Muslimin (kiri) meninjau makmal sains SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah di susun mengikut garis panduan baharu yang ditetapkan. IPOH – Tarikh pembukaan sekolah melibatkan 398,446 pelajar dijangka diketahui esok.
Tarikh pembukaan sekolah diketahui esok. Pelajar mohon siap sedia pemberitahuan yang akan dimaklumkan tak lama lagi. |
ARTIKEL MENARIK:Bil eletrik naik medadak. Terkini Pengerusi TNB tampil buka mulut bersuara lantang bil eletrik untuk tempoh PKP boleh bayar secara ansuran sehingga disember.
“Kita menunggu keputusan daripada Menteri Pendidikan untuk buat pengumuman bila sekolah akan dibuka semula. Petang ini kita akan buat keputusan penting setelah adakan mesyuarat bersama KKM dan MKN. “Esok sekiranya diputuskan bila (pembukaan sekolah), sekolah akan dibuka selepas dua minggu pengumuman dibuat. Selagi tiada pengumuman, selagi itu sekolah tidak dibuka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Manjoi di sini hari ini. Menurutnya, fasa pertama pembukaan sekolah melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja yang bakal menjalani peperiksaan termasuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Muslimin (dua dari kanan) melawat SMK Raja Permaisuri Bainun, Manjoi hari ini dalam lawatan kerjanya ke Perak. “Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan 347,177 pelajar, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah 45,596, SVM (2,935) dan STAM pula melibatkan 2,738 pelajar.
“Beberapa garis panduan baharu disediakan KKM yang akan diikuti di setiap sekolah. Kita telah buat simulasi pada 8 Mei lalu melibatkan beberapa sekolah di Selangor dan Putrajaya. Garis panduan itu telah sampai ke tangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak pentadbiran sekolah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan pembukaan semula sekolah adalah melibatkan semua guru dan tidak terhad kepada guru Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam. “Setiap guru akan membantu kerana jika dahulu ia melibatkan lima kelas kini menjadi 10 kelas atau lebih bergantung kepada kapasiti. Setiap kelas mempunyai antara 16 hingga 20 pelajar.
“Kita memerlukan ramai tenaga guru dan kita lebih baik setiap guru hadir sama beri bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar,” katanya. Ditanya mengenai kebimbangan ibu bapa keselamatan anak-anak ketika dalam tempoh pemulihan pandemik koronavirus (Covid-19), Muslimin berkata, pihak JPN dan PPD akan memastikan pihak sekolah mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Keutamaan kita adalah keselamatan pelajar-pelajar. Walaupun ibu bapa risau hantar anak-anak, kita beri jaminan pelajar yang tidak ada simptom akan dibenarkan. “Sekiranya menunjukkan tanda seperti demam atau batuk, mereka dinasihatkan untuk pulang atau disaring di bilik kesihatan di sekolah. Kita menggalakkan ibu bapa mengenalpasti tanda-tanda sebelum hantar anak ke sekolah,” katanya.
Sumber:Sinar Harian
Terengganu benar solat lima waktu berjemaah di semua masjid
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu membenarkan umat Islam negeri ini menunaikan solat fardu lima waktu secara berjemaah di semua masjid dan surau bermula 12 Jun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran menunaikan solat Jumaat turut diperluaskan kepada semua masjid di negeri ini bermula tarikh sama.
Katanya, kebenaran tersebut mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.
“Baginda memahami hasrat rakyat jelata yang mengharapkan masjid dan surau dapat dibuka dan dimakmurkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat fardu lima waktu. “Baginda juga sentiasa mengikuti perkembangan penularan wabak Covid-19 di Terengganu khususnya dan di Malaysia umumnya. Alhamdulillah wabak ini telah dapat dibendung dengan sebaiknya dan kini negara kita memasuki fasa pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Mengulas lanjut katanya, bilangan jemaah yang dibenarkan hadir bergantung kepada keluasan masjid dengan mengambil kira pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan penjarakkan satu meter antara ahli jemaah terdiri daripada anak mukim.
Menurut Osman, Pegawai Agama Daerah akan membuat pemantauan bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan. Osman Muda Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pengurusan solat di masjid atau surau masing-masing berjalan lancar dengan pematuhan terhadap segala SOP ditetapkan termasuk dari segi kebersihan dan keselamatan sepanjang ibadat solat dijalankan.
“Jemaah yang hadir diwajibkan mematuhi segala SOP kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan seperti sentiasa mematuhi penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan tidak bersentuhan di antara satu sama lain termasuk bersalaman sepanjang berada di masjid.
“Bagaimanapun, individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit tekak tidak dibenar hadir termasuk yang menghidap penyakit teruk,” katanya. Osman berkata, kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing turut tidak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di masjid serta surau negeri ini
Kredit:Sinar Harian
Pulau Pinang laksana PKPP, ikut Persekutuan: Kon Yeow
GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan negeri itu menolak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang akan melaksanakan PKPP yang bermula esok seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Menurutnya, tuduhan itu terbukti salah kerana dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang pada 2 Jun lagi telah bersetuju Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih boleh dilanjutkan tetapi perlu seiring dengan pemulihan sosial ekonomi dan tertakluk kepada keputusan kerajaan Persekutuan.
Katanya, berasaskan prinsip itu semua agensi negeri diarah supaya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan yang ketat sebagai persiapan kemungkinan lebih banyak sektor sosial ekonomi dibuka kelak. “Selepas kerajaan Pusat mengumumkan perlaksanaan PKPP dan memaklumkan akan adanya SOP yang akan diserah atau dikongsi dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setiap negeri untuk diteliti serta disesuaikan mengikut keperluan negeri masing-masing, Pulau Pinang juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.
“Sebagaimana ditekankan pada peringkat awal, sebarang keputusan yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah berdasarkan keseimbangan kesihatan dan sosial ekonomi rakyat negeri ini. “Malah apa yang dipraktik serta dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang sehingga ke hari ini adalah tidak pernah atau sama sekali melanggari akta atau undang-undang diperuntukkan oleh kerajaan Pusat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sebelum ini Ismail Sabri mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang didakwa mahu mengkaji terlebih dahulu pelaksanaan PKPP meskipun kerajaan Pusat telah memutuskan PKPP akan bermula Rabu ini. Menurutnya, akta untuk kawalan penyakit berjangkit ini hanya ada satu sahaja iaitu di peringkat Persekutuan kecuali Sarawak yang masih lagi mempunyai akta kawalan penyakit berjangkit Sarawak.
Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, dalam kenyataannya sebelum ini jelas menyebut Pulau Pinang akan melaksanakan PKPP sejajar dengan usaha bagi mencapai keseimbangan antara kesihatan awam dengan kehidupan rakyat, pembukaan secara berperingkat sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan serta keagamaan ke arah mencapai normalisasi pasca Covid-19.
Tambahnya, mesyuarat JKKN Pulau Pinang yang berlangsung pada hari ini untuk meneliti pelaksanaan PKPP di Pulau Pinang dan keputusannya juga diumumkan pada hari yang sama sebagai rujukan lanjut semua pihak di negeri ini. “Ingin saya tekankan bahawa JKKN ditubuhkan atas arahan kerajaan Pusat dan Ketua Menteri dilantik sebagai pengerusi untuk memastikan kita dapat melawan Covid-19 secara menyeluruh dan bersama-sama.
“Oleh itu, Ismail Sabri tidak harus menganggap JKKN sebagai ‘rubber-stamp’ sahaja sebaliknya kerajaan Pulau Pinang sentiasa bersedia dan menyambut baik seruan serta sebarang pengumuman daripada kerajaan Pusat,” katanya.
Sumber:Sinar Harian via Era Kini
Post a Comment