PDRM undur diri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan yang terjadi pada PDRM esok apabila sekatan jalan raya ditarik balik

PDRM undur diri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan yang terjadi pada PDRM esok apabila sekatan jalan raya ditarik balik

Pada sidang media Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau telah memaklumkan bahawa semua sekatan jalan raya merentas sempadan negeri telah ditarik balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

PDRM undur diri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan yang terjadi pada PDRM esok apabila sekatan jalan raya ditarik balik
PDRM undur diri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan yang terjadi pada PDRM esok apabila sekatan jalan raya ditarik balik

Esok semua boleh rentas negeri

ARTIKEL MENARIK:Rakyat boleh ulang alik Singapura. Tak sangka ini punca utama yang mengejutkan kerajaan setuju benarkan rakyat Malaysia untuk rentas negara

Hal ini berikutan penamatan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat yang berakhir pada hari ini. Bermula 10 Jun, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasa.

Ops Benteng masih diteruskan

Walau bagaimanapun, Ops Benteng melibatkan sempadan negara masih dijalankan seperti biasa dan pihak PDRM akan lebih menumpukan kepada pemantauan PKPP.

Sumber : Bernama, RTM

Rakyat Malaysia Berjaya Kawal Virus Covid 19. Tak Sangka Tiba Tiba PM Bongkarkan Sesuatu Bila Beliau Pernah Dikuarantin Selama 2 Minggu Tampa Berjumpa Dgn Sesiapa

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur selepas negara berjaya mengawal penularan COVlD-19 tanpa peningkatan mendadak kes positif, biarpun sektor ekonomi dibuka semula. Perdana Menteri berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada langkah yang diambil kerajaan dan disiplin rakyat terutama petugas barisan hadapan serta pasukan keselamatan yang bekerja siang dan malam tanpa cuti atau rehat di hujung minggu.

” Alhamdulillah, dengan langkah yang diambil oleh kerajaan dan disiplin anda semua, penularan COVlD-19 di negara kita dapat dibendung dengan lebih 80 peratus kes pulih sepenuhnya. ” Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan.

” Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan aktiviti harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

” Sekiranya kita dapat terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan kes COVlD-19 kekal terkawal, saya yakin sektor-sektor yang masih dilarang pada masa ini akan dapat dibuka dengan lebih cepat” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung hari ini.

Berkongsi pengalamannya dikuarantin selama 14 hari kerana dikategorikan sebagai kontak rapat kes positif virus itu, Muhyiddin menjelaskan keputusan negatif diperolehnya adalah hasil amalan normal baharu terutama dalam jarakkan sosial.

Justeru, beliau menasihatkan supaya semua rakyat mengamalkan jarakkan sosial walau di mana berada kerana ia berupaya menjadi benteng terakhir daripada ancaman jngkitan virus terbabit.

Dua minggu PM dikuarantin

” Sejak dua minggu yang lalu, saya menjalani kuarantin di rumah kerana dikategorikan sebagai kontak rapat seorang pegawai kerajaan yang disahkan positif COVlD-19. Apa yang berlaku ini tidak dijangka tetapi inilah sifat virus yang sedang kita hadapi.

” Namun, Alhamdulillah keputusan saringan saya dan semua kontak rapat yang lain adalah negatif. ” Saya fikir antara sebabnya ialah jarakkan sosial yang sentiasa diamalkan dalam semua mesyuarat dan pertemuan yang saya hadir.

” Ini menunjukkan betapa pentingnya kita mengamalkan jarakkan sosial untuk mengelakkan diri kita daripada dijngkiti virus ini. ” Jadi, nasihat saya kepada saudara-saudari amalkanlah jarakkan sosial walau di mana sahaja saudara-saudari berada,” katanya.

Katanya, amalan normal baharu dapat dilihat apabila banyak premis memudahkan pelanggan dengan hanya mengimbas Kod QR tanpa lagi perlu mendaftar nama dan nombor telefon di dalam buku. Malah, rakyat sabar berbaris sebelum memasuki premis seperti di pasar raya dan kedai makan dengan mengamalkan jarakkan sosial.

Sumber limauais


Loading...
loading...

Lanjut PKPB Lagi 2 Minggu. Akhirnya Pakar Sosial Profesor Tampil Bersuara Lantang Tentang Tamatkan PKPB Dan Tak Sangka Ini Yang Akan Diumumkan 9 Jun Nanti

ADAKAH kerajaan perlu melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun depan? Itu persoalan mungkin bermain di minda segenap lapisan masyarakat Malaysia yang mendapat impak langsung virus pandemik Covid-19.

Hakikat harus diakui bahawa majoriti penduduk sudah semakin dapat mengadaptasi sebahagian normal atau kelaziman baharu dalam kehidupan seharian. Contoh mudah, rata-rata kekok jika tidak menggunakan pelitup muka ketika keluar rumah untuk apa saja tujuan termasuk membeli barangan keperluan di pusat membeli-belah, makan di restoran, mendapatkan rawatan di hospital atau beriadah.

Tahun 2020 sudah memasuki bulan Jun dan jumlah pesakit direkodkan positif dijangkiti Covid-19 mencecah enam juta orang di seluruh dunia yang bermakna secara purata satu juta dijangkiti setiap bulan. Untuk rekod, di negara ini PKPB bermula 4 Mei lalu menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.

PKPB memberikan kelonggaran beberapa sektor beroperasi semula bagi menggerakkan ekonomi negara. Sejauh mana keputusan tamat atau sambung PKPB memberikan implikasinya terhadap kehidupan dari aspek kesihatan, ekonomi dan sosial?

Pakar sosial Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sebagai masyarakat keutamaan adalah keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan secara keseluruhan. “Bagi saya tarikh tamat adalah relatif. Apa yang paling penting kepastian apabila kita tidak melanjutkan PKPB adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Sekiranya keadaan itu tidak dapat dipastikan secara komprehensif atau yakin maka adalah wajar untuk pihak kerajaan mempertimbangkan melanjutkan PKPB. “Kita sudah berada dalam landasan tepat, sekiranya kerajaan merasakan PKPB perlu dilanjutkan, dimohon masyarakat bersabar dan memahami rasional mengapa demikian,” katanya.

Mengenai kelaziman baharu, jelasnya, dalam konteks sosial apabila perkara baharu diperkenalkan memang akan mendapat bantahan pada mulanya. Tetapi apabila ia dibuat selalu dengan justifikasi mengapa dan kenapa dihuraikan berulang kali, dalam masa tertentu masyarakat akan menerima dan mengadaptasi perbuatan itu dan akhirnya ia menjadi satu perkara biasa.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Mohamad Hanapi Mohamad berpendapat Malaysia sudah boleh bersedia untuk menamatkan PKPB dengan kawalan kendiri. “Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), patuhilah dengan kawalan kendiri yang tinggi.

“Aktiviti ekonomi perlu diteruskan dan dipacu dengan cara baharu. Contoh mudah, bagi yang pergi berkebun, buat bendang, ke laut, dusun tetapi cara jual beli hasil sudah tidak seperti dahulu. “Saya nampak positif ruang besar ekonomi dalam talian dan digital. Malah sejarah gergasi e-dagang China, Alibaba ia naik selepas epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sekitar 2002 hingga 2003,” katanya.

 via apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post