuk majlis perkahwinan dia rumah ibadat masih tidak dibenarkan. Tak sangka rupanya ini puncanya yang ramai tak tahu.

Itu antara prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dan persatuan agama yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Jun lepas.

ARTIKEL MENARIK:Sekali Lagi Nama Malaysia Naik Di Persada Dunia. Tan Sri Muhyiddin Yassin Pula Diiktiraf Sebagai PM Terhebat Dunia Bagi Mengawal COVID19.


SOP itu disediakan secara bersama oleh KPN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. SOP itu merangkumi perkara-perkara penting ketika menjalankan upacara perkahwinan penganut bukan Islam seperti had maksimum kapasiti kehadiran di rumah ibadat seramai 20 orang, urusan pendaftaran perkahwinan dan upacara perkahwinan adat.

Menurut KPN, para pegawai KPN di peringkat negeri akan bekerjasama dengan JPN dan pihak kerajaan negeri bagi memantau pematuhan SOP itu serta memastikan upacara perkahwinan di rumah ibadat berjalan lancar dan selamat. “Pemakaian SOP ini juga tertakluk kepada Garis Panduan Norma Baharu yang dikeluarkan oleh MKN, peraturan kerajaan negeri dan tarikh yang telah dipersetujui dan diluluskan kelak,” katanya.

Sumber: Bernama

Terkini Ds Ismail Sabri Tampil Buka Mulut Dedahkan Aktiviti Pawagam Dah Dibenarkan Mulai 1 Julai Tapi Bersyarat. Tak Sangka Rupanya Ini Syaratnya Yang Orang Ramai Perlu Tahu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa aktiviti pawagam, teater dan juga live event akan dibenarkan dibuka semula bermula 1 Julai 2020. Menurutnya, kesemua aktiviti itu hanya dibenarkan beroperasi di dalam kawasan tertutup atau dewan tertutup dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti pawagam atau pun panggung wayang, teater dan juga live event, kita benarkan mereka membuka semula. Kebenaran ini juga bermula pada 1 Julai 2020 dan hanya di kawasan tertutup atau pun di dalam dewan tertutup sahaja.

“SOP juga mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan, dari segi jumlah tidak melebihi 250 individu setiap pertunjukan dan tertakluk juga kepada keluasan dewan tersebut. “Kalau dengan penjarakan sosial satu meter kurang daripada 250, maka kuranglah daripada 250 dan tidak bolehlah walaupun kita kata 250, tak boleh mereka benarkan 250 penonton, mesti berdasarkan saiz dewan tersebut.

“Setakat hari ini, kita masih kekal dengan 250, dan sebelum masuk SOP biasa. Cek dari segi suhu badan, pakai topeng muka, cuci tangan dengan sanitizer. Dan di dalam panggung pun mesti diletakkan tanda untuk penjarakan. Jadi kita benarkan mulai 1 Julai”, ujarnya.

Sumber: Bernama


Loading...
loading...


Covid 19 Belum Selesai Kkm Jangka Gelombang Kedua Denggi Di Malaysia Bermula Awal Jun Hingga September. Rupanya Ini Punca Denggi Akan Meningkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan gelombang kedua denggi di negara ini akan bermula pada awal Jun sehingga September 2020. Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata, jangkaan tersebut diramal berdasarkan kenaikan kes jangkitan yang dilaporkan semakin meningkat sejak lapan minggu kebelakangan ini.

“Sejak Januari hingga 13 Jun 2020 sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 pemergian telah dilaporkan berbanding 56,819 kes dan 88 pemergian dalam tempoh yang sama tahun 2019. “Jumlah kumulatif kes demam denggi

pada tempoh itu berkurang berbanding tahun lepas, namun sejak lapan (8) minggu yang lepas, didapati berlaku trend peningkatan dengan purata peningkatan lapan peratus seminggu,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Sambutan Hari Denggi ASEAN 2020, hari ini.

Mengulas lanjut, Adham menambah, orang awam diseru untuk berusaha mencegah denggi melalui aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), individu dan masyarakat disaran untuk terus melaksanakan aktiviti pencegahan denggi dengan mengutamakan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer,” jelasnya.KKMPutrajaya✔@KKMPutrajaya

KKM menjangkakan gelombang kedua denggi di negara ini bermula awal Jun hingga September 2020. Kenyataan penuh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri @DrAdhamBaba sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut 15 Jun setiap tahun.

Sumber: KKM

Exit Strategy Covid 19 Dilakukan. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Sesuatu Tentang Penamat Kes Covid 19 Di Malaysia

Sekiranya kes C0vid-19 di negara ini kekal mencapai angka dua digit, kita sudah bersedia melakukan ”exit strategy”, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti memetik kenyataan daripada KKM. Jelas beliau, apabila lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak tetapi tiada peningkatan kes baharu dalam kalangan rakyat iaitu kes kekal di angka satu atau dua digit, maka negara sudah bersedia untuk melaksanakan ”exit strategy”.

Namun, kebimbangan KKM kini adalah mengenai kepatuhan pekerja asing kepada SOP bagi mengelakkan jangkitan daripada terus menular. Jika kes kekal 2 digit, kita sudah bersedia “exit strategy” “Jika kita buka lebih banyak sektor ekonomi dan kita berjaya kekalkan 1 atau 2 digit (kes baharu) maka kita sudah bersedia unfuk ‘exit strategy’.

Kebimbangan KKM sekarang ialah kepatuhan pekerja asing kepada SOP. Tambah Dr Noor Hisham, jika kedua-duanya bergerak seiring iaitu kepatuhan rakyat Malaysia dan pekerja asing kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, nescaya rantaian C0vid-19 dapat diputuskan sekaligus menamatkan jangkitan wabak tersebut di negara ini.

Jika kes kekal 2 digit, kita sudah bersedia “exit strategy” “Jika kita buka lebih banyak sektor ekonomi dan kita berjaya kekalkan 1 atau 2 digit (kes baharu) maka kita sudah bersedia unfuk ‘exit strategy’. Kebimbangan KKM sekarang ialah kepatuhan pekerja asing kepada SOP.

Jika rakyat Malaysia dan pekerja asing boleh mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh KKM (kedua-duanya seiring), nescaya rantaian #COVID19 dapat diputuskan dan jangkitan di negara ini ditamatkan.”
– KPK

Jarakkan sosial adalah cara terbaik

Jarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dpt mengurangkan risiko penularan jangkitan C0vid-19 & jika jarakkan melebihi drp 1 meter adalah lebih baik. Pemakaian mask dpt mengurangkan 60% drp risiko & pemakaian pelindung mata juga dpt mengurangkan risiko jangkitan C0vid-19.

Sumber: KKM Putrajaya, Siakap Keli via Era Kini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post