Hubungan antara Hawa dan Fizo hanya sebagai adik dan abang. PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.
Lama Berdiam Diri Akhirnya Pembaca Berita Cantik Ini Tampil Bongkarkan Hubungan Sebenar Dia Dgn Fizo Omar. Warganet Terkejut Dan Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Hubungan Mereka. |
ARTIKEL MENARIK:Kes Dato Aliff Syukri apa apakan anak angkatnya Ameenah. Akhirnya terbongkar keputusan sebenar mahkamah
Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian warganet.
“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar. Hawa diminta mengulas spekulasi warganet bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.
Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya mengusik aktor itu. Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.
Hawa sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu.
“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah. Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya. Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Mengejutkan Fizo Omar Masukkan Gambar Bertudung. Akhirnya Mawar Karim Beri Respon Padu Bila Gambar Fizo Tu Mirip Sangat Dengan Dirinya
Pelakon Fizo Omar menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto dia menyarung sehelai tudung di Instagram hari ini. Menerusi foto terbabit, Fizo berseloroh menyatakan bahawa wajahnya mirip seorang gadis seperti yang diletakkan dalam entri sama.
“Ramai orang kata muka saya sama dengan muka awek sebelah. Betul ke jodoh kalau muka sama?” tulis Fizo. Bagaimanapun, lebih menarik tumpuan apabila kebanyakan warganet menyamakan wajah Fizo mirip bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.
“Macam muka Mawar sebelah tu. Insya-Allah semoga Fizo dan Mawar berjodoh lagi,” tulis salah seorang pengguna. “Betul. Lama dah perasan muka dia sama macam Mawar,” tambah pengguna lain. “Teringat tudung Mawar ke bro?” sahut pengguna lain pula berseloroh.
Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu berpisah talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan lain, Fizo bakal menjadi peserta episod kedua All Stars Buka Panggung yang akan berlangsung pada Jumaat ini. Selain Fizo, episod kedua All Stars Buka Panggung akan di Farahdhiya, Datuk Rosyam Nor dan Datin Diana Danielle.
All Stars Buka Panggung merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip. Program ini menampilkan Ajak dan Shahrol sebagai pengacara. Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
All Stars Buka Panggung akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Dikatakan Semakin Rapat Dengan Azar Azmi. Akhirnya Fizo Omar Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Hubungannya Dengan Azar Azmi.
Peminat sudah pun maklum bahawa Fizo Omar dan juga Azar Azmi pernah gagal dalam hubungan dengan pasangan masing-masing sebelum ini. Dan dari situ lah mereka mula belajar untuk lebih berhati-hati dengan hubungan di masa depan. Sejak akhir-akhir ini peminat mula menghidu ada sesuatu antara Fizo dan juga Azar. Lihat sahaja adengan mereka yang semakin mesra dan kerap tampil bersama di media sosial.
TAK TOLAK KALAU JODOH, SEDANG BERKAWAN RAPAT
Menjawab segala desas-desus ini, Fizo Omar tidak menolak ura-ura tersebut dan mengakui sedang berkawan rapat dengan aktres cantik berkenaan. Buat masa sekarang Fizo dan Azar tidak pernah lagi berbincang soal cinta. Jika ada cinta maka ada lah.
Tambah Fizo, kalau jodoh tu kuat tidak perlu pun untuk bercinta dan berkasih sayang bagai nak rak. Jika ditakdirkan bersama, Fizo juga tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dalam hidupnya. Dengan keadaan sekarang, dia masih lagi menemui pengganti hati.
“Namun buat masa sekarang belum ada pengganti dan saya pun tak fikir kea rah itu (berkahwin). Tapi saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh dah sampai, saya tidak menolak.” Jelas Fizo. Di usia yang sudah memasuki 35 tahun, kalau boleh Fizo pun tidak mahu lama hidup bujang. Dan pasangan perlu lah dari mereka yang sentiasa menyokong dan memahami kerjaya.
Tahun ini merupakan pengalaman baru buat Fizo kerana menyambut bulan Ramadhan tanpa isteri setelah berpisah dengan Mawar Karim pada Julai tahun lalu. Tetapi nasib baik ada ibu yang tinggal bersama dan menemani.
“Sebelum berkahwin pun ibu saya memang tinggal bersama. Jadi, tak banyak perbezaan. Cuma sebelum ini ada isteri tapi sekarang dah tiada. Namun Ramadhan saya okey saja.” Tambah Fizo lagi. Keseluruhannya, sama-sama lah kita nantikan penghujung kisah antara Fizo dan Azar ini. Jika ada sesuatu antara mereka, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Rasanya tak salah dah kalu masing-masing bujang dan belajar dari kesilapan lalu.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Meecks.com
Dikatakan Punca Azar Azmi Putus Tunang. Akhirnya Fizo Omar Tampil Buka Mulut Mula Bersuara Pertahankan Diri Sendiri. Rupanya Ini Yang Terjadi Selama Ini.
KUALA LUMPUR: Belumpun setahun bergelar duda, pelakon, Fizo Omar dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Azar Azmi apabila kelihatan sering bersama. Spekulasi hubungan Fizo dan Azar mula diperkatakan apabila dipertemukan menerusi drama Maaf Tak Indah, selain kerap bersama menghasilkan video yang dimuat naik dalam laman YouTube, sejak akhir-akhir ini.
Fizo berkata, dia mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama Maaf Tak Indah. Sebelum ini, mereka tidak pernah bertentang mata. “Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang. “Kalau nak cakap saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah.
“Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama,” katanya kepada BH Online. Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah.
“Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlukan membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat. “Saya juga mengundang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama,” katanya.
Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar. “Azar berperangai masuk air. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.
“Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan. “Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu,” katanya.
Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi. “Keinginan berkahwin memang ada. Saya berkahwin bukan kerana mencari wanita menjaga makan minum, tetapi saya inginkan keberkatan hidup.
“Saya percaya kunci kejayaan perniagaan datangnya daripada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang suami. Saya percaya pada jodoh, tetapi ia tidak semestinya perlu bercinta beriya-iya. “Ada kala, bercinta bagai nak rak, tetapi perhubungan tidak menjadi. Jadi, saya enggan terburu-buru mencari pasangan hidup,” katanya.
Fizo berkata, dia tak letak sebarang syarat untuk cari pasangan. “Bagi saya, asalkan kami serasi, itu cukup memadai. Mengenai anak Wan Maryam, tentunya saya ingin berkongsi hidup dengan wanita yang menerima anak saya dengan baik,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : BH via apampink
Post a Comment